Monday, February 20, 2012

'Kau milik ku' (lesen kereta....)

Alhamdulillah, sejak dua menjak ni, incik hubby rajin mengupdate blog..Baguihla na..xde la sepi sangat blog ni. saya bukan ler malas nk update blog, bizi sket. Anak kami tengah lasak, yang dalam perut pun xkurang hebatnye. Siap je keje rumah, rase nak tido aje. Tu pun bukan nye boleh tido nyenyak, si kecik xmau tido, terpakse la tidur dalam berjaga-jaga..hihi..boleh ke begitu??

Setelah sebulan lebih bertungkus lumus belajar dan belajar akhirnya, den bejayo jugak menamatkan sesi pembelajaran dengan cemerlang. Belajar ape?? Belajar memandu kereto la..Seronok tak terhingga la mak buyung raso.

Sebelum ni memang xpernah bawak kereta, rase macam takut je nak belajar bawak kereta uncle yg ajar tuh. Takut la kalau2 terbang kereta uncle tu den kojo kan. Bile dah sampai masa untuk test JPJ, ntah kenapa masa hari tu macam xde perasaan je bawak kereta. Memula test kat bahagian bukit, fuh, lepas..pegi kat bahagian parking sisi, rase2 macam dah lepas, tetibe incik JPJ tu suruh free gear, tarik handbrake dan suruh keluar..hati dah bedebar dah. "Rasenye aku parking dah betul dah", hati ini berbicara. pastu JPJ tu tunjuk la kesalahan den, bumper kereta terkeluar sikit. Ceh, sikit je kot..bahagian dalam dah fail dah..keciwa rasa..

Bila tunggu turn untuk jalan raya, den cubolah menenangkan hati yang sedang lara. no giliran lamo laie, so pergi lah makan kat kantin. Bile balik semula kat tempat menunggu, JPJ panggil dan terus kena test untuk jalan raya. dah la tengah mengah, disuruh pulak bawak kereta. Ni gara-gara den sorang je yang pregnant kat situ, so, ibu mengandung di utamakan. Masa tu dah 33 minggu xsilap. Kira dah sarat jugaklah. dengan confident nye masuk kereta dan bawak kereta. Ntah kenapa terover confident, bawak kereta haritu, selamber je bawak kereta, terus masuk ke jalan raya dan masa tu ade lori panjang 2 ketui kat belakang. Selalunye takut2 je, lepastu, terus benti kan kereta kat simpang . dengan macho nye JPJ tu mengfailkan saya sebab melanggar kesalahan mandatori..Berhenti di persimpangan hidup dan melanggar line apo bondo tah. Apo la nasib arini, dah la bahagian dalam xlulus, luar pun sama.

Bila dah tukar tempat duduk dengan JPJ, air mata ku bukan lagi bergenang, dah macam hujan lebat dah turun. menangis teresak2 masa tu. Mana tak nye, masa dah banyak habis, tenaga lagi, hantar anak kat rumah orang lagi.

Dengan kekecewaan tu, ketidakstabilan hormon telah berlaku selama seminggu, macam putus cinta la rasenye.
2 minggu selepas tu, (13/2/2012), saya amek lagi sekali ujian JPJ. Ulangan la kirenye. semua cikgu2 kat situ pesan jangan agis kalau xlulus. huh..malu nye rase, semua orang kat situ tau den menangis masa ujian aritu. Bile buat ujian bahagian dalam, parking bukit lepas, parking sisi lepas, 3 penjuru pun lepas. Alhamdulillah

Time nak wat ujian jalan raya, JPJ tu ade la borak dengan sorang cikgu yang ajar kat situ. Bila nak start kereta JPJ tu tanye, "awak pregnant ke?, dah bape bulan?" saya jawab," haah, dah 8 bulan lebih dah encik".
"Awak nak lulus x?" JPJ tu tanye lagi, "mesti la nak encik" saya jawab sambil buat muke seposen. "kalau nak lulus, ikut je ape yang saya suruh". dari awal, sampai habis JPJ tu ajar bawak kereta, suruh bawak laju lagi. pastu, dia bagi lulus..hoorey, sangat baik hati JPJ tu. Muka dah la macam Amy search.pheewwiiit..
Muka JPJ tester sebijik macam Amy search

Masa tu, macam nak melompat keluar je . Selamat la berfikiran waras lagi..Ringan sikit kepala rase bile dah lulus. boleh la bawak kereta encik hubby ku, xpayah lagi mengahadap kereta uncle dan tempat belajar kereta tu...FuHH..LEGA...

In the end, saya dapat juga lesen kereta...yahoooo....Alhamdulillah ya Allah...

No comments:

Post a Comment