Sunday, February 12, 2012

Nasi Arab alMikraj Nilai

Nasi Arab alMikraj, Nilai
Minggu lepas kami bersama dengan adik orang rumah makan kat satu restoran nasi Arab selepas puas mandi manda kat Sungai Gabai. Namanya nasi arab al Mikraj. Terletak berhampiran dengan Giant/Tesco/TNB Nilai, restoran ini menyediakan berbagai jenis hidangan dari Timur Tengah. Boleh rujuk google map di bawah untuk lokasi yang sebenar (tanda hijau).

View Larger Map

Restoran  ini beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu, 12 tengah hari hingga jam 9 malam. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehla layari facebook restoran ini di sini..Masa kami makan aritu, kami ambil set punye menu untuk 2-3 orang makan (quarter roasted chicken + lamb + sirap bandung satu jag) + side order quarter kabsah chicken. Ingatkan tak cukup...biler sampai, tak terabis pun. Portion dia beso, sesuai untuk orang arab kot. Last2 bungkus suku ayam bawak balik. buat supper. Yang special kat sini ialah nasi dia yang cukup lembut dan ras e (citarasa kami). Ayam dan kambing juga sedap dan lembut but s omething yang kureng sket adalah sambal tomato dia (tekak kami suke pedas2 manis macam kat nasi Arab Damsyik). Overall makanan kat sini bolehla dapat A. Recommended kepada penggemar nasi Arab.
Set untuk 2-3 orang makan RM35
Selain itu, restoran ini juga ade menjual moist chocolate cake (takde gambo). Kek dah siap bungkus2, tinggal nak makan aje. Harga RM5 per pcs. Rasa kek dia memang sedap, kalau boleh nak mintak resepi. Sesiapa yang ingin mencuba nasi Arab di restoran ini, sila datang awal untuk mengelakkan lauk pauk habis especially yang nak dinner. Maassalamah

No comments:

Post a Comment