Wednesday, January 26, 2011

selamatkan bumi kita

 "kotornya kereta kau.dah berapa lame xbasuh ni?" pertanyaan seorang teman kepada kami. 
"Alah,kitorang memang saje xbasuh kereta ni,mane lah tau,pegi kat mana2 air xde.debu2 kt kereta nibleh wat tayamum" jawab kami sepontan..
ahh..kenapa lah orang dok sibukkan kereta kami yang kotorni. sebenarnya, bukanlah kami sengaja nak bagi kotor.tp xsempat nk basuh. balik dah malam.bila mase lah nk basuh.hujung minggu kalau balik kampung,adik2 lah yang rajin basuh. kalau x,kami lah yang basuh bersama. 

sebenarnya bukan itu pun yang kami nk sampaikan. tp,kami pelik,sesetengah orang,risau kereta mereka kotorlah,ada tahi burung lah, tahi semut lah ..tp,bila bawak kereta kt jalan raya, buang sampah dari dalam kereta..cehh..tu lagi la pengotor.ape alasan utk orang mcm tu ek..maybe diorang xnak kereta diorang kotor. tp hakikatnya, bumi  kita yang kotor.sebab ade orang2 yang macam ni.citt poodah..

pernah sekali tu,ada orang depan kereta kami buang tin kosong dari dalam kereta, nyaris kena kereta kami. kalau terkena lah,saya teringin jugak nak buang batu besar sebelah kereta dia.biar dia rasa..

sebenarnya, kita kena lah tengok mana yang penting.xkesah lah kalau kereta kita kotor, yang penting kita xbuang sampah merata2 dari dalam kereta. kereta kotor boleh basuh.kalau bumi kita kotor, nak harapkansape yang bersihkan?Majlis Perbandaran Daerah?haiiyo..bila sampah x dikutip,mula lah nk marahkan diorang.tp,yg wat sampah tu kan kita jugak..sama2 lah kita jaga alam sekitar. bila cantik,kn sedap mata memandang.

kalau tengok kt negara orang putih sana,bersih je..tandas pun bersih(walaupun guna tisu je),pantai pun bersih jgk..sebab diorang ade kesedaran.


jom lah kita sama2 berubah..sesungguhnya Allah itu cantik,dan Allah suka yang cantik.Alam sekitar ni,tanggungjawab kita bersama.bukan tanggujawab Majlis Perbandaran Daerah atau cleaner ye.. 


sesungguhnya kami tidak prnah jemu memandang ciptaanmu ya Allah


 


Tuesday, January 25, 2011

kek coklat kukus

Disebabkan dapur xberapa nk berasap 2,3 hari ni.so,saya merajinkan lah diri utk mengasapkan dapur..fikir punya fikir,terpacul lah idea yang bijak lagi bernas..yes!kek coklat..selalu buat kek,beli tepung yg dah siap je.hari ni nk try buat sendiri.

cari punya cari,jumpa la resepi.tp bahan xcukup pulak.so,buat je lah guna bahan yg ade..jadi jugak akhirnya..yeah..

bahan2nya ialah :
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu cair/susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur(guna 4 biji telur kalau telurnya kecil)
cara2nya ialah:
  1. ayak tepung,bikarbonat dan serbuk koko.
  2. masukkan susu pekat,susu cair/susu segar,gula perang,dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api yang kecil sehingga semua larut,dan tutup api.
  3. pukul telur sehingga kembang dan masukkan dalam bancuhan tadi.
  4. masukkankan tepung yg sudah di ayak tadi ke dalam bancuhan yg sudah di larutkan.masukkan sedikit demi sedikit
  5. tuangkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dengan minyak dan tepung
  6. tutup loyang dgn aliminium foil.kukus selama 1 jam di dalam kukusan yg telah di panaskan.

ni kek yang baru keluar dr pengukus(gambar xbrape cantik,snap gune phone je)
    utk topping;
    bahan2:

    • 1/2 cawan minyak
    • 1 tin susu pekat (boleh di kurangkan kalau xsuka manis)
    • koko 1/3 cawan.(nk lebih atau kurang,pn boleh) 
    • sedikit vanilla
    • secubit garam

    cara2nya ialah:
    1. masukkan minyak,koko dan susu dalam periuk dan panaskan di atas api,kacau menggunakan whisker
    2. masukkan vanilla dan garam
    3. kacau sehingga pekat dan berkilat.(xperlu sampai mendidih)
    4. tuangkan dan raakan atas kek tadi.
    nota: kalau cair,sejukkan sekejap dalam peti ais..


    walah..dah siap dah.tp topping ni tercair sikit.kalau rajin,wat lah deco kt atas kek..mesti cantik


    Monday, January 24, 2011

    S2 city park

    antara lokasi yang paling gemar kitorang pergi pada waktu cuti adalah Seremban 2 city Park.kt sini xde lah berapa besar sangat kalau nk dibandingkan dengan taman2 kt luar negara tu.tp,ok la daripada xde. ramai yang datang sini utk beriadah, bagi ikan makan.

    macam2 cara org beriadah.ade yg berbasikal, berjogging, main skate. tp kitorg dtg sana,cume utk makan dan jalan keliling 1 taman.pastu balik.haha..menambahkan lemak di badan,bukan nak kurangkan.

    orang ramai tgh bagi ikan makan.kt jambatan ni,ikan banyak dan besar2
    ikan yg berebut2 nk makan.sape yang nampak ikan keli yg super besar,mesti teruja
    ada masa tertentu nk bg ikan makan.makanan ikan pun ade di jual.murah2 je
    indahnya ciptaan Allah
    skater boy
    kasih seorang ayah..tgh mengajar anajnya berjalan..so sweet
    macam kt oversea la plak
    sebenarnya,byk lagi gmbar.tp xdapat nk tunjuk semua..tp mmg best la..bile cuti,mmg full kt taman ni.lepas pukul 10pm,nantti jaga halau balik..

    boleh la jgk nk tenang2 kn fikiran kt sini.banyak kite boleh tgk ciptaan Allah..pernah sekali tu,pernah ternampak seekor burung nk tangkap ikan dengaan menggunakan umpan roti..burung tu xmakan roti tu,tp dia jadikan umpan utk tgkp ikan.lame jgk menunggu,akhirnya,dapat jgk seekor ikan..


    Sunday, January 23, 2011

    Nasi Arab Damsyik

    Di hujung minggu,seperti biasa,kalau free, kitorang selalu pergi outing. kalau xpegi shopping barang dapur,kitorg akan pergi jalan2 bawak anak..utk makan tgh hari,kitorang pergi makan nasi arab kt damsyik..eh,silap..kitorang makan nasi arab damsyik yang terletak kat senawang,negeri 9.

    Rasanya kedai ni pernah masuk 'Jalan-Jalan cari Makan tv3'. .kt sini memang ramai pelanggan.walaupun x banyak menu nye,tapi pelanggannya xputus2. sebab, tempatnya ala2 kt damsyik gitu. dengan alunan2 lagu arab,selawat,lagu2 maher zain yg didendangkan,amat menenangkan.. 
    pintu masuk

    nasi ayam kambing yang kami order


    ni bahagian dalam.boleh duduk atas lantai

    air manggo lassi (dari buah mangga fresh)
    ada satu lagi air yg kami order,tp lupe nk snap gambar dia.air shai panas(teh+daun pudina).

    pokok kurma menjadi penyambut tetamu
    ni gambar para ulamak damsyik xsilap.
    teko dari damsyik
    so,pada sesiapa yang teringin nak try nasi arab damsyik ni,bleh la berkunjung ke senawang..tapi hari selasa,kedai ni tutup.utk maklumat lanjut,boleh lah tgk2 di sini nasi arab damsyik.sekali makan,pasti nak tambah lagi..

    ::hikmah makan makanan yang halal
    1. khusyuk beribadat
    2. mendapat hidayah daripada Allah
    3. mudah menerima pelajaran
    4. sihat jasmani,cerdas akal,cergas tubuh badan
    5. di redhai oleh Allah
    INSYAALLAH..




    Saturday, January 22, 2011

    sajak yang sangat menyentuh hati..

    PALESTINE ITU JAUH DARI KITA 
    KARYA MUHARIKAH
    Pada kita derita itu
    Pada gagalnya peperiksaan
    Laparnya perut pada makanan
    Putusnya cinta pada kekasih pujaan
    Jauhnya ibu ayah dari dakapan
    Juga habisnya duit dalam bekalan

    Pada mereka derita itu
    Apabila rumah kediaman digesel trak
    Harta benda serba serbi dirompak
    Maruah keluarga dipijak-pijak
    Anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
    Tanah air Islam diinjak-injak

    Irama kita
    Adalah suara Siti yang merdu
    Atau muzik rock yang bingit melegakan
    Atau suara nasyid yang mendayu-dayu

    Irama mereka
    Bulddozer yang menghiasi setiap pagi
    Ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
    Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

    Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
    Kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
    Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
    Berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

    Tanggisnya kita
    Di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
    Putusnya cinta atau geramnya pada manusia

    Tanggisnya mereka
    Di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
    Kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

    Rindu kita
    Hanya bauan pada keluarga tercinta
    Pada kekayaan melimpa ruah
    Pada umur yang panjang
    Agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

    Rindu mereka
    Pada wangian syurga tertinggi…
    Pada syahid tanpa henti
    Pada perjumpaan teragung
    Dengan Ilahi tercinta…

    Siapakah kita berbanding mereka?
    anak bini dicincang manusia x berotak
    tangisan anak kecil menjadi irama
    semoga roh nya di cucuri rahmat

    Friday, January 21, 2011

    si kecil itu

    haha..akhirnya,pandai juga saya menukar template kt blog ni..'org baru' la kate kan..baru nk berjinak2 dalam dunia blogger ni..haha..sementara si kecil itu bermain,bleh la mengupdate blog ni.


    hari ni,i nk story kt u all pasal semangat.slalunye,bile ade org yg bercita2 tinggi,mesti la kna ade semangat.betul x? actually,org yg paling bersemangat ialah....si kecil itu!!, ataupun org panggil baby,budak kecik dan mcm2 lagi la gelarannye..


    kenapa saya cakap mcm tu..cube kita tgk baby2 yang baru nk belajar meniarap,belajar berdiri atau berjalan..dia xpernah letih berusaha utk belajar.walaupun kdg2 dia menangis kepenatan,atau terjatuh dan terhantuk,dia tetap akn berusaha sampai lah berjaya..


    cuba bandingkan dgn kita.."ahh bosanlah,aku dah pernah cube da,tp xmenjadi",tu lah antara ayat2 yg selalu kite ungkapkan bila dah gagal..jgn mudah putus asa.kegagalan adalah 1 penglamn yg sgt bernilai..belajarlah dari kesilapan yg lalu,insyaAllah berjaya..


    aiiyoo,baby ku sudah menangis,terpaksalah memberhentikan seketika peng'update' blog ni..semoga berjaya!!


    aja aja fighting!!





    Tuesday, January 18, 2011

    Perjalanan kami..



    Alhamdulillah..tercipta jugak blog KAMI(abi+umi =wafiy) ni..setelah sekian lama berangan angan nk buat blog..dgn kesempatan yang ada,teringin rasanya untuk berkongsi sikit ttg hal kehidupan kami..

    Dengan nikmat iman,islam,kehidupan,akal yg diberikan oleh Allah,insyaAllah,kami akan menggunakan sebaik mungkin kemudahan yg tersedia ada ini..Bermula dari rahim ibu dan berakhirnya kematian..kematian yang amat pasti...