Tuesday, January 25, 2011

kek coklat kukus

Disebabkan dapur xberapa nk berasap 2,3 hari ni.so,saya merajinkan lah diri utk mengasapkan dapur..fikir punya fikir,terpacul lah idea yang bijak lagi bernas..yes!kek coklat..selalu buat kek,beli tepung yg dah siap je.hari ni nk try buat sendiri.

cari punya cari,jumpa la resepi.tp bahan xcukup pulak.so,buat je lah guna bahan yg ade..jadi jugak akhirnya..yeah..

bahan2nya ialah :
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu cair/susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur(guna 4 biji telur kalau telurnya kecil)
cara2nya ialah:
  1. ayak tepung,bikarbonat dan serbuk koko.
  2. masukkan susu pekat,susu cair/susu segar,gula perang,dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api yang kecil sehingga semua larut,dan tutup api.
  3. pukul telur sehingga kembang dan masukkan dalam bancuhan tadi.
  4. masukkankan tepung yg sudah di ayak tadi ke dalam bancuhan yg sudah di larutkan.masukkan sedikit demi sedikit
  5. tuangkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dengan minyak dan tepung
  6. tutup loyang dgn aliminium foil.kukus selama 1 jam di dalam kukusan yg telah di panaskan.

ni kek yang baru keluar dr pengukus(gambar xbrape cantik,snap gune phone je)
    utk topping;
    bahan2:

    • 1/2 cawan minyak
    • 1 tin susu pekat (boleh di kurangkan kalau xsuka manis)
    • koko 1/3 cawan.(nk lebih atau kurang,pn boleh) 
    • sedikit vanilla
    • secubit garam

    cara2nya ialah:
    1. masukkan minyak,koko dan susu dalam periuk dan panaskan di atas api,kacau menggunakan whisker
    2. masukkan vanilla dan garam
    3. kacau sehingga pekat dan berkilat.(xperlu sampai mendidih)
    4. tuangkan dan raakan atas kek tadi.
    nota: kalau cair,sejukkan sekejap dalam peti ais..


    walah..dah siap dah.tp topping ni tercair sikit.kalau rajin,wat lah deco kt atas kek..mesti cantik


    No comments:

    Post a Comment