Wednesday, February 2, 2011

ikhlas kah aku??

ada 1 kisah tentang ikhlas ni. ceritanya macam ni..

pada zaman dulu,ada seorang abid(org yg kuat beribadah).dalam kampung dia ada sebatang pokok yang besar dan disembah2 oleh orang kampung. Abid ni sangat marah dan mengambil sebilah kapak utk tebang pokok ni.

di dalam perjalanan,beliau terjumpa dgn seorang pemuda.pemuda ni bertanya lah pada si abid ni,"kau nak pergi mana dengan bawak kapak ni?". "kau xtahu ke dalam kampung kita ni ada 1 pokok besar yang di sembah2.mana boleh.tu kan syirik.aku nak pegi tebang pokok tu" jawab si abid ni.

si pemuda ni melarang abid ni berbuat demikian sehingga terjadinya pergaduhan.akhirnya,pemuda tadi menawarkan wang sekiranya abid ni xtebang pokok tu. "esok,kau bgn pagi,tgk kt bawah bantal,akan muncul duit yg byk",kata pemuda tadi.

abid ni balik semula ke rumah.dia ni seorang yg sangat miskin.bila keesokan harinye,ade duit yg byk di bawah bantal nye.si abid ni teramatlah gembiranya.


hari pertama dapat duit,hari ke 2 pn dapat duit.masuk hari ke 3,dia tgk bawah bantal,kosong je.xde duit pn.abid ni marahlah sebab kena tipu.dia terus capai kapak utk tebang pokok yg besar tadi.

dalam perjalanan,dia bertemu lg dgn pemuda hari tu.dia marah pemuda tu. "kau tipu aku.kau kate nk bagi duit kt aku,tp pagi td xde duit pn.sekarang aku nk pegi tebang pokok tu.kau jgn halang aku.",marah si abid ni.si abid dan si pemuda tu bergaduh lah..tapi,abid ni kalah.dia pn tanya pada pemuda tu,"haritu,aku lawan dgn kau,kejap je kau dah kalah.hari ni,aku pulak yang kalah.kenapa eh",tanya si abid.
 
"kau tahu aku siapa?akulah iblis.sebelum ni kau menang sebab,kau nk pergi tebang pokok tu dengan niat yang ikhlas.tp sekarang kau nk pergi tebang pokok tu sebab kau xdapat duit utk hari ini."kata pemuda(iblis) kepada si abid ni.pulanglah si abid ni dgn perasaan yg hampa..


note:lakukan lah amalan dgn ikhlas.kerana iblis xboleh lawan dgn org2 yg ikhlas.semak semula amalan kite,ikhlas ataupun tidak..


selamat beramal..



No comments:

Post a Comment