Saturday, October 13, 2012

Trip to Northen Region: Cameron Highland - Day 3 (last day)


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hari kedua dan terakhir di Cameron Highland, kami bangun awal pagi ini.Tapi check out hotel lambat macam biasa. Pukul 9 lebih, kami bergerak menuju ke Food Court Brinchang berdekatan dengan balai bomba. Sarapan kat gerai no. 7, makanan sedap dan harga berpatutan. Pagi-pagi kat sini tak banyak kedai yang buka. Mungkin lain ceritenye di Tanah Rata.
Sabar ya..
Selesai makan, kami bergegas mencari ladang strawberi. Rasanya macam tak sah kalau pergi Cameron Highland tapi tak singgah ladang teh dan strawberi. Oleh kerana hari ini hari Isnin, tak ramai penguncung yang kelihatan. Setelah pusing-pusing kat Brinchang, kami akhirnya singgah di Strawberry Point. Tempat ni nampak macam baru lagi. Terletak berhampiran dengan Cactus Point. Tempat ni terbahagi tiga bahagian (tengok signboard kata macam tu la) iaitu Tea House, Strawberry Point dan Mushroom Farm. Mula-mula kami melawat ladang strawberi la. Kecik aje ladangnye. Nak rase petik strawberi kena petik dan bayar untuk setengah kilogram strawberi. Harga RM20 untuk esetengah kilo tu. Memandangkan kami tak pernah rase petik strawberi, pejam mata bayo ajelah. Berbaloi jugakla buang duit kat sini. Pekerja kat sini ajo cara yang betul nak petik strawberi. Ingatkan macam petik rambutan, tapi tak. Pekerja kat sini kata kalau salah petik, pokok boleh mati. Sebab tu harga nak petik mahal sikit dari beli kat luar.
Merasa jugak petik strawberi..haha..jakun kejap
Pekerja kat sini cakap banyak strawberi dah kena petik hari semalamnya iaitu Ahad. Walaubagaimanapun, bekas yang diberikan tetap penuh. Hampir setengah jam masa diluangkan di dalam ni. Ooo, strawberi kat Cameron Highland memang manis-manis. Tak same kalau beli kat pasaraya. Pekerja kat sini cakap, jangan basuh strawberi kalau tak nak dimakan dalam masa terdekat. Kalau basuh jugak, buah tu akan lebam dan masam. Dah puas petik strawberi, kami berpindah ke Mushroom Farm. Tengok berbagai-bagai jenis cendawan yang kami tak pernah nampak pun sebelum ni. Beli la sikit cendawan kat sini (sampai umah, masak sedap pulak). Kat dalam ni banyak kedai yang menjual berbagai-bagai jenis jeruk, teh dan juga madu. Beli la teh sikit (sedap teh ni buat teh tarik), jeruk strawberi sikit dan barang ntah ape-ape. Selesai shopping, kami bergerak menuju ke atas lagi.
Antara cendawan yang ada..jakun lagi..
Dalam perjalanan, kami ternampak Cactus Point (click sini) dan singgah sebentar kat sini. Tengok ape yang ada. Kat sini ade banyak jenis pokok kaktus dan bunga-bungaan. Pokok kaktus ade dari sekecil-kecil sampaila sebesar-besarnye (kalau beli kena bawak naik lori). Ada jugak pokok strawberi tapi sikit aje. Malu-malu nak berbuah. Kami beli 6 pokok kaktus mini kat sini (dah mati pun saat entry ni ditulis). Murah-murah kaktus kat sini kalau compare kat tempat kami.
Bunga, strawberi dan kaktus dalam satu tempat...
Hampir ke pukul 12, kami bergerak ke pasar Brinchang. Saje nak tengok ape yang dijual. Hari semalam (ahad), tempatni sesak giler. Harini lengang aje, orang pun tak ramai. Kat sini bermacam bunga yang dijual. Murah-murah je. 5+3 kuntum RM10 kalau tak silap. So borongla bunga banyak-banyak nak letak dalam pasu. Mungkin murah sebab hari ni hari isnin, orang tak ramai dan yang penting, bunga bukannya boleh simpan lame-lame. Nanti layu jugak kan. Baik let go aje dari layu kat kedai. Ooo..kat sini kami ada beli madu asli. Mula-mula takut jugak kena kelentong kan. Tapi tawakal ajela, beli 2 botol RM45. Alhamdulillah tak kena tipu, memang madu asli, terbaik dari hutan. Ye ke??
Pasar Brinchang yang lengang
Borong-borong...beli madu aje..
Selesai urusan di Brinchang, kami bergerak menuju ke Mardi Agro Park (click sini). Dengar cakap-cakap orang, tempat ni antara tempat femes la. Tapi malangnya tutup plak. Takde rezeki, nak buat camne. Oleh kerana tutup, kami terus bergerak pulang. Singgah sebentar di Bharat Plantation untuk menghilangkan dahaga. Selepas tu baru gerak balik melalui jalan Tapah...nak muntah rasenye lalu jalan Tapah. Driver aje steady, penumpang semua tutup mata tahan muntah.. Lalu jalan tapah kena berhati-hati, jalannya kecik, bengkang-bengkok dan ramai pemandu yang...hadoi. Dekat selekoh pun nak potong. Nasib baik tak berlanggar dengan lori..Ooo.jalan ni macam feveret untuk driver lori dengan bas. Best kot layan corner. haha..Pada pandangan kami, better lalu Simpang Pulai. Beza jarak tak jauh sangat plus jalan lebar dan selesa. Tapi kalau lalu jalan Tapah, boleh singgah kat Lata Iskandar. Kami tak singgah sebab kejar masa sebab adik ipar nak kena teruskan perjalanan ke JB pulak. Sampai PD dalam pukul 8 malam (lambat sikit sebab singgah rumah kawan kat Kuala Selangor). Overall, percutian ini menggembirakan. Next vacation maybe nak ke .... tengah pikir...


Till then, maasalamah...

No comments:

Post a Comment