Wednesday, June 1, 2011

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH


'TERIMA KASIH'..mengapa terlalu sukar untuk lafazkan 2 patah perkataan ini. Hanya 2 perkataan sahaja. Masyarakat kita lebih cepat untuk mengeluarkan kata2 yang kesat, kurang sopan dan yang negatif berbanding dengan  perkataan2 yang baik. Bukanlah semua masyarakat kita begini,tetapi kebanyakkannya memang begitu. Terutamanya remaja (minta maaf ye pada remaja yang membaca post ni). Tetapi itu adalah realitinya. 

Contohnya, seorang ibu atau isteri yang penat memasak, membasuh pakaian suami dan anak2nya akan tersenyum simpul dan hilang segala keletihannya jika si suami dan si anak ucapkan terima kasih.Walaupun pada mereka itu dah jadi tanggungjawab dan kerja tetap mereka setiap hari. Mengapa terlalu sukar untuk ucapkan perkataan itu. Yang mereka terima kebiasaanya, adalah complain itulah,inilah, masakan masin sangatlah,tawar sangatlah,xsedaplah..

Contoh lain pula, si suami yang baru pulang dari kerja dengan muka keletihan, bau badan yang agak 'harum'. Si isteri pula terus ucap "terima kasih abang sebab penat cari rezeki untuk kami anak beranak". kan sedap di dengar. bukan bebelan yang panjang lebar dimahukan.


Pada ibu bapa juga,jangan lah berat sangat mulut tu nak ucap terima kasih kepada anak2 yang telah tolong kita wat kerja. xperlu tunjuk ego tu. Mungkin dengan ucapan terima kasih, boleh menjadikan seseorang anak tu rajin untuk menolong, bersemangat dan tinggi keyakinan diri.


Senang cerita, ringan2 kan lah mulut tu ucap terima kasih dengan hati yang ikhlas..Moga2 orang lain akan senang bekerja dengan kita, dan tidak akan jemu untuk membantu atau berkhidmat untuk kita.

No comments:

Post a Comment