Thursday, March 17, 2011

pindah rumah..

Wah..dah lame xupdate blog..ye lah.busy memanjang aje..(mengalahkan  Obama la pulak hihi). sepanjang xupdate blog ni,macam2 dah berlaku..suka duka bersama keluarga tersayang..

Alhamdulillah,ape yg kami impikan selama ini,termakbul juga..syukran ya Allah..selama kami berkahwin,dah 3 kali kami berpindah.

mula2 duduk kt sepang,selangor..masa tu,barang kt rumah xbanyak pn.tidur pn atas tilam bujang je.sampai seorang sahabat dtg rumah kami tegur "rumah korang ni ada 2 biji cawan je ke?sampai kena share laki bini?"haha..xde la sampai macam tu sekali teruknya.kitorang mmg selalu share cawan je.makan pun dalam talam..lepas 4 bulan,kami terpaksa pindah rumah.sebab banjir.walaupun sekejap je duduk di sana,banyak kenangan yg ada kt sana. dah la time banjir tu,kitorang ade kt kampung sebab wat kenduri kawen kitorng(lepas nikah 4 bulan.baru nk buat kendurinye..hihi).jenuh la mencuci rumah di malam hari.hujung minggu tu jugak pergi cari rumah utk berpindah..


Akhirnya,jumpa jugaklah rumah yg agak slesa utk didiami.kami pindah di Taman D'ambang Kota.Rumahnya agak besar jugak lah.kt taman ni,rajin jugak lah kami bercucuk tanam..kami pindah dalam bulan 4,2009 xsilap.mula2 knal jiran sebelah menyebelah..ramah akak sebelah tu.anak2 dia pun ramah jugak.pastu,saya ade la mengajar budak2 kecik mengaji.macam2 ragam budak2 ni.
gambar ni masa raya 2009.buat makan2 utk budak2 ni.sibuk nk beraya katenye..
masa cuti sekolah,kami bawak adik2 dtg rumah kami.aktiviti yang wajib mestilah bawak jalan2 pusing negeri sembilan.selain tu,kitorang masuk paya,cari siput sedut.banyak jugak lah dapat.masak lomak cili api..perghh..sedap gilak..hihi.first time datang,memang susah nk jumpa.sekali dah terjumpa,wah..banyak seh..

besar2 siput kt sini..
pokok bakau
3 hari sebelum perkahwinan kami genap setahun,saya di sah kan hamil..wah..seronok sangat2 masa tu..so,kerja2 berkebun,memasak,mencari siput sedut terpaksa diberhentikan serta merta kerana alahan yang amat teruk.

Genap setahun,kami pindah rumah lagi.masatu kandungan dah berusia 4 bulan.tp masih lagi menyewa.rumah ni agak luas,cantik tapi xde tanah untuk bercucuk tanam.Tapi yang seronoknya,rumah ni dekat je dengan surau.surau ni pun banyak aktiviti.ade kelas mengaji,fardhu ain,kelas tasauf.rumah kami pun dekat je dengan tahfiz.25/8/2010 lahirlah anak pertama kami Muhammad Zahiruddin Wafiy.

nak dipendekkan cerita,kami dapat juga membeli rumah yang berhadapan dengan rumah yang kami duduk sekarang.mungkin rezeki anak agaknya.syukur Alhamdulillah.Rumah yang berhadapan dengan surau,berhampiran dengan tahfiz dan yang paling penting kami dapat rumah lot tepi dengan harga yang agak berpatutan..so,insyaAllah,bulan depan kami akan berpindah.dan,ini merupakan kali keempat kami berpindah..Alhamdulillah..syukur..

-create by haliza..