Saturday, February 18, 2012

Perak: Waterfall Abseiling

Sambungan dari sini

Lame giler nak abiskan entry abseiling ni. Sampai dah tak beraper ingat buat ape mase tu. Ok, program abseiling ni di buat selepas program water rafting kat myGopeng resort. Selepas habis aje water rafting program, semua peserta di jamu dengan nasi+ayam masak lemak cili api+ sayur kubis. Masing2 menambah dengan penuh berselera. Maklumla, penat mengayuh + kesejukan berendam.

Selepas berehat dalam sejam++, semua peserta dipanggil oleh AJK myGopeng dan di minta menaiki lori yang disediakan (gambar takde) dan di bawa ke lokasi air terjun. Jaraknya dari resort dalam lebih kurang 5 km melalui jan kampung yang tidak berturap. Air terjun ni takdela tinggi sangat, adalah setinggi bangunan 2 tingkat kot.

Waterfall Abseiling

Pihak AJK memberi penerangan ringkas mengenai keselamatan, cara nak buat abseiling dan juga cara memakai hardness. Selepas itu, peserta disuruh membuat abseiling secara berdua2 sebelah menyebelah. Sape yang dapat kat laluan air terjun memang terase betul2 mencabar. Kena bertahan dengan air terjun yg memang push giler2. Yang kat sebelah dalam pulak asyik jatuh tergelincir sbb banyak lumut. Licin. Lagi satu, nak buat abseiling ni kena panjat air terjun tu dari tepi. Takde proper laluan bertangga. Pandai2la nak naik dan agak licin especially kalau ujan.

Pemandangan dari atas
Sejuk + seronok
Abseiling ni tak lama, dari atas ke bawah dalam 2-3 minit (normal). Kalau takut2 atau ade masalah, lambat sikitla. Selepas 2 jam++, semua peserta di bawa pulang ke resort sebab dah takde sape yang nak buat abseiling lagi. Semua macam dah collapse aje. Lagipun langit dah gelap menandakan hari nak hujan. Sampai aje kat resort, kami semua pulang ke clear water berhujan. Kesian kepada mereka yang menaiki lori berjemaah. Basah kuyup. Ape2pun pengalaman kat sini memang menyeronokkan especially mase buat water rafting. Highly recommended kepada pencinta sukan lasak.

That all, maasalamah...

No comments:

Post a Comment