Saturday, September 22, 2012

Trip to Northen Region: Cameron Highland - Day 2

Sambungan JJCM Kedah, Penang & CH - Day 1

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hari ini kami bangun awal. Selesai sahaja menunaikan solat Subuh, kami cepat-cepat mengemaskan barang-barang, mandikan anak-anak dan punggah barang ke dalam kereta. Hampir ke pukul lapan, barulah kami bertolak menuju ke Tasek Gelugor. Nak pulangkan kunci tuan rumah. Sampai di sana, kami dijamu dengan sarapan pagi. Ada roti canai, nasi goreng, kuih muih dan beberapa jenis makanan lagi. Selesai makan dan memulangkan kunci rumah, kami bergegas ke highway Sungai Dua. Target nak sampai Cameron Highland sebelum tengah hari. Tapi kami tersangkut kat sini pulak. Cantik sungguh (bagi kami la)...

Yang berawan tu Georgetown
Lame jugak kami bergambar kat sini. Hampir ke pukul 11, baru kami bergerak ke highway. Kami naik dari tol Sungai Dua dan keluar di Simpang Pulai. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam, 2 jam atas highway dan sejam dari Simpang Pulai ke Cameron Highland. Hentian pertama kami di Cameron Highland adalah Tringkap. Di sini kami pusing-pusing tengok kedai yang ada, beli beberapa barang (FM, key chain etc.) dan melawat taman bunga Rose Valley sebelum check in hotel. Tiket berharga RM2/pax kalau tak silapla. Lebih sejam masa yang diluangkan di sini. Rose Valley nampak kecil sahaja dari luar tapi sebenarnya luas. Kami tak sempat nak menjelajah ke keseluruhan tempat kat sini sebab masa tak berapa mengizinkan. Apa ada kat sini? Bunga la kan, nama pun Rose Valley. Tapi bukan bunga ros aje yang ade, macam bunga ada daripada berbagai-bagai jenis ros sampaila kepada berbagai-bagai jenis bunga raya. Ada jugak beberapa haiwan yang dipamerkan (macam zoo kecil).
Tringkap
Barang-barang kat kedai di Tringkap


Buruk aje pintu masuk ke Rose Valley
Sekitar Rose Valley
Tempat ni luas sebenarnya. Boleh panjat bukit kalau nak tengok view keseluruhan. Tapi kami tak panjatla, penat dan bukit agak curam. Kat dalam ni wangi aje suasananya. Haruman dari bunga-bunga ros. Ooo. Masa kat sini, ade sorang makcik Cina yang ramah. Lama jugak dia berborak-borak dengan kami. Siap bagitau asal usul dia. Last sekali dia bagi dua bungkus tomato ceri (yang kecik-kecik tu) free aje. Terharu kami. TQ makcik...

Kami menginap di County Lodge Resort Cameron Highland yang terletak di Brinchang. Harga bilik standard untuk satu malam adalah RM98 (normal). Kalau peak lagi mahal. Hotel ni menyediakan free parking dan 5-10 minit berjalan kaki ke pasar malam Brinchang. Kalau nak bilik lagi murah boleh pergi ke Tanah Rata. Bilik yang disediakan OK. Takde masalah dan kami puas hati.
Country Lodge Resort
Selepas solat Asar qasar dan jamak dengan Zohor, kami bertolak menuju ke Bharat Plantation yang terletak di Tanah Rata. Ape ade kat sini? Tengok pokok teh la. Sambil makan makanan ringan yang di beli. Cuaca agak dingin di tambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Subhanallah, cantik pemandangan yang Allah hidangkan. Kat Cameron Highland ni ada 2 ladang teh yang famous iaitu Boh dan Bharat. Ladang teh Boh terletak dekat Sungai Palas, berhampiran Brinchang. Nape tak pegi sane? Sebab mase tak cukup, jalan nak ke sana sempit dan hari Isnin tutup. Tapi kat Boh lagi best. Boleh lawat kilang, ade tour, galeri dan pemandangan lagi cantik. Kat Bharat semua buat sendiri la. Jangan harap dapat masuk kilang dia, tengok dinding aje dari jauh. Next time harap dapat pegi ladang Boh pulak.
Sekitar Bharat Plantation
Selepas puas bergambar, kami pulang ke hotel untuk solat Maghrib jama dengan Isyak. Malam tu kami keluar makan malam, jalan-jalan sekitar Brinchang. Tapi takde ape-ape pun. Tak banyak kedai yang beroperasi pada waktu malam. Balik semula ke hotel dan zZzZzzzzz..
 
Till then, maassalamah...

Bersambing di JJCM Kedah, Penang & CH - Day 3 (last day)

1 comment: