Saturday, September 22, 2012

Trip to Northen Region: Cameron Highland - Day 2

Sambungan JJCM Kedah, Penang & CH - Day 1

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hari ini kami bangun awal. Selesai sahaja menunaikan solat Subuh, kami cepat-cepat mengemaskan barang-barang, mandikan anak-anak dan punggah barang ke dalam kereta. Hampir ke pukul lapan, barulah kami bertolak menuju ke Tasek Gelugor. Nak pulangkan kunci tuan rumah. Sampai di sana, kami dijamu dengan sarapan pagi. Ada roti canai, nasi goreng, kuih muih dan beberapa jenis makanan lagi. Selesai makan dan memulangkan kunci rumah, kami bergegas ke highway Sungai Dua. Target nak sampai Cameron Highland sebelum tengah hari. Tapi kami tersangkut kat sini pulak. Cantik sungguh (bagi kami la)...

Yang berawan tu Georgetown
Lame jugak kami bergambar kat sini. Hampir ke pukul 11, baru kami bergerak ke highway. Kami naik dari tol Sungai Dua dan keluar di Simpang Pulai. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam, 2 jam atas highway dan sejam dari Simpang Pulai ke Cameron Highland. Hentian pertama kami di Cameron Highland adalah Tringkap. Di sini kami pusing-pusing tengok kedai yang ada, beli beberapa barang (FM, key chain etc.) dan melawat taman bunga Rose Valley sebelum check in hotel. Tiket berharga RM2/pax kalau tak silapla. Lebih sejam masa yang diluangkan di sini. Rose Valley nampak kecil sahaja dari luar tapi sebenarnya luas. Kami tak sempat nak menjelajah ke keseluruhan tempat kat sini sebab masa tak berapa mengizinkan. Apa ada kat sini? Bunga la kan, nama pun Rose Valley. Tapi bukan bunga ros aje yang ade, macam bunga ada daripada berbagai-bagai jenis ros sampaila kepada berbagai-bagai jenis bunga raya. Ada jugak beberapa haiwan yang dipamerkan (macam zoo kecil).
Tringkap
Barang-barang kat kedai di Tringkap


Buruk aje pintu masuk ke Rose Valley
Sekitar Rose Valley
Tempat ni luas sebenarnya. Boleh panjat bukit kalau nak tengok view keseluruhan. Tapi kami tak panjatla, penat dan bukit agak curam. Kat dalam ni wangi aje suasananya. Haruman dari bunga-bunga ros. Ooo. Masa kat sini, ade sorang makcik Cina yang ramah. Lama jugak dia berborak-borak dengan kami. Siap bagitau asal usul dia. Last sekali dia bagi dua bungkus tomato ceri (yang kecik-kecik tu) free aje. Terharu kami. TQ makcik...

Kami menginap di County Lodge Resort Cameron Highland yang terletak di Brinchang. Harga bilik standard untuk satu malam adalah RM98 (normal). Kalau peak lagi mahal. Hotel ni menyediakan free parking dan 5-10 minit berjalan kaki ke pasar malam Brinchang. Kalau nak bilik lagi murah boleh pergi ke Tanah Rata. Bilik yang disediakan OK. Takde masalah dan kami puas hati.
Country Lodge Resort
Selepas solat Asar qasar dan jamak dengan Zohor, kami bertolak menuju ke Bharat Plantation yang terletak di Tanah Rata. Ape ade kat sini? Tengok pokok teh la. Sambil makan makanan ringan yang di beli. Cuaca agak dingin di tambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Subhanallah, cantik pemandangan yang Allah hidangkan. Kat Cameron Highland ni ada 2 ladang teh yang famous iaitu Boh dan Bharat. Ladang teh Boh terletak dekat Sungai Palas, berhampiran Brinchang. Nape tak pegi sane? Sebab mase tak cukup, jalan nak ke sana sempit dan hari Isnin tutup. Tapi kat Boh lagi best. Boleh lawat kilang, ade tour, galeri dan pemandangan lagi cantik. Kat Bharat semua buat sendiri la. Jangan harap dapat masuk kilang dia, tengok dinding aje dari jauh. Next time harap dapat pegi ladang Boh pulak.
Sekitar Bharat Plantation
Selepas puas bergambar, kami pulang ke hotel untuk solat Maghrib jama dengan Isyak. Malam tu kami keluar makan malam, jalan-jalan sekitar Brinchang. Tapi takde ape-ape pun. Tak banyak kedai yang beroperasi pada waktu malam. Balik semula ke hotel dan zZzZzzzzz..
 
Till then, maassalamah...

Bersambing di JJCM Kedah, Penang & CH - Day 3 (last day)

Tuesday, September 18, 2012

Resepi ikan siakap 3 Rasa

Alhamdulillah.menu makanan untuk hari ini cuma satu lauk je..Bukan lauk dalam peti habis, tapi penyakit 'M' meninggah dalam diri..hihi..Sebelumterlupa, hari ni saya nak tulis resepi yang saya masak, so, bile terlupa, boleh rujuk semula..

Lauk untuk hari ini ialah SIAKAP 3 RASA. selalunya siakap ni masak stim limau je. harini nak try masak lain pulak.Tapi ni ikut resepi sendiri dan ikut bahan yang ada je.

IKAN SIAKAP 3 RASA  (3-4ORANG)

Bahan-bahanya ialah :

- Ikan siakap (bersaiz sederhana)
- 3 ulas bawang putih
- 6 sudu besar Sos cili
- 3 sudu besar Sos Tiram
- 1 biji Tomato dipotong dadu
- 1biji Bawang besar di potong dadu
- 1biji Lobak merah di potong dadu
- Sedikit nenas di potong dadu (saya x letak sebab tak ada kat rumah)
- Sos ikan
- Garam
- Gula
- Lada sulah
- Kunyit
*kalau ada sayur campur, guna je sayur campur.xpayah potong2 carrot lagi dah.
Cara-caranya ialah :

1. Lumurkan ikan siakap yang telah di kelar dengan sedikit serbuka lada sulah, kunyit dan garam
2.Goreng sehingga ikan garing
3.Kurangkan minyak, tumis bawang puti dah halia sehingga kekuningan
4.Masukkan bawang besar dan tomato,
5.Agak-agak dah layu, masukkan sos cili dan sos tiram, tambahkan sedikit air
6. Masukkan lobak merah dan nenas.
7. Tunggu sehingga sedikit mendidih, dan masukkan ikan yang telah di goreng tadi.siap...

Gambarnya tak ambil lagi..nanti bauat lain kali, saya ambil dan upload k..







Monday, September 17, 2012

gambar anak anak kami


cara cara nak start motor

cantik tak saya ummi?
saya mahu tidur..jangan gaggu saya..
bila mata dah mengantuk, tidur berdiri pun jadilah.

ini baru seorang ounya kerja..belum bergabung dengan adik dia nanti
hai..saya wafiy
saya rasa macam nak nangis!!
saya memang suka ketawa..
kebersihan haruslah di jaga
apa yang awak fikirkan umar??

Sunday, September 16, 2012

Bila diri ini menjadi seorang ibu....

Alhamdulillah wa syukur lillah..anak-anak sudah tidur, kini tiba masanya untuk ummi update blog sambil meluahkan perasaan yang lama terpendam..cewwaahh...

Sejak dua menjak ni, busy memanjang..nak tengok blog xsempat, nak update..jauh paggang dari api..jadi suri rumah ni, adalah pekerjaan yang cutinya sepanjang masa, tapi kerjanya,sampai tutup mata pun ada lagi yang tak siap..Allah hu Allah..sibuk dengan rumah tangga, anak2 dan suami.

Bila dah jadi seorang ibu, baru lah kita tahu betapa banyak nye pengorbanan seorang ibu terhadap anak2 nya. Dari sekecil kecil perkara hinggalah sebesar besar perkara. sekarang, saya nak cuba list kan pengorbanan seorang ibu yang kecik2 dulu..Pengorbanan terbesar dah semestinya saat2 melahirkan anaknya..sakit woo..tak percaya, nanti rasa lah sendiri..

1. Seorang ibu akan bersihkan najis anak dia walaupun baunya boleh menyebabkan tikus pun pengsan
2. Seorang ibu akan sanggup berlapar bila anaknya nak makan..Bila anak tu dah kenyang, barulah dia makan
3. Seorang ibu sanggup bangun tengah malam untuk bagi susu atau bancuhkan sebotol susu.(kalau dia sendiri nak minum air milo tgh2 malam, jangan haraplah dia nak buat. minum air kosong je dah boleh.)
4. Seorang ibu akan tetap sabar melayan kerenah anaknya walaupun kesabaran itu semakin menipis
5. Seorang ibu sanggup berjaga malam bila anak2 nya sakit.
6. Bila ibu sakit, dan anaknya sakit juga pada masa yang sama, ibu akan menguatkan diri untuk menguruskan makan pakai anak2 nya..
7.Ibu akan belikan pakaian yang cantik2 dan baru2 untuk anak2, sedangkan dia sendiri dah lama tak beli baju baru.


Banyak lagi sebenarnya pengorbanan ibu, cuma tak dapat nak list kan semuanya. tak terlintas difikiran buat masa ini. sebab tu lah syurga tu di bawah telapak kaki ibu. Sebab kesabaran seorang ibu boleh mendidik dan mejaga anaknya dengan sempurna..Tapi, mampukah kita sebagai anak boleh buat semua yang ibu telah akukan untuk kita?? tak mampukan..Bila dah ada anak, barulah kita tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..Tak percaya??dah ada anak rasa lah sendiri..
SAYA SAYANG IBU SAYA..

Trip to Northen Region: Alor Setar dan Penang - Day 1

Sambungan JJCM Kedah, Penang & CH - Permulaan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pagi hari pertama terasa liat nak bangun. Bangun subuh dalam pukul 6 setengah, lepas itu ingatkan nak mandi dan segera ke Alor Setar. Tapi berakhir dengan lena atas katil. Sedar-sedar dah pukul 8. Cepat-cepat kejutkan yang lain dan bersiap. Abang telefon suruh sarapan dekat rumah mertuanya di Tasek Gelugor. Dalam pukul 9 pagi, kami telah siap dan menuju ke Tasek Gelugor. Berbual sambil makan dengan abang dan mertuanya. Lebih kurang jam 11++ pagi, kami sudah berada di atas lebuhraya menuju ke Alor Setar. Kelambatan berpunca daripada masalah teknikal GPS. Tak boleh harap pakai GPS yang baru ni. Kami tersesat sampai dah takde jalan dalam GPS. Terpaksa berpatah balik dan menggunakan GPS yang lama.

Kat mana ni??
Setelah berjumpa semula degan PLUS, kami meneruskan perjalanan ke Alor Setar. Lebih kurang pukul 1++ petang, kami telah selamat sampai ke Alor Setar dengan mengambil exit Utara. Sebelum kami ke rumah pengantin, kami solat jama' dan qasar di masjid yang berdekatan. Rupenye, rumah yang dituju tak jauh dari masjid ni.
Sembahyang jama' dan qasar di masjid ini..masjid lama rupanya..
Selesai solat, kami ke rumah pengantin dan terus makan sebelum berjumpa sahabat yang tengah duk posing atas pelamin sambil menunggu ketibaan seorang lagi rakan dari Kuala Selangor. Makan dah sudah, airpun dah habis tapi rakan kami tak sampai-sampai lagi. Tunggu punya tunggu sampai pampers anak dah bocor. terpaksala setelkan dulu. Setel aje tukar pampers anak, member yang ditunggu pun sampai. Terus bergerak ke kenduri tadi, makan lagi, macam nak pecah perut..
Ade muzik traditional di dendangkan..
Selepas makan, kami bergambar dengan pengantin, borak-borak kejap sebelum meneruskan perjalanan. Tempat pertama yang di tuju adalah Menara Alor Setar. Dah lama tak naik menara tinggi-tinggi ni. Gayat jugakla. Dari menara ini, kita boleh menyaksikan hampir keseluruhan bandar Alor Setar. Menara ni merupakan bangunan yang tertinggi kat sini (kalau salah tolong betulkan la ye). Setengah jam di sini sudah mencukupi. Layan pemandangan aje. Alor Setar ni memang terletak di kawasan yang rata. Mungkin sebab kawasan bendang kot..
Menara Alor Setar
 
Sekitar pemandangan dari menara
Niat di hati ingin melawat Gunung Jerai, tapi tidak berkesempatan. Abang dah tunggu dekat Pulau Pinang, nak bawak kami naik feri dan ke Bukit Bendera. Lebih kurang pukul 4, kami bergerak menuju ke Pulau Pinang. Sampai di jeti feri Butterworth hampir ke pukul 5 setengah.  Beratur setengah jam sebelum dapat menaiki feri. Perjalanan menaiki feri mengambil masa lebih kurang setengah jam.
 
Gambar dari atas feri
Lepas sampai pulau, kami bergegas menuju ke Bukit Bendera. Jam menunjukkan pukul 6 setengah. Kalau boleh nak tengok sunset dari atas bukit tu. Tapi apakan daya, kita merancang tapi Allah yang menetukan. Sampai Bukit Bendera dalam pukul 7, tiket ke atas hanya ada untuk pukul 8. Abang solat Maghrib dulu (kami jama' aje kat rumah nanti) sementara menunggu keretapi (betulke keretapi?) sampai. Tiket berharga RM8/pax (untuk pemegang IC Malaysia). So pastikan bawak IC takut-takut depa check, kena bayar RM30/pax nanti. Kami tak sempat nak buat apa-apa kat atas ni. Hari dah gelap, anak pulak menangis aje. Mungkin sebab keletihan. Dalam pukul 9, kami turun semula dan pulang ke Padang Serai.
Bukit Bendera
Kami singgah sebentar di Sungai Dua untuk makan malam. Orang cakap char kuew teaw Sungai Dua terkenal kat sini. So, ke situlah kami pergi tapi melihat orang terlalu ramai sampai beratur, kami batalkan sahaja niat kami. Akhirnya kami makan mee udang Sungai Dua (famous jugak katanya). Orang pun ramai tapi tak seramai kedai tadi. Order 3 pinggan mee udang. Setiap pinggan mengandungi 5 ekor udang harimau sebesar ibu jari. Jenuh jugakla nak abiskan. Rasa sedap boleh dapat A dari kami. Total makan semua RM50++. Selesai makan, kami terus balik rumah. Sampai rumah dalam pukul 11 lebih, mandi, solat, berkemas dan seterusnya ZZZZzzzzz..Esok kami akan ke Cameron Highland pulak.

Till then, maassalamah...

Sambungan di JJCM Kedah, Penang & CH - Day 2

Sunday, September 2, 2012

Trip to Northen Region: Permulaan

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jalan-jalan cari makan bermula pada 11/5/2012 hingga 14/5/2012. Perjalanan bermula dari Port Dickson Negeri Sembilan dan sejauh hampir 1200km dengan menaiki sebuah kereta. Kali ini kami berempat ditemankan oleh adik orang rumah suami isteri. Barula meriah sikit berjalan ramai2. Takla sunyi sangat dalam kete nanti...

Tujuan kami sebenarnya nak pegi Alor Setar menghadiri walimah sahabat di sana. Alang-alang dah ke utara, kami meluaskan jajahan ke Penang dan Cameron Highland. Perjalanan bermula sebaik sahaja adik ipar sampai daripada Johor Bahru. Menjelang jam 9 setengah malam, kami sudah berada di atas jalan raya. Isi minyak sebentar di Petronas Ambang Kota, kami seterusnya bergerak ke Padang Serai.

Kami akan bermalam di Padang Serai di rumah abang. Jimat sikit duit belanja, tak payah nak sewa bilik. Dalam pukul 2 pagi kami telah sampai di Petronas Padang Serai. Agak cepat kerana kami tak singgah sebuah R&R pun dan jalan agak lengang. Selepas 15 minit menunggu, abang pun sampai dan membawa kami ke rumahnya. Abang memang tak duduk kat rumah ni. Dia duduk dekat Tasek Gelugor, rumah mertuanya. So rumah itu memang kosongla dan akan menjadi milik kami. Hahaha...Dalam 10 minit lebih kurang, kami sampai di rumahnya. Borak-borak sekejap dengan abang sebelum dia balik ke Tasek Gelugor.

Dalam pukul 3 pagi, kami dah selesai mengangkat semua barang-barang dan selepas itu, sesi melelapkan mata bermula...Zzzzzzz....ngantuknyaaaa....



Till then, maassalamah...

Sambungannya di JJCM Kedah, Penang & CH - Day 1