Saturday, October 20, 2012

Selangor: Bukit Broga - Broga Fun Hiking

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah lame rasenye tak panjat gunung. Last sekali panjat gunung tahun 2009, panjat Mount Kosciuszko (click sini), gunung tertinggi di Australia yang terletak di Jindabyne, NSW. Tapi macam tak kira panjatla sebab 3/4 perjalanan menggunakan chairlift.
Kenangan lalu, Snowy Mountain, Jindabyne
Then, minggu lepas 7 October 2012, kami (husband aje yer) menuju ke Bukit Broga dengan niat untuk menawan keempat-empat puncaknya. Perjalanan dimulakan seawal jam 4:30 pagi dari PD dengan harapan dapat melihat sunrise di Broga. Berhenti sebentar di Nilai untuk mengambil seorang rakan. Trip kali ni berkekuatan seramai 3 orang sahaja. Pukul 5:40 pagi, kami telah melepasi tol PLUS nilai menuju ke tol Kajang. Ooo, sebelum tu Bukit Broga ni terletak di Semenyih, berhampiran sempadan antara Selangor dan Negeri Sembilan. Sila rujuk google kat bawah.


Kami sampai di kaki Bukit Broga lebih kurang pukul 6:00 pagi. Cara nak ke sana mudah aje.
  1. Melalui hiway PLUS dari Seremban, ambil exit keluar di tol Kajang.
  2. Selepas tol Kajang, terus aje dan cari signboard Semenyih. Kalau tak silap, kena susur keluar sebelah kiri. Lepas tu belok ke kanan dan terus aje.
  3. Cari signboard Broga. Simpang ke Broga terletak disebelah kiri. Lepas tu kita akan lalu Universiti Nottingham Semenyih. Terus sahaja dan akan jumpa kereta/bas/MPV berderet-deret kat jalan masuk.
  4. Entrance Broga Hill terletak disebelah kiri, berhadapan dengan Kessington Resources Sdn Bhd. Papan tanda juga ada. Bayaran masuk RM2/vehicle, parking bawah pokok sawit. Kalau parking kat tepi jalan besar mungkin percuma.
Signboard yang dinyatakan di atas...
Sebaik sahaja kami sampai di kaki Bukit Broga, kami menunaikan Solat Subuh dulu (jangan lupe solat ye, solat tu wajib). Bentang sejadah dan ambil wuduk guna air dalam botol aje. Kalau tak nak sembahyang kat sini, boleh juga sembahyang di Petronas sebelum simpang ke Broga atau di surau/masjid Nottingham University. Kami memulakan pendakian selepas solat Subuh lebih kurang jam 6:15 pagi. Melalui laluan ladang kelapa sawit, kemudian ladang getah (sikit aje) then baru sampai di kaki Bukit Broga.

Lampu picit atau head lamp yang terang diperlukan untuk mendaki Broga pada waktu malam. Kalau takde, jangan takut sebab kat sini ade gerai-gerai kecil yang menjual makanan, lampu picit dan juga baju Broga...Ye baju bercop Broga.. Dalam 5 minit berjalan, kami tiba di kaki bukit Broga. Pendakian di mulakan dengan cepat, sebab masih landai lagi. Makin lama mendaki, track semakin curam. Gelap-gelap ni tak nampak sangat ape ade kat kiri dan kanan. Bila turun baru tau, gaung yang agak dalam di kiri dan kanan track. Bila laluan makin curam, lebih kurang 4-5 kali kami berhenti melepaskan lelah. Ada laluan yang curam hampir 60 degree.
Hampir ke 1st peak
Kami tiba di puncak pertama Broga lebih kurang pukul 7 pagi. Masa pendakian lebih kurang 45 minit. Jumpa 2 orang cina dari Bangi (kalau tak silap) yang sedang bersarapan, borak-borak dengan mereka. Very nice, and take a photo. Berhenti sekejap dalam lebih kurang 15 minit sebelum bergerak ke puncak seterusnya.
Nice to meet with them

2 gambar atas - sekitar 1st peak. 2 gambar bawah - Laluan ke 2nd peak
Selepas puncak yang pertama, laluan ke puncak berikutnya semakin mudah. Ke puncak yang kedua mengambil masa sekitar 10 ke 15 minit dan ke puncak ketiga dalam 10 minit. Kami tidak ke puncak keempat (boleh repeat lagi nanti) sebab malas (ayat cover baik punya). Sampai di puncak ketiga, kami di sapa oleh satu group cina. Very friendly. After short chit chat, mereka pun balik. Kami ambil port mereka, keluarkan sarapan yang di bawa dan terus makan. Ada 2 oang anak kecil bersama keluarga mereka dari Putrajaya duduk bersama-sama kami. Makan sambil berbual dengan anak-anak kecil itu.
2nd Peak
From 3rd peak
Kabus
Disebalik kabus
1st peak
2nd peak

Subhanallah
Turun-turun
Lebih kurang pukul 9:20 am, kami bergerak turun. Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 50 minit. Sampai di parking lebih kurang pukul 10:10 am, kami terus bergerak ke kedai makan. Perut lapar minta diisi walhal baru lepas makan masa kat puncak tadi.

Tip-tip mendaki Broga
  1. Pastikan anda tau macam mana nak ke sini lebih-lebih lagi yang nak tengok sunrise (kalau lambat tengok muka orang ajela). Kalau gunakan PLUS dari arah selatan, perlahankan kenderaan (below 90 km/h)anda lebih kurang 3 km sebelum tol Kajang. Ada AES kat situ. Kami kena flash masa kat sini. Ingatkan petir, rupanya AES.
  2. Persediaan fizikal penting. Walaupun hanya 400m sahaja, kami lihat ramai yang semput masa nak naik.Better get prepared before pitam kat sini.
  3. Bawak air lebih kurang 500ml kalau tak nak kehausan. Better bawak energy bar or sedikit makanan. Takut kebulur pula nanti.
  4. Jangan lupa bawa lampu picit kalau tak nak meraba-raba dalam kegelapan. Atau boleh tumpang lampu orang lain.
  5. Semasa mendaki, cari port yang sesuai sebelum berhenti. Jangan berhenti ikut sedap hati aje sebab laluannya kecil dan oang ramai. Boleh jammed kalau berhenti ikut suka.
  6. Pakai kasut yag sesuai untuk mendaki. Jangan tergolek nanti baru nak cari kasut. Laluan kat sini berpasir dan mudah tergelincir.
  7. Bila dah sampai puncak, jangan duduk lama-lama kat situ macam kita yang punya (puncaknya kecil sahaja). Orang lain pun nak ke puncak.So bertimbang rasa.
  8. Pemburu sunrise mungkin akan kecewa sebab matahari mungkin akan terlindung disebabkan kabus tebal (pengalaman kami).
  9. Semasa turun, jangan tergopoh gapah, jangan berlari macam kena kejar hantu sebab perbuatan ini boleh mengundang kecederaan kepada diri sendiri dan orang lain. Tolong bertimbang rasa (pengaaman kami).
  10. Semasa turun, senyum pada orang yang naik. Kalau boleh tegurla mereka macam kami buat.
  11. Lastly, take nothing but photographs and leave nothing but footprints. Bersama-sama menjaga bumi kita.


Till then, maasalamah...

3 comments: