Sunday, November 13, 2011

Ubi Kayu Rebus + Sambal Tumis

Sekali-sekala makan ubi kayu rebus memang sedap.. teringat pulak ubi kayu rebus aritu kat JB.. cicah dengan sambal tumis...ubinye lembut + sambalnye mengancam, memang habis berpinggan-pinggan.. Lebih2 lagi time hujan2 dan ade kopi O panas..

Ubi kayu rebus kat PD...sambal kureng sket..
Mane nak cari ubi kayu nie.....

Jenjalan Sebentar

Mase tengah godek2 gambo, terjumpe plak satu gambo ni..gambo ni di snap kat pantai PD. saje bawak anak jalan2.. punyela seronoknye dia main pasir, main air bagai.. kami sebagai abi dan umi pun rase gembira biler tengok anak kami hepi, sihat dan cergas..

Paparan kami..tafsiran anda...

Friday, November 11, 2011

Sabar dan Redha

Apa yang membezakan sifat sabar dan redha ini??? Memetik kata2 ustaz Juhaimi yang mengajar di surau kami, kalau kita dah sampai ke peringkat sabar pun dah dikira cukup baik. dan terlebih baik kalau kita mencapai peringkat redha. keduanya nampak same tapi yang membezakan terletak di dalam hati (ustaz ni ajo kitab Penawar Bagi Hati - kitab tasawwuf)..

Contoh: Seorang hamba Allah pergi ke masjid dan seliparnya di curi...

Gambar google


Sabar: Hamba Allah ini tidak berkata apa2 yang buruk (macam sumpah seranah dll) tetapi hanya diam atau megucap perkataan yang baik2 (alhamdulillah dll). Tapi dalam hatinya memang menyumpah2 si pencuri atau berburuk sangka pada Allah (cth: ya Allah,kenapa selipar aku yang hilang, bukan selipar orang lain)

Gambar google


Redha: Sama seperti sabar tetapi di dalam hatinya tidak ade sekelumit rase buruk sangka pada Allah, langsung tidak marah pada si pencuri malah bersenang hati di atas segala yang menimpa dirinya. pendek ceriter semua perkara yang menimpanya sama ada baik atau buruk, dia tetap bersyukur dan berterima kasih pada Allah. Baginya, itulah yang terbaik yang Allah tentukan untuknya..

Gambar google


Mudah2an kita sekurang2nya tergolong di kalangan orang yang sabar. Dan memohon pada Allah agar kita mencapai peringkat redha terhadap ketentuan-Nya..InsyaAllah..

Muhasabah diri: Di alam pekerjaan, kita akan mengejar pangkat/kedudukan dsbnya tapi untuk Allah, jarang sekali kita memikirkan di mana 'pangkat' kita di sisi-Nya..

Thursday, November 10, 2011

Perak: Water Rafting

Sape pernah ikut program water rafting?? Just want to share sikit pengalaman. Baru kutip beberapa bulan lepas. tu pun dapat sebab ikut kompeni punye program..

Pendek citer, kompeni ade buat program dekat Gopeng, Perak. Program retreat 3 hari dua malam. Gerak dari PD pukul 8 pagi ++ naik keter member.. Staff lain kena naik bas. hehe.. Sampai dalam pukul 12  ++ kat Clear Water Sanctuary (tempat orang main golf).. Stat program kul 2 ++ pung pang pung pang dah malam terus tido.. Esoknye nak pi main rakit dengan abseiling..

Clear Water Sanctuary
Keesokan harinya, awal2 pagi dah bangun, sarapan dan gerak ke Gopeng. Pegi naik keter membela, staff lain naik bas. Bos2 pulak pegi main golf. Xceli kompeni dah engaged My Gopeng Resort untuk conduct program arini. Jalan nak ke tempat tu paham2la..tempat kat ceruk, redah kampung, naik bukit, turun bukit bagai. Yang naik bas kena turun plak ganti naik lori (gambar tak sempat snap).. dalam pukul 9++ dah sampai (tak ingat)..

My Gopeng Resort
Lepas sampai, terus di berikan taklimat ringkas (safety dll). And then back to main event. Penerangan ringkas ape nak buat, arahan, procedure dll. Xceli laluan water rafting kat Gopeng ni kesusahannya pada level 2 (agak mencabarla bagi beginner) dan sepanjang 10 KM.. ade 16 jeram termasuk satu double deker (50-50 terbalik atau tak). Antara arahan2 yang masih diingati macam boom boom, all in, paddle/right/left forward/back dll.
Sebelum start water rafting, diwajibkan buat body rafting dulu. instructor nak tengok sape yang perlukan perhatian lebih..katenyelah..Then, bermula journey 10KM.. penat tak hingat. berhenti sekali aje..tapi memang puas ati..berbaloi-baloi..habis aje kat penghujung jeram, balik semula ke my gopeng resort naik lori secara berjemaah..then makan dan berehat+solat..petang nak buat abseiling pulak.....bersambung..
Preparation dan jeram yang akan kami lalui...

Body rafting and the journey begin.....



Wednesday, November 9, 2011

Program TV: Turath Ulamak

Rancangan Turath Ulamak ini telah lama disiarkan di kaca TV. Rasenye dah 4-5 bulan rancangan ni disiarkan. Siri kuliah ASWJ yang amat menarik untuk di ikuti tapi sayangnya masa siaran tidak berapa sesuai. Apa2pun tahniah untuk TV 1 kerana menyiarkan rancangan ini. Lebih baik dari tayang benda lain..

Gambar: Dari encik google
Turath Ulamak di siarkan selama dua hari seminggu. Setiap hari satu kitab.
Waktu: 6:30 petang hingga 7:00 malam

Hari Selasa
Tajuk Kitab: Faridatul Faraid, kitab Tauhid karangan Syeikh Ahmad Al-Fathani
Penyampai: Ustaz Azahar Hasyim

Kitab Faridatul Faraid versi rumi dan jawi (gambar dari encik google)



Hari Rabu
Tajuk Kitab: Munyatul Musolli, kitab tentang solat karangan Syeikh Daud Al-Fathani
Penyampai: Ustaz Abdul Halim Saad

Kitab Munyatul Musolli versi jawi dan rumi (gambar dari encik google)
Memetik kata-kata ustaz yang mengajar di surau: Setiap mukallaf (lelaki dan perempuan) wajib (fardhu ain) menuntut dan mengamalkan 3 ilmu iaitu Tauhid, Feqah dan Tasawuf..

Sunday, October 30, 2011

FC Myvi 1.3 SXi

FC Myvi 1.3 SXi selepas 2 tahun 10 bulan, mileage hampir 100k.


Jarak Jauh
PD-Muar-Palong Timur-PD = 480KM.
Jumlah minyak = RM52
Gred minyak = RON 95, RM1.9/L
FC = 480/(52/1.9) = 17.54 km/L


Sesak + pegi balik keje
PD-KL-PD + keje = 397.2KM
Jumlah minyak = RM47
Gred minyak = RON 95, RM1.9/L
FC = 397.2/(47/1.9) = 16.05 km/L


Keje
Keje + jalan2 sikit = 460.1KM.
Jumlah minyak = RM51
Gred minyak = RON 95, RM1.9/L
FC = 460.1/(51/1.9) = 17.14 km/L


Kaedah pengiraan
1. Isi minyak sampai full tank
2. Reset meter (trip) to zero
3. Jalan sampai minyak tinggal satu atau dua bar
4. Isi minyak full tank
5. Catatkan jarak perjalanan (tengok kat trip meter) dan jumlah isian petrol
6. Buat pengiraan sendiri




Sekian..............

Saturday, September 17, 2011

Takde Keje...

Kalau balik mersing, macam dah jadi kewajipan kena pusing tempat2 ni.. Walaupun tak berape menarik, tapi rase tenang aje gi tempat2 ni.. Tak tau la kenape.. Tempat yang biase KAMI pergi...

R&R Mersing
Takde ape pun kat sini, just tempat orang berjoging, beriadah bersama keluarga dan bercouple (maleh layan).. tempat ni berhampiran dengan terminal bas ekspres lama.. dekat dengan hospital mersing yang kecik tu.. View dia okla + angin yang sepoi2 bahasa (kadang2 kuat).. Kalau rajin, bolehla jalan sampai kat ujung tanjung..jauh gak tu dlm sekilometer lebih..
Merenung jauh masa depan....

Seronoknya...
Menenangkan minda..agaknyeee..


Tanjung Resang
Tanjung Resang ni terletak berhampiran dengan Telok Gorek dan Pantai Penyabong.. Pantai kat sini memang teramat sesuai untuk kanak2 bermandi manda..Pantainya landai dan memanjang hingga ke tengah laut . Airnya ok la, takdela keruh sangat.. Tidak ramai orang yang mengunjungi tempat ini (tak popular kot) kalau compare dengan Air Papan.. Kemudahan pula kurang yang amat..tandas pun takde air.. Lepas tu ade pula kawanan monyet yang pandai mengambil barang2.. kena letak 'jaga' seorang kalau nak mandi.. Walau apapun, mandi kat sini memang terbaik dari ladang.. sesuai untuk famili..
Tanjung Resang







Pantai yang landai dan memanjang...
Lain2
Selain tempat di atas, kami selalu merayau2 sepanjang jalan di antara mersing dan tanjung resang.. kalau lalu jalan pantai, banyak tempat2 yang cantik boleh dilihat..

Jalan baru mersing - air papan - tanjung resang
Padang ragut..
Salah satu pantai rekreasi...
Sawah padi..

Masuk Klinik

Baru2 ini, kereta kami telah di servis oleh P2 SC dan di dapati ade problem skit dekat clutch dia..P2 kata kalau nak buat, pengerasnya RM 800 ++.. terkejut gak dengo..mahalnye.. Tanye takde warranty ke? P2 jawab warranty valid for 20k km aje.. Oklah, kami gi klinik lain dan buat kat sane.. murahla sikit.. RM 450.. Napela kete ni meragam.. Betul ke kate orang tua2 kete boleh merajuk? Baru sebut2 nak tuko kete, terus kete ni buat hal.. melayang RM....

Tuesday, June 21, 2011

Aku Seorang Suri Rumah

Title kt atas tu macam best je kan.Haha..saje nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai seorang tukang masak, tukang cuci, pengasuh, nurse dan sebagainya. Selalunya, isteri2 yang bekerjaya akan merasa jeles bila dengar kawan2nya yang xbekerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Yang suri rumah pulak,jeles tgk org yang bekerja. Alasannya senang je. yang suri rumah ni,nak merasa shopping dengan duit sendiri. Yang bekerja pulak teringin nak merasa jaga anak, suami sepenuhnya kt rumah. Begitulah manusia. Xpernah puas dengan apa yang mereka ada.


Orang selalu tengok kerjaya sebagai surirumah ni macam senang je. Dok rumah bleh rehat sesuka hati, xde orang nak marah time buat kerja. Tapi sebenarnya xde lah sesenang yang dijangka. Kalau xpercaya kite tgk kenapa mak-mak orang, ibu-ibu kite selalu membebel.
Ha..sebab dia penat wat kerja rumah,lepas tu xde orang yang tolong atau hargai.


Kepada budak-budak perempuan yang rase macam nak kawen,tapi belum matang mari lah kite fikir2 kan tugasan sebagai seorang isteri.


1. Bangun pagi terus kena buat sarapan.
2. Basuh baju, hingga siap (lipat baju)
3. Masak untuk makan tengahari dan malam sambil melayan anak yang menangis sebab lapar,    nk menyusu, nak dukung ,nak tido. ( ni belum termasuk bila anak demam, xsihat dll)
4. mengemas rumah, mencuci tandas, mengemop lantai, dan lain2 yang berkaitan dengan mencuci..
5. Mandikan anak2,siapkan anak2 untuk ke sekolah, menyuapkan makan anak2,  mengemas semula mainan yang telah di sepahkan oleh anak2.
6. Membersihkan laman rumah,tgk pokok2 bunga (kalau yang ada la.)
7. Pujuk anak yang menangis tengah malam sebab xsihat, demam dan meragam,
8. Pergi pasar untuk belanja barang dapur


Sebenarnya banyak lagi. Tapi xdapat nak list kn semuanya. Kepada sesiapa yang dapat suami ringan tulang untuk membantu, tu merupakan satu banus bagi seorang suri rumah.  Kalau orang yang bekerja tak sihat, boleh la dapat mc atau cuti. kalau suri rumah ni, walaupun sakit, tetap kena siapkan kerja-kerja rumah. Senang cerita xde cuti lah untuk suri rumah ni.


Sebenarnya, bukan lah mudah seperti yang disangka untuk menjadi seorang suri rumah..ianya bukanlah memerlukan kekuatan fizikal semata-mata. Ia juga memerlukan kekuatan mental, dan perasaan.
Untuk sesiapa yang rase2 belum kuat untuk lalui semua ni, fikir2kan lah dulu sebelum berkahwin ye. Perkahwinan adalah satu tanggung jawab yang besar. Bukan lah satu medan pertempuran macam main paintball ataupun ragbi...
Kepada semua suami, hargailah segala penat lelah isteri anda sama ada mereka bekerja ataupun tidak.






Akulah seorang suri rumah, suri dihati suami, permaisuri di mata anak2

Wednesday, June 1, 2011

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH


'TERIMA KASIH'..mengapa terlalu sukar untuk lafazkan 2 patah perkataan ini. Hanya 2 perkataan sahaja. Masyarakat kita lebih cepat untuk mengeluarkan kata2 yang kesat, kurang sopan dan yang negatif berbanding dengan  perkataan2 yang baik. Bukanlah semua masyarakat kita begini,tetapi kebanyakkannya memang begitu. Terutamanya remaja (minta maaf ye pada remaja yang membaca post ni). Tetapi itu adalah realitinya. 

Contohnya, seorang ibu atau isteri yang penat memasak, membasuh pakaian suami dan anak2nya akan tersenyum simpul dan hilang segala keletihannya jika si suami dan si anak ucapkan terima kasih.Walaupun pada mereka itu dah jadi tanggungjawab dan kerja tetap mereka setiap hari. Mengapa terlalu sukar untuk ucapkan perkataan itu. Yang mereka terima kebiasaanya, adalah complain itulah,inilah, masakan masin sangatlah,tawar sangatlah,xsedaplah..

Contoh lain pula, si suami yang baru pulang dari kerja dengan muka keletihan, bau badan yang agak 'harum'. Si isteri pula terus ucap "terima kasih abang sebab penat cari rezeki untuk kami anak beranak". kan sedap di dengar. bukan bebelan yang panjang lebar dimahukan.


Pada ibu bapa juga,jangan lah berat sangat mulut tu nak ucap terima kasih kepada anak2 yang telah tolong kita wat kerja. xperlu tunjuk ego tu. Mungkin dengan ucapan terima kasih, boleh menjadikan seseorang anak tu rajin untuk menolong, bersemangat dan tinggi keyakinan diri.


Senang cerita, ringan2 kan lah mulut tu ucap terima kasih dengan hati yang ikhlas..Moga2 orang lain akan senang bekerja dengan kita, dan tidak akan jemu untuk membantu atau berkhidmat untuk kita.

Tuesday, May 10, 2011

Kematian itu adalah pasti


Dari Allah kita datang,dan kepadanya jua lah kite dikembalikan..bila sebut pasal kematian,hilang segala seri,kecantikan dihadapan kita,hilanglah rasa sedap setiap makanan yang kita jamah,hilanglah nikmat segala2 nya..hanya yang ada ialah kesakitan,tangisan,penyesalan dan kesedihan.

Setiap insan ada perasaan sayang dalam diri mereka. Si suami sayang kepada isterinya,si isteri sayang kepada suaminya,si ibu dan ayah sayang kepada anaknya,dan si anak sayang kepada kedua ibu bapanya.kadangkala rindu itu datang bila sudah lama berjauhan.tetapi pernah kah kita terfikir,antara kita (anak) dan ibu bapa kita,siapa yang akan pergi dahulu menemui tuhan? Antara kita(suami/isteri) siapa pula yang akan menemani pasangannya hingga ke liang lahad? Antara kita dan anak,siapa dulu yang akan pergi..

Pernahkah kita terfikir semua ni?dan pernah kita terfikir,bagaimana lah kite ketika roh dijemput oleh tuhan.sempatkah kita mengucapkan kalimah Lailahaillah..


Ya Allah..betapa banyak nye dosa-dosa kita kepada Allah,maksiat yang dilakukan hari2..sedikitnya taubat kita,sedikitnya kalimah2 suci yang kita lafazkan..


Dan tiba2...ajal menjemput kita...entah di mana,entah bagaimana, entah bila dan mengapa..hanya Allah sahaja yang tahu..setinggi mana ilmu seseorang,dia tidak akan dapat tahu bilakah waktu yang tepat waktu kematianya sendiri.


marilah kita bermuhasabah.sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.




tatkala nyawa dicabut,gelak tawa akan diganti dengan sedu sedan tangisan dari keluarga

Thursday, March 17, 2011

pindah rumah..

Wah..dah lame xupdate blog..ye lah.busy memanjang aje..(mengalahkan  Obama la pulak hihi). sepanjang xupdate blog ni,macam2 dah berlaku..suka duka bersama keluarga tersayang..

Alhamdulillah,ape yg kami impikan selama ini,termakbul juga..syukran ya Allah..selama kami berkahwin,dah 3 kali kami berpindah.

mula2 duduk kt sepang,selangor..masa tu,barang kt rumah xbanyak pn.tidur pn atas tilam bujang je.sampai seorang sahabat dtg rumah kami tegur "rumah korang ni ada 2 biji cawan je ke?sampai kena share laki bini?"haha..xde la sampai macam tu sekali teruknya.kitorang mmg selalu share cawan je.makan pun dalam talam..lepas 4 bulan,kami terpaksa pindah rumah.sebab banjir.walaupun sekejap je duduk di sana,banyak kenangan yg ada kt sana. dah la time banjir tu,kitorang ade kt kampung sebab wat kenduri kawen kitorng(lepas nikah 4 bulan.baru nk buat kendurinye..hihi).jenuh la mencuci rumah di malam hari.hujung minggu tu jugak pergi cari rumah utk berpindah..


Akhirnya,jumpa jugaklah rumah yg agak slesa utk didiami.kami pindah di Taman D'ambang Kota.Rumahnya agak besar jugak lah.kt taman ni,rajin jugak lah kami bercucuk tanam..kami pindah dalam bulan 4,2009 xsilap.mula2 knal jiran sebelah menyebelah..ramah akak sebelah tu.anak2 dia pun ramah jugak.pastu,saya ade la mengajar budak2 kecik mengaji.macam2 ragam budak2 ni.
gambar ni masa raya 2009.buat makan2 utk budak2 ni.sibuk nk beraya katenye..
masa cuti sekolah,kami bawak adik2 dtg rumah kami.aktiviti yang wajib mestilah bawak jalan2 pusing negeri sembilan.selain tu,kitorang masuk paya,cari siput sedut.banyak jugak lah dapat.masak lomak cili api..perghh..sedap gilak..hihi.first time datang,memang susah nk jumpa.sekali dah terjumpa,wah..banyak seh..

besar2 siput kt sini..
pokok bakau
3 hari sebelum perkahwinan kami genap setahun,saya di sah kan hamil..wah..seronok sangat2 masa tu..so,kerja2 berkebun,memasak,mencari siput sedut terpaksa diberhentikan serta merta kerana alahan yang amat teruk.

Genap setahun,kami pindah rumah lagi.masatu kandungan dah berusia 4 bulan.tp masih lagi menyewa.rumah ni agak luas,cantik tapi xde tanah untuk bercucuk tanam.Tapi yang seronoknya,rumah ni dekat je dengan surau.surau ni pun banyak aktiviti.ade kelas mengaji,fardhu ain,kelas tasauf.rumah kami pun dekat je dengan tahfiz.25/8/2010 lahirlah anak pertama kami Muhammad Zahiruddin Wafiy.

nak dipendekkan cerita,kami dapat juga membeli rumah yang berhadapan dengan rumah yang kami duduk sekarang.mungkin rezeki anak agaknya.syukur Alhamdulillah.Rumah yang berhadapan dengan surau,berhampiran dengan tahfiz dan yang paling penting kami dapat rumah lot tepi dengan harga yang agak berpatutan..so,insyaAllah,bulan depan kami akan berpindah.dan,ini merupakan kali keempat kami berpindah..Alhamdulillah..syukur..

-create by haliza..







Wednesday, February 9, 2011

baca horoskop

tahukah anda,kalau kita baca horoskop,40 hari amalan xditerima.ni bukan saya yang cakap.tapi ustaz yang pakar dalam bidang fiqah yg cakap.tu belum lagi percaya,baru je baca..tapi,selalunya,kalau kite baca,sikit sebanyak,mesti percaya.ye lah,paling kurang mesti ade yg tersama dgn kita..

amalan dah la xbanyak,pastu xditerima pulak..hidup kita ni kena lah selalu cari ilmu.terutamanya ilmu fardhu ain.kalau x,jahil je.

tapi kenapa ntah,byk sgt kt majalah tulis tentang horoskop..rasenye,kt fb pn ade jgk..tilik nasib lah,tilik jodoh la..hmm..jauhkan lah kami dari fitnah2 dunia..

Balik kampung (mersing)

setelah lame xmengupdate blog ni,akhirnya ada jugak masa yang terluang utk meninjau2 keadaan blog ni..hujung minngu lepas we all balik kampung.untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas,kitorang gerak hari khamis je.al maklumlah,raya cina..

masa berhenti kt restoran jejantas,fuh,teramatlah penuh.agaknya,kalau jual air sirap kosong je pn dah dapat untung banyak woo.so  kami melupakan je hajat nk makan kt sana.kami decide makan kt RCH(radix chiken house).kt sini makanan dia agak sedap dan berkhasiat.ayam dia organik,xde msg dan kurang lemak..yang paling penting orang islam punya masakan


hari tu,kami order chicken chop.fuhh..sedap seh..bak kate orang johor..kami pergi ke RCH kt kluang.kt sini ada 2 kedai.dekat2 je.tapi kami lebih suka pergi yang dekat dgn surau.senang nak solat.

chicken chop kepunyaan en.hubby

cheezy wedges
 
sepanjang perjalanan,kami tgk kiri kanan,byk bekas2 banjir.ada yg masih tinggi lagi air tu.dah nk sampai bahu jalan dah.alhamdulillah..selamat jugak sampai ke Felda Nitar 1...hihi..masa utk bercuti..yiihaa
air sungai yang melimpah2.xigt dekat mana.tapi dlm negeri johor jgk

jambatan kt nitar 2

 masa bercuti haritu,kami ikutlah rombongan merisik.lepas habis berbincang,terperasan la pulak mainan ni.tuan rumah tu cakap,adik dia yang buat.walaupun dah berkarat,tapi kami tgk agak menarik lah design nya.kalau dapat 1 ni,bagus jgk..
kalau cat semula mesti cantik
 

Wednesday, February 2, 2011

ikhlas kah aku??

ada 1 kisah tentang ikhlas ni. ceritanya macam ni..

pada zaman dulu,ada seorang abid(org yg kuat beribadah).dalam kampung dia ada sebatang pokok yang besar dan disembah2 oleh orang kampung. Abid ni sangat marah dan mengambil sebilah kapak utk tebang pokok ni.

di dalam perjalanan,beliau terjumpa dgn seorang pemuda.pemuda ni bertanya lah pada si abid ni,"kau nak pergi mana dengan bawak kapak ni?". "kau xtahu ke dalam kampung kita ni ada 1 pokok besar yang di sembah2.mana boleh.tu kan syirik.aku nak pegi tebang pokok tu" jawab si abid ni.

si pemuda ni melarang abid ni berbuat demikian sehingga terjadinya pergaduhan.akhirnya,pemuda tadi menawarkan wang sekiranya abid ni xtebang pokok tu. "esok,kau bgn pagi,tgk kt bawah bantal,akan muncul duit yg byk",kata pemuda tadi.

abid ni balik semula ke rumah.dia ni seorang yg sangat miskin.bila keesokan harinye,ade duit yg byk di bawah bantal nye.si abid ni teramatlah gembiranya.


hari pertama dapat duit,hari ke 2 pn dapat duit.masuk hari ke 3,dia tgk bawah bantal,kosong je.xde duit pn.abid ni marahlah sebab kena tipu.dia terus capai kapak utk tebang pokok yg besar tadi.

dalam perjalanan,dia bertemu lg dgn pemuda hari tu.dia marah pemuda tu. "kau tipu aku.kau kate nk bagi duit kt aku,tp pagi td xde duit pn.sekarang aku nk pegi tebang pokok tu.kau jgn halang aku.",marah si abid ni.si abid dan si pemuda tu bergaduh lah..tapi,abid ni kalah.dia pn tanya pada pemuda tu,"haritu,aku lawan dgn kau,kejap je kau dah kalah.hari ni,aku pulak yang kalah.kenapa eh",tanya si abid.
 
"kau tahu aku siapa?akulah iblis.sebelum ni kau menang sebab,kau nk pergi tebang pokok tu dengan niat yang ikhlas.tp sekarang kau nk pergi tebang pokok tu sebab kau xdapat duit utk hari ini."kata pemuda(iblis) kepada si abid ni.pulanglah si abid ni dgn perasaan yg hampa..


note:lakukan lah amalan dgn ikhlas.kerana iblis xboleh lawan dgn org2 yg ikhlas.semak semula amalan kite,ikhlas ataupun tidak..


selamat beramal..



Wednesday, January 26, 2011

selamatkan bumi kita

 "kotornya kereta kau.dah berapa lame xbasuh ni?" pertanyaan seorang teman kepada kami. 
"Alah,kitorang memang saje xbasuh kereta ni,mane lah tau,pegi kat mana2 air xde.debu2 kt kereta nibleh wat tayamum" jawab kami sepontan..
ahh..kenapa lah orang dok sibukkan kereta kami yang kotorni. sebenarnya, bukanlah kami sengaja nak bagi kotor.tp xsempat nk basuh. balik dah malam.bila mase lah nk basuh.hujung minggu kalau balik kampung,adik2 lah yang rajin basuh. kalau x,kami lah yang basuh bersama. 

sebenarnya bukan itu pun yang kami nk sampaikan. tp,kami pelik,sesetengah orang,risau kereta mereka kotorlah,ada tahi burung lah, tahi semut lah ..tp,bila bawak kereta kt jalan raya, buang sampah dari dalam kereta..cehh..tu lagi la pengotor.ape alasan utk orang mcm tu ek..maybe diorang xnak kereta diorang kotor. tp hakikatnya, bumi  kita yang kotor.sebab ade orang2 yang macam ni.citt poodah..

pernah sekali tu,ada orang depan kereta kami buang tin kosong dari dalam kereta, nyaris kena kereta kami. kalau terkena lah,saya teringin jugak nak buang batu besar sebelah kereta dia.biar dia rasa..

sebenarnya, kita kena lah tengok mana yang penting.xkesah lah kalau kereta kita kotor, yang penting kita xbuang sampah merata2 dari dalam kereta. kereta kotor boleh basuh.kalau bumi kita kotor, nak harapkansape yang bersihkan?Majlis Perbandaran Daerah?haiiyo..bila sampah x dikutip,mula lah nk marahkan diorang.tp,yg wat sampah tu kan kita jugak..sama2 lah kita jaga alam sekitar. bila cantik,kn sedap mata memandang.

kalau tengok kt negara orang putih sana,bersih je..tandas pun bersih(walaupun guna tisu je),pantai pun bersih jgk..sebab diorang ade kesedaran.


jom lah kita sama2 berubah..sesungguhnya Allah itu cantik,dan Allah suka yang cantik.Alam sekitar ni,tanggungjawab kita bersama.bukan tanggujawab Majlis Perbandaran Daerah atau cleaner ye.. 


sesungguhnya kami tidak prnah jemu memandang ciptaanmu ya Allah


 


Tuesday, January 25, 2011

kek coklat kukus

Disebabkan dapur xberapa nk berasap 2,3 hari ni.so,saya merajinkan lah diri utk mengasapkan dapur..fikir punya fikir,terpacul lah idea yang bijak lagi bernas..yes!kek coklat..selalu buat kek,beli tepung yg dah siap je.hari ni nk try buat sendiri.

cari punya cari,jumpa la resepi.tp bahan xcukup pulak.so,buat je lah guna bahan yg ade..jadi jugak akhirnya..yeah..

bahan2nya ialah :
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu cair/susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur(guna 4 biji telur kalau telurnya kecil)
cara2nya ialah:
  1. ayak tepung,bikarbonat dan serbuk koko.
  2. masukkan susu pekat,susu cair/susu segar,gula perang,dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api yang kecil sehingga semua larut,dan tutup api.
  3. pukul telur sehingga kembang dan masukkan dalam bancuhan tadi.
  4. masukkankan tepung yg sudah di ayak tadi ke dalam bancuhan yg sudah di larutkan.masukkan sedikit demi sedikit
  5. tuangkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dengan minyak dan tepung
  6. tutup loyang dgn aliminium foil.kukus selama 1 jam di dalam kukusan yg telah di panaskan.

ni kek yang baru keluar dr pengukus(gambar xbrape cantik,snap gune phone je)
    utk topping;
    bahan2:

    • 1/2 cawan minyak
    • 1 tin susu pekat (boleh di kurangkan kalau xsuka manis)
    • koko 1/3 cawan.(nk lebih atau kurang,pn boleh) 
    • sedikit vanilla
    • secubit garam

    cara2nya ialah:
    1. masukkan minyak,koko dan susu dalam periuk dan panaskan di atas api,kacau menggunakan whisker
    2. masukkan vanilla dan garam
    3. kacau sehingga pekat dan berkilat.(xperlu sampai mendidih)
    4. tuangkan dan raakan atas kek tadi.
    nota: kalau cair,sejukkan sekejap dalam peti ais..


    walah..dah siap dah.tp topping ni tercair sikit.kalau rajin,wat lah deco kt atas kek..mesti cantik


    Monday, January 24, 2011

    S2 city park

    antara lokasi yang paling gemar kitorang pergi pada waktu cuti adalah Seremban 2 city Park.kt sini xde lah berapa besar sangat kalau nk dibandingkan dengan taman2 kt luar negara tu.tp,ok la daripada xde. ramai yang datang sini utk beriadah, bagi ikan makan.

    macam2 cara org beriadah.ade yg berbasikal, berjogging, main skate. tp kitorg dtg sana,cume utk makan dan jalan keliling 1 taman.pastu balik.haha..menambahkan lemak di badan,bukan nak kurangkan.

    orang ramai tgh bagi ikan makan.kt jambatan ni,ikan banyak dan besar2
    ikan yg berebut2 nk makan.sape yang nampak ikan keli yg super besar,mesti teruja
    ada masa tertentu nk bg ikan makan.makanan ikan pun ade di jual.murah2 je
    indahnya ciptaan Allah
    skater boy
    kasih seorang ayah..tgh mengajar anajnya berjalan..so sweet
    macam kt oversea la plak
    sebenarnya,byk lagi gmbar.tp xdapat nk tunjuk semua..tp mmg best la..bile cuti,mmg full kt taman ni.lepas pukul 10pm,nantti jaga halau balik..

    boleh la jgk nk tenang2 kn fikiran kt sini.banyak kite boleh tgk ciptaan Allah..pernah sekali tu,pernah ternampak seekor burung nk tangkap ikan dengaan menggunakan umpan roti..burung tu xmakan roti tu,tp dia jadikan umpan utk tgkp ikan.lame jgk menunggu,akhirnya,dapat jgk seekor ikan..


    Sunday, January 23, 2011

    Nasi Arab Damsyik

    Di hujung minggu,seperti biasa,kalau free, kitorang selalu pergi outing. kalau xpegi shopping barang dapur,kitorg akan pergi jalan2 bawak anak..utk makan tgh hari,kitorang pergi makan nasi arab kt damsyik..eh,silap..kitorang makan nasi arab damsyik yang terletak kat senawang,negeri 9.

    Rasanya kedai ni pernah masuk 'Jalan-Jalan cari Makan tv3'. .kt sini memang ramai pelanggan.walaupun x banyak menu nye,tapi pelanggannya xputus2. sebab, tempatnya ala2 kt damsyik gitu. dengan alunan2 lagu arab,selawat,lagu2 maher zain yg didendangkan,amat menenangkan.. 
    pintu masuk

    nasi ayam kambing yang kami order


    ni bahagian dalam.boleh duduk atas lantai

    air manggo lassi (dari buah mangga fresh)
    ada satu lagi air yg kami order,tp lupe nk snap gambar dia.air shai panas(teh+daun pudina).

    pokok kurma menjadi penyambut tetamu
    ni gambar para ulamak damsyik xsilap.
    teko dari damsyik
    so,pada sesiapa yang teringin nak try nasi arab damsyik ni,bleh la berkunjung ke senawang..tapi hari selasa,kedai ni tutup.utk maklumat lanjut,boleh lah tgk2 di sini nasi arab damsyik.sekali makan,pasti nak tambah lagi..

    ::hikmah makan makanan yang halal
    1. khusyuk beribadat
    2. mendapat hidayah daripada Allah
    3. mudah menerima pelajaran
    4. sihat jasmani,cerdas akal,cergas tubuh badan
    5. di redhai oleh Allah
    INSYAALLAH..