Tuesday, June 21, 2011

Aku Seorang Suri Rumah

Title kt atas tu macam best je kan.Haha..saje nak kongsi sedikit pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai seorang tukang masak, tukang cuci, pengasuh, nurse dan sebagainya. Selalunya, isteri2 yang bekerjaya akan merasa jeles bila dengar kawan2nya yang xbekerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Yang suri rumah pulak,jeles tgk org yang bekerja. Alasannya senang je. yang suri rumah ni,nak merasa shopping dengan duit sendiri. Yang bekerja pulak teringin nak merasa jaga anak, suami sepenuhnya kt rumah. Begitulah manusia. Xpernah puas dengan apa yang mereka ada.


Orang selalu tengok kerjaya sebagai surirumah ni macam senang je. Dok rumah bleh rehat sesuka hati, xde orang nak marah time buat kerja. Tapi sebenarnya xde lah sesenang yang dijangka. Kalau xpercaya kite tgk kenapa mak-mak orang, ibu-ibu kite selalu membebel.
Ha..sebab dia penat wat kerja rumah,lepas tu xde orang yang tolong atau hargai.


Kepada budak-budak perempuan yang rase macam nak kawen,tapi belum matang mari lah kite fikir2 kan tugasan sebagai seorang isteri.


1. Bangun pagi terus kena buat sarapan.
2. Basuh baju, hingga siap (lipat baju)
3. Masak untuk makan tengahari dan malam sambil melayan anak yang menangis sebab lapar,    nk menyusu, nak dukung ,nak tido. ( ni belum termasuk bila anak demam, xsihat dll)
4. mengemas rumah, mencuci tandas, mengemop lantai, dan lain2 yang berkaitan dengan mencuci..
5. Mandikan anak2,siapkan anak2 untuk ke sekolah, menyuapkan makan anak2,  mengemas semula mainan yang telah di sepahkan oleh anak2.
6. Membersihkan laman rumah,tgk pokok2 bunga (kalau yang ada la.)
7. Pujuk anak yang menangis tengah malam sebab xsihat, demam dan meragam,
8. Pergi pasar untuk belanja barang dapur


Sebenarnya banyak lagi. Tapi xdapat nak list kn semuanya. Kepada sesiapa yang dapat suami ringan tulang untuk membantu, tu merupakan satu banus bagi seorang suri rumah.  Kalau orang yang bekerja tak sihat, boleh la dapat mc atau cuti. kalau suri rumah ni, walaupun sakit, tetap kena siapkan kerja-kerja rumah. Senang cerita xde cuti lah untuk suri rumah ni.


Sebenarnya, bukan lah mudah seperti yang disangka untuk menjadi seorang suri rumah..ianya bukanlah memerlukan kekuatan fizikal semata-mata. Ia juga memerlukan kekuatan mental, dan perasaan.
Untuk sesiapa yang rase2 belum kuat untuk lalui semua ni, fikir2kan lah dulu sebelum berkahwin ye. Perkahwinan adalah satu tanggung jawab yang besar. Bukan lah satu medan pertempuran macam main paintball ataupun ragbi...
Kepada semua suami, hargailah segala penat lelah isteri anda sama ada mereka bekerja ataupun tidak.






Akulah seorang suri rumah, suri dihati suami, permaisuri di mata anak2

Wednesday, June 1, 2011

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH


'TERIMA KASIH'..mengapa terlalu sukar untuk lafazkan 2 patah perkataan ini. Hanya 2 perkataan sahaja. Masyarakat kita lebih cepat untuk mengeluarkan kata2 yang kesat, kurang sopan dan yang negatif berbanding dengan  perkataan2 yang baik. Bukanlah semua masyarakat kita begini,tetapi kebanyakkannya memang begitu. Terutamanya remaja (minta maaf ye pada remaja yang membaca post ni). Tetapi itu adalah realitinya. 

Contohnya, seorang ibu atau isteri yang penat memasak, membasuh pakaian suami dan anak2nya akan tersenyum simpul dan hilang segala keletihannya jika si suami dan si anak ucapkan terima kasih.Walaupun pada mereka itu dah jadi tanggungjawab dan kerja tetap mereka setiap hari. Mengapa terlalu sukar untuk ucapkan perkataan itu. Yang mereka terima kebiasaanya, adalah complain itulah,inilah, masakan masin sangatlah,tawar sangatlah,xsedaplah..

Contoh lain pula, si suami yang baru pulang dari kerja dengan muka keletihan, bau badan yang agak 'harum'. Si isteri pula terus ucap "terima kasih abang sebab penat cari rezeki untuk kami anak beranak". kan sedap di dengar. bukan bebelan yang panjang lebar dimahukan.


Pada ibu bapa juga,jangan lah berat sangat mulut tu nak ucap terima kasih kepada anak2 yang telah tolong kita wat kerja. xperlu tunjuk ego tu. Mungkin dengan ucapan terima kasih, boleh menjadikan seseorang anak tu rajin untuk menolong, bersemangat dan tinggi keyakinan diri.


Senang cerita, ringan2 kan lah mulut tu ucap terima kasih dengan hati yang ikhlas..Moga2 orang lain akan senang bekerja dengan kita, dan tidak akan jemu untuk membantu atau berkhidmat untuk kita.