Thursday, June 21, 2012

LAHIRNYA ANAK KE 2 KAMI..

Assalamualaikum..
lama sudah jari jemari ni x menaip untuk meng update blog..Dalam pantang la katekan..hari ni saya nak story sket pasal pengalaman melahirkan anak kedua kami..

Setiap orang dan setiap anak xsama sakitnye. Masa bersalinkan Wafiy, anak sulong kami, ya Allah..rase macam x nak bersalin lagi je. azabnye, cume Allah je yang tahu. Tapi anak kedua lain pulak rasenye.

22/03/12 (5.30am)
pagi ni, saya rase sakit sikit2 je, sempat lagi tido. Dengan harapan, kalau siang tu bersalin ade lah tenaga. Masa ni, dah hantar mesej kat zauj, incik fauzi yang saya dah mula rasa sakit. tengahari my lovely zauj dah sampai. Rasa sakit still belum kuat lagi. Sempat lagi tido tengahari.

Pukul 6.00pm, kami pun bersiap2 untuk ke hospital, sebelum tu singgah kedai dulu pi pekena bakso.takut2 malam karang bersalin, kelaparan la den. Bila sampai kat hospital, dah siap check sume, nurse cakap jalan x buka lagi..frustnye la. Sakit pun xkuat, sekejap ade,sekejap xde.Dalam wad, terjumpa pulak kawan sekolah, so berboraklah panjang lebar sampai malam.

23/03/12 (5.00am)
Sakit yang semakin kerap, tapi still boleh tahan lagi. So nurse pun mengarahkan suruh masuk dalam labour room untuk check jalan. dia kata baru 2cm,pintu rahim pun masih tebal lagi. kalau anak no 2, itu dikira belum betul2 ak bersalin lagi,katanya..kecewanye la rase. Bila la baby ni nak keluar.

Dalam pukul 9.00 am, sakit mula hilang, dan makin xkuat. kawan2 kat wad tu sume dah bersalin. Sedihnye la rasa.

Pada pukul 3.00pm, dengan selambaernye saya jumpa doktok mintak balik. dengan alasan sakit dah hilang, Masa jumpa doktor saya buat muka seposen je, lepas doktor bincang dengan nurse, dia bagi balik. seronoknye rase.

Bila masuk dalam kereta, sakit datang. semakin kerap dan semakin kuat. tapi, saya x bagitahu lah kt incik suami. sebab gatai sangat nak balik rumah. So, kami pun pergi lah pekena cendol dulu, keluarkan duit dulu. masa tu dah xlalu nak makan. Sebab sakit dah makin kerap. Sampai je kt rumah, saya terus baring. Ibu picitkan kepala, encik somi plak picitkan kaki.Sebenarnye xde lah sakit sangat pun. Cuma nak bagi leka sikit dengan sakit yang datang semakin kerap tu.

23/03/12 (6.30pm)
Masa ni sakit dah semakin kuat..Ya Allah..sakitnye, sampai kan ayah nak masuk bilik pun saya x bagi. Lepas solat asar, saya terus bagitahu encik somi suruh hantar ke hospital sejarang jugak. sebab rasa macam nak terkeluar je baby dalam perut ni. Tapi dia mintak masa sikit untuk mandi. Sementara tunggu dia mandi, sempat jugak lah baca yassin 2 kali.Masa tu memang dah terteran dah. Bila masuk kereta, dapat lagi baca yassin 2 kali lagi. Masa tu pulak lah ade lori la, jalan tutup la.

23/03/12 (7.10pm) 
Sesampainye kat depan wad bersalin, yassin yang di dalam genggaman tadi, terus saya campak kat dashboard kereta, terus capai buku merah dan pegi ke kaunter pendaftaran. "nurse, saya dah sakit kuat ni" saya bagitahu. "tu lah, orang x bagi balik, nak balik jugak.jom masuk labour room, cek jalan."
Dengan jubah yang saya pakai, nurse cek jalan dah bukak 7 cm. "nurse, saya rase dah nak teran ni". "ok, dah boleh panggil suami dia,awak kena tukar baju dulu.nanti berdarah2 pulak baju awak ni,"kata staff nurse. Bile barang dah ready, suami pun dah masuk, saya mula teran. 3 kali teran,baby pun keluar. Alhamdulillah..lahir lah anak kedua kami pada 23/03/12, (7.47pm).

Nama yang di beri oleh kami, Muhammad Hafizuddin Umar. Moga menjadi anak yang soleh, beriman, bertakwa dan menjadi penyejuk mata kami..amiin..

gambar ni di ambil selepas keluar dari hospital.umur dia baru sehari

No comments:

Post a Comment