Sunday, November 13, 2011

Ubi Kayu Rebus + Sambal Tumis

Sekali-sekala makan ubi kayu rebus memang sedap.. teringat pulak ubi kayu rebus aritu kat JB.. cicah dengan sambal tumis...ubinye lembut + sambalnye mengancam, memang habis berpinggan-pinggan.. Lebih2 lagi time hujan2 dan ade kopi O panas..

Ubi kayu rebus kat PD...sambal kureng sket..
Mane nak cari ubi kayu nie.....

Jenjalan Sebentar

Mase tengah godek2 gambo, terjumpe plak satu gambo ni..gambo ni di snap kat pantai PD. saje bawak anak jalan2.. punyela seronoknye dia main pasir, main air bagai.. kami sebagai abi dan umi pun rase gembira biler tengok anak kami hepi, sihat dan cergas..

Paparan kami..tafsiran anda...

Friday, November 11, 2011

Sabar dan Redha

Apa yang membezakan sifat sabar dan redha ini??? Memetik kata2 ustaz Juhaimi yang mengajar di surau kami, kalau kita dah sampai ke peringkat sabar pun dah dikira cukup baik. dan terlebih baik kalau kita mencapai peringkat redha. keduanya nampak same tapi yang membezakan terletak di dalam hati (ustaz ni ajo kitab Penawar Bagi Hati - kitab tasawwuf)..

Contoh: Seorang hamba Allah pergi ke masjid dan seliparnya di curi...

Gambar google


Sabar: Hamba Allah ini tidak berkata apa2 yang buruk (macam sumpah seranah dll) tetapi hanya diam atau megucap perkataan yang baik2 (alhamdulillah dll). Tapi dalam hatinya memang menyumpah2 si pencuri atau berburuk sangka pada Allah (cth: ya Allah,kenapa selipar aku yang hilang, bukan selipar orang lain)

Gambar google


Redha: Sama seperti sabar tetapi di dalam hatinya tidak ade sekelumit rase buruk sangka pada Allah, langsung tidak marah pada si pencuri malah bersenang hati di atas segala yang menimpa dirinya. pendek ceriter semua perkara yang menimpanya sama ada baik atau buruk, dia tetap bersyukur dan berterima kasih pada Allah. Baginya, itulah yang terbaik yang Allah tentukan untuknya..

Gambar google


Mudah2an kita sekurang2nya tergolong di kalangan orang yang sabar. Dan memohon pada Allah agar kita mencapai peringkat redha terhadap ketentuan-Nya..InsyaAllah..

Muhasabah diri: Di alam pekerjaan, kita akan mengejar pangkat/kedudukan dsbnya tapi untuk Allah, jarang sekali kita memikirkan di mana 'pangkat' kita di sisi-Nya..

Thursday, November 10, 2011

Perak: Water Rafting

Sape pernah ikut program water rafting?? Just want to share sikit pengalaman. Baru kutip beberapa bulan lepas. tu pun dapat sebab ikut kompeni punye program..

Pendek citer, kompeni ade buat program dekat Gopeng, Perak. Program retreat 3 hari dua malam. Gerak dari PD pukul 8 pagi ++ naik keter member.. Staff lain kena naik bas. hehe.. Sampai dalam pukul 12  ++ kat Clear Water Sanctuary (tempat orang main golf).. Stat program kul 2 ++ pung pang pung pang dah malam terus tido.. Esoknye nak pi main rakit dengan abseiling..

Clear Water Sanctuary
Keesokan harinya, awal2 pagi dah bangun, sarapan dan gerak ke Gopeng. Pegi naik keter membela, staff lain naik bas. Bos2 pulak pegi main golf. Xceli kompeni dah engaged My Gopeng Resort untuk conduct program arini. Jalan nak ke tempat tu paham2la..tempat kat ceruk, redah kampung, naik bukit, turun bukit bagai. Yang naik bas kena turun plak ganti naik lori (gambar tak sempat snap).. dalam pukul 9++ dah sampai (tak ingat)..

My Gopeng Resort
Lepas sampai, terus di berikan taklimat ringkas (safety dll). And then back to main event. Penerangan ringkas ape nak buat, arahan, procedure dll. Xceli laluan water rafting kat Gopeng ni kesusahannya pada level 2 (agak mencabarla bagi beginner) dan sepanjang 10 KM.. ade 16 jeram termasuk satu double deker (50-50 terbalik atau tak). Antara arahan2 yang masih diingati macam boom boom, all in, paddle/right/left forward/back dll.
Sebelum start water rafting, diwajibkan buat body rafting dulu. instructor nak tengok sape yang perlukan perhatian lebih..katenyelah..Then, bermula journey 10KM.. penat tak hingat. berhenti sekali aje..tapi memang puas ati..berbaloi-baloi..habis aje kat penghujung jeram, balik semula ke my gopeng resort naik lori secara berjemaah..then makan dan berehat+solat..petang nak buat abseiling pulak.....bersambung..
Preparation dan jeram yang akan kami lalui...

Body rafting and the journey begin.....



Wednesday, November 9, 2011

Program TV: Turath Ulamak

Rancangan Turath Ulamak ini telah lama disiarkan di kaca TV. Rasenye dah 4-5 bulan rancangan ni disiarkan. Siri kuliah ASWJ yang amat menarik untuk di ikuti tapi sayangnya masa siaran tidak berapa sesuai. Apa2pun tahniah untuk TV 1 kerana menyiarkan rancangan ini. Lebih baik dari tayang benda lain..

Gambar: Dari encik google
Turath Ulamak di siarkan selama dua hari seminggu. Setiap hari satu kitab.
Waktu: 6:30 petang hingga 7:00 malam

Hari Selasa
Tajuk Kitab: Faridatul Faraid, kitab Tauhid karangan Syeikh Ahmad Al-Fathani
Penyampai: Ustaz Azahar Hasyim

Kitab Faridatul Faraid versi rumi dan jawi (gambar dari encik google)



Hari Rabu
Tajuk Kitab: Munyatul Musolli, kitab tentang solat karangan Syeikh Daud Al-Fathani
Penyampai: Ustaz Abdul Halim Saad

Kitab Munyatul Musolli versi jawi dan rumi (gambar dari encik google)
Memetik kata-kata ustaz yang mengajar di surau: Setiap mukallaf (lelaki dan perempuan) wajib (fardhu ain) menuntut dan mengamalkan 3 ilmu iaitu Tauhid, Feqah dan Tasawuf..