Tuesday, March 20, 2012

Selangor: Air Terjun Sungai Gabai

7 February 2012: Sungai Gabai

Perjalanan hari ini dimulakan selewat hampir jam 10 pagi memandangkan trip kali ini tidak dirancang. Hari ini merupakan cuti umum di Malaysia (Thaipusam). Kami berhenti di warung nasi lemak power untuk bersarapan plus tapau makan tengah hari. Hampir jam 10 setengah pagi barulah perjalanan sebenar dimulakan. Kat mana Sungai Gabai ni? Bolehla tengok kat google map kat bawah ni (anak panah hijau)..

View Larger Map 

Perjalanan bermula melalui Pekan Port Dickson menuju ke Nilai dan seterusnya memasuki LEKAS. Berhenti sebentar di R&R Lekas ntuk menunaikan hajat yang tertunda. Hanya sebuah kedai sahaja yang beroperasi pada masa ini. Orang pun tak ramai.Beli gula2 plus chewing gum, perjalanan pun diteruskan lagi..


Sekitar R&R..lengang..
Jam menunjukkan pukul 12:20 apabila kami sampai ke sini. Kena perhati betul2 simpang nak masuk ke sungai gabai. Takde signboard yang jelas. Jalan nak masuk agak kecil dan tidak berapa baik keadaannya. Tak jauh dari simpang masuk ada sebuah tahfiz yang agak besar terletak di atas bukit (nama tak tahula). Dah tengah hari, parking kete pun dah penuh. Kena parking kat jalan masuk. Jauh jugakla nak menapak ke air terjunnye. Orang memang ramai, tempat2 best dah berpenunggu (sape2 nak ke sini dinasihatkan datang awal pagi). Kami mengambil keputusan untuk berpiknik dekat atas. Semput giler nak panjat tangga ke atas (gambar takde sebab kepenatan). Macam naik tangga kat batu caves kot (kami tak pernah naik batu caves pun).


Sungai Gabai..parking kecik dan penuhhhh...
Lupe pulak bagitahu..Tiket untuk masuk adalah RM 1 per person (tua muda same harga). Dah penat menapak sampai ke atas, barulah boleh mandi. Masa kami sampai, tak ramai sangat orang kat atas.. Tak lama lepastu, berduyun-duyun orang naik. Mungkin sebab kat bawah dah sesak kot..


Tiket-tiket....
Best tak sungai gabai ni? Bagi kami best la. Airnye sejuk giler, cume sesak dan kurang dalam. Air paras pinggang aje kat atas ni. Kat bawah tak tahula.. Aktiviti kami mandi, makan, mandi, baca paper. Hampir 2 jam kami kat atas sebelum turun ke bawah untuk mandi dan solat.



Sekitar Sungai Gabai bahagian atas...
Di sini disediakan surau dan tempat mandi (free aje). Keduanya menggunakan air sungai rasenye (sebab sejuk semacam). Ade gak tempat makan tapi kami tak singgah. So tak tahulah harga nye macam mane. Selepas mandi dan solat, kami terus bergerak pulang ke rumah.

Sekitar sungai Gabai bahagian bawah...
Air terjun sungai Gabai...tinggi..
Pejabat/tandas/surau dan dusun durian di sungai Gabai
Pemandangan tepi jalan...

Till then, maasalamah....

Training: Overall

Training tahun ini..jauh, letih dan penat...

Memperkasakan diri tapi di Miami Beach...
Retreat kat Awana
Till then, maassalamah....