Sunday, July 29, 2012

Kenduri Kahwin di Utara

Bulan empat yang lepas, ada sorang teman di utara akan melangsungkan perkahwinannya. Menuju ke Ipoh, kami bersama 2 sahabat memulakan perjalanan bermula jam 8 pagi. Di jangkakan kami akan sampai lebih kurang pukul 12 tgh hari. Singgah sebentar di R&R Rawang untuk mengambil sorang lagi kawan sambil bersarapan. Nasi lemak berlauk ayam goreng menjadi pembuka selera.
R&R Rawang


Perjalanan diteruskan. Kami disajikan pemandangan yang menarik. Kalau compare dengan perjalanan ke selatan, pemandangan perjalanan ke utara lebih menarik. terdapat banyak bukit bukau dan hutang yang menghijau. menghampiri Ipoh, terdapat satu air terjun yang dapat dilihat di kanan lebuhraya. Akhirnya, hampir ke pukul 12 setengah, kami sampai ke tempat yang di tuju. Makan, borak2 dengan kawan, pukul 2 setengah kami bergerak pulang.
Cantik air terjun ni
Yeay..dah sampai
Selamat pengantin baru
Oleh kerana masih awal lagi, kami decide nak naik Camerom Highland sebelum pulang ke PD. Dua buah kereta berangkat menuju ke sana melalui Simpang Pulai tepat jam 3 petang. Lebih kurang pukul 4 kami sampai ke puncak dan terus jalan2 dekat pasar Brinchang. Oleh kerana hari itu hari Sabtu, keadaan jalan agak sesak. Pasar kat Brinchang pun agak ramai orang. Kami hanya beli keledek rebus (sedap giler), jagung organik (yang warna kuning putih tu), teh strawberry dengan strawberry.
On the way
Pasar kat Brinchang
Dah habis shopping, kami bergerak ke Bharat Plantation. Pekena teh tarik dengan pie sambil melihat pemandangan yang indah. Cuaca agak sejuk (tapi orang kate dulu lagi sejuk) di tambah dengan angin yang sepoi2 bahasa. Mungkin sejuk sebab dah petang kot. Kami sampai Bharat dalam pukul 5. Hampir ke pukul 6, kami bergerak pulang melalui Tapah. Jalan memang bengkang-bengkok dan nasib baik tak muntah. Sampai Tapah dalam pukul 7 setengah. Berhenti solat Maghrib dan terus menuju PD.
Bharat Plantation
Cantik..
Niat di hati ingin kembali ke sini dengan perancangan yang lebih baik..

Till then, maassalamah...

No comments:

Post a Comment