Sunday, September 16, 2012

Trip to Northen Region: Alor Setar dan Penang - Day 1

Sambungan JJCM Kedah, Penang & CH - Permulaan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pagi hari pertama terasa liat nak bangun. Bangun subuh dalam pukul 6 setengah, lepas itu ingatkan nak mandi dan segera ke Alor Setar. Tapi berakhir dengan lena atas katil. Sedar-sedar dah pukul 8. Cepat-cepat kejutkan yang lain dan bersiap. Abang telefon suruh sarapan dekat rumah mertuanya di Tasek Gelugor. Dalam pukul 9 pagi, kami telah siap dan menuju ke Tasek Gelugor. Berbual sambil makan dengan abang dan mertuanya. Lebih kurang jam 11++ pagi, kami sudah berada di atas lebuhraya menuju ke Alor Setar. Kelambatan berpunca daripada masalah teknikal GPS. Tak boleh harap pakai GPS yang baru ni. Kami tersesat sampai dah takde jalan dalam GPS. Terpaksa berpatah balik dan menggunakan GPS yang lama.

Kat mana ni??
Setelah berjumpa semula degan PLUS, kami meneruskan perjalanan ke Alor Setar. Lebih kurang pukul 1++ petang, kami telah selamat sampai ke Alor Setar dengan mengambil exit Utara. Sebelum kami ke rumah pengantin, kami solat jama' dan qasar di masjid yang berdekatan. Rupenye, rumah yang dituju tak jauh dari masjid ni.
Sembahyang jama' dan qasar di masjid ini..masjid lama rupanya..
Selesai solat, kami ke rumah pengantin dan terus makan sebelum berjumpa sahabat yang tengah duk posing atas pelamin sambil menunggu ketibaan seorang lagi rakan dari Kuala Selangor. Makan dah sudah, airpun dah habis tapi rakan kami tak sampai-sampai lagi. Tunggu punya tunggu sampai pampers anak dah bocor. terpaksala setelkan dulu. Setel aje tukar pampers anak, member yang ditunggu pun sampai. Terus bergerak ke kenduri tadi, makan lagi, macam nak pecah perut..
Ade muzik traditional di dendangkan..
Selepas makan, kami bergambar dengan pengantin, borak-borak kejap sebelum meneruskan perjalanan. Tempat pertama yang di tuju adalah Menara Alor Setar. Dah lama tak naik menara tinggi-tinggi ni. Gayat jugakla. Dari menara ini, kita boleh menyaksikan hampir keseluruhan bandar Alor Setar. Menara ni merupakan bangunan yang tertinggi kat sini (kalau salah tolong betulkan la ye). Setengah jam di sini sudah mencukupi. Layan pemandangan aje. Alor Setar ni memang terletak di kawasan yang rata. Mungkin sebab kawasan bendang kot..
Menara Alor Setar
 
Sekitar pemandangan dari menara
Niat di hati ingin melawat Gunung Jerai, tapi tidak berkesempatan. Abang dah tunggu dekat Pulau Pinang, nak bawak kami naik feri dan ke Bukit Bendera. Lebih kurang pukul 4, kami bergerak menuju ke Pulau Pinang. Sampai di jeti feri Butterworth hampir ke pukul 5 setengah.  Beratur setengah jam sebelum dapat menaiki feri. Perjalanan menaiki feri mengambil masa lebih kurang setengah jam.
 
Gambar dari atas feri
Lepas sampai pulau, kami bergegas menuju ke Bukit Bendera. Jam menunjukkan pukul 6 setengah. Kalau boleh nak tengok sunset dari atas bukit tu. Tapi apakan daya, kita merancang tapi Allah yang menetukan. Sampai Bukit Bendera dalam pukul 7, tiket ke atas hanya ada untuk pukul 8. Abang solat Maghrib dulu (kami jama' aje kat rumah nanti) sementara menunggu keretapi (betulke keretapi?) sampai. Tiket berharga RM8/pax (untuk pemegang IC Malaysia). So pastikan bawak IC takut-takut depa check, kena bayar RM30/pax nanti. Kami tak sempat nak buat apa-apa kat atas ni. Hari dah gelap, anak pulak menangis aje. Mungkin sebab keletihan. Dalam pukul 9, kami turun semula dan pulang ke Padang Serai.
Bukit Bendera
Kami singgah sebentar di Sungai Dua untuk makan malam. Orang cakap char kuew teaw Sungai Dua terkenal kat sini. So, ke situlah kami pergi tapi melihat orang terlalu ramai sampai beratur, kami batalkan sahaja niat kami. Akhirnya kami makan mee udang Sungai Dua (famous jugak katanya). Orang pun ramai tapi tak seramai kedai tadi. Order 3 pinggan mee udang. Setiap pinggan mengandungi 5 ekor udang harimau sebesar ibu jari. Jenuh jugakla nak abiskan. Rasa sedap boleh dapat A dari kami. Total makan semua RM50++. Selesai makan, kami terus balik rumah. Sampai rumah dalam pukul 11 lebih, mandi, solat, berkemas dan seterusnya ZZZZzzzzz..Esok kami akan ke Cameron Highland pulak.

Till then, maassalamah...

Sambungan di JJCM Kedah, Penang & CH - Day 2

No comments:

Post a Comment