Sunday, January 20, 2013

Pahang: Bukit Tinggi - Bukit yang tak berapa tinggi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Bulan Disember lepas, kami telah berkesempatan meneroka Bukit Tinggi, Pahang. Bukit Tinggi terletak berhampiran dengan Genting Highland merupakan sebuah tempat peranginan ala-ala oversea. Tapi jangan expect tempat ni sesejuk Cameron Highland atau Genting Highland. Berpeluh jugakla kat sini. Kami bertolak dari Port Dickson dalam pukul 10 pagi. Sampai di simpang Bukit Tinggi dalam pukul 11:30. Boleh refer sini kalau nak tau pasal Bukit Tinggi (click sini).
 

View Larger Map

Selepas masuk simpang Bukit Tinggi, kita akan menemui satu pondok pengawal kepunyaan Berjaya Hill. Belok ke kanan (kiri pun boleh juga tapi jauh sikit) dan terus sahaja sampai jumpa pondok pengawal yang kedua. Di sini kena bayar tiket masuk. Dewasa RM12.00/pax (kanak-kanak tak ingat). Tiket ni valid untuk masuk selama satu hari (boleh keluar masuk banyak kali). Tiket ni boleh access ke Colmar Tropicale, Japanese Tea House dan Botanical Garden.
Tiket-tiket

Colmar Tropicale

Tempat pertama yang kami tuju adalah Colmar Tropicale (sepatutnya terus pergi ke Japanese Tea House dulu sebab parking lot kat sana amat kurang). Apa ada kat Colmar ni? Tempat ni dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis. Pattern bangunannya hampir kesemuanya mengikut pattern bangunan di Perancis. So kat sini bolehla berangan macam duk kat oversea walaupun berpeluh-peluh. Panas kat sini, tapi angin dia sejuk sikitla compare angin kat PD ni. Duk pusing-pusing dalam ni dalam sejam setengah aje sebab tempatnye takdela besar sangat. Ada pertunjukan acrobatic kat sini megikut jadual yang disediakan. Cantik jugakla tempatni, well maintain tapi kalau datang waktu malam mungkin cantik lagi. Layan gambar ajela..
Colmar Tropicale
Dari Luar
Kat dalam

Comel aje spesis angsa ni..ye ke angsa?
Kami hanya beli fridge magnet aje kat sini. Makanan dan minuman dah beli awal-awal kat PD. Kalau makan kat sini boleh pitam, rata-rata lebih kurang RM50/pax. Air tin aje dekat RM6. Selesai beli FM, kami bergerak menuju ke Animal Park.

Animal Park

Mula-mula nak ke Japanese Tea Hause tapi jalan dah tutup pulak sebab parking kat atas dah penuh. So, kami ke Animal Park dulu. Animal Park ni letaknya kat bawah Colmar. Kena keluar dari tempat beli tiket tadi, terus aje sampai jumpa simpang ke kanan. Belok kanan dan terus aje dan Animal Park kat sebelah kanan. Kecik aje tempatni. Tapi budak-budak mesti suka sebab banyak arnab yang comel-comel kat sini. Jinak pulak tu. Harga tiket RM3/pax. Tarikan kat sini adalah arnab, rusa dan hamster. Arnab dan rusa berkeliaran bebas tapi hamster dalam kandang kecil.
Animar Park kat sebelah kiri tu..kecik aje.
Comel-comel
Japanese Tea House & Botanical Garden

Setelah hampir sejam di Animal Park, kami naik semula ke Colmar. Parking kereta di Colmar (sebab jalan ke atas masih ditutup untuk kenderaan awam) dan naik lori menuju ke Japanese Tea House & Botanical Garden (satu tempat). Tapi kami bernasib baik, dapat naik van ber aircond. Dekat sini memang ada kenderaan yang menghubungkan antara Colmar ke Japanese Tea House (vice versa) dan dari Colmar ke Animal Park (vice versa). Tapi pengurusan kenderaan kelam kabut sikitla. Berebut naik sebab takde orang yang pantau.

Jauh juga nak sampai kat tempatni. Dalam 15 minit naik van baru sampai. Jalan macam naik Cameron Highland. Sampai tempat parking, kena berjalan kaki sejauh lebih kurang 500 meter baru sampai. Penat nak panjat tangga bagai, berpeluh-peluh dibuatnya. Akhirnya sampai jua. Kat Japanese Tea House ni ada beberapa biji rumah tradisional Jepun. Boleh try pakai baju tradisional Jepun dengan bayaran tertentu. Chalet dan spa pun ade. Scenery memang cantikla, kalau Colmar macam Perancis, kat sini macam Jepun (macam ajela).
Jalan naik, tangga atau jalan biase.. same aje penatnye..
Boleh try pakai baju kimono..tak ingat harga
Botanical Garden
Dalam pukul 5, kami bergerak pulang menuju ke Colmar. Tak sempat cover keseluruhan Botanical Garden. Mungkin lain kali boleh datang lagi. Dalam pukul 5 setengah, kami sampai di hentian Genting Sempah untuk makan dan solat. Hujan turun mencurah-curah. Nasib baik dah keluar dari Bukit Tinggi. Kalau kat sana lagi memang lencunla. Malam baru sampai PD...

Till then, maassalamah...

Saturday, January 5, 2013

Demi anak-anak, aku berubah..

Assalamualaikum

Tengah malam begini, mata tak boleh lelap. Mungkin penangan tertidur dan rehat  diwaktu siang terlalu lama agaknya. Buku 'Bercinta sampai ke syurga' karangan Hasrizal Abdul Jamil pun dah habis di baca..Alhamdulillah, banyak ilmu yang saya dapat dari buku ni. Semoga ia membantu pada saya untuk mendidik anak-anak dan membentuk keluarga saya dalam suasana yang harmoni, islamik dan realistik, InsyaAllah. Sebenarnya buku ni dah lama di anak tirikan oleh saya di atas rak-rak buku. Mungkin masa yang kurang dan badann yang keletihan mebuatkan buku ni di anak tirikan. kesian dia..
ini bukunya. (sumber gambar :google)

Hari-hari begini

Umar menagis tak berhenti, si wafiy pulak asyik ke dapur sambil pegang botol susu, menagis dan sebut "ying". Ying maknanya baring..Wafiy suruh saya baring dengan dia, semata-mata suruh teman dia minum susu. Ya Allah, kadang kadang rasa tertekan dengan situasi itu. Saya tengah sibuk masak kat dapur untuk siapkan makan tengah hari dan malam, makanan umar lagi, sambil basuh baju. Umar pulak menagis sebab lapar. Pagi-pagi tadi dah melayan kerenah mereka di atas katil, main-main sampai mereka tertidur. Bila saya nak sambung buat kerja, mereka dah bangun.Terpaksa lah saya buat yang mana perlu dulu. Saya baring dengan Wafiy sambil menyusukan Umar. agak-agak dah diam, saya sambung basuh baju, masak dan suapkan Umar nestum dulu. Tangan memanglah kena super duper cepat untuk lakukan semua tu. masa saya di rumah jadi terlalu cepat berlalu, tiada rehat yang panjang, kadang kala terlupa makan. Tahu-tahu perut berkeroncong bagai nak gila, barulah mulut ni terucap "Ya Allah, aku tak makan lagi rupanya".



Punca kelam kabut 

Bila saya fikir balik, kenapa budak-budak ni menangis, meragam bila saya buat kerja. Sebenarnya tangisan adalah perkara terakhir yang orang dewasa mahu dengar. Sesungguhnya, tangisan dan rengekan anak kecil itu merimaskan dan membuat kita jadi tertekan. Tidak hairanlah mengapa kanak-kanak didera di taska. Keimanan dan kesabaran yang tebal sahaja boleh menjadi benteng diri.

Bila saya sakit, saya akan kurang buat kerja rumah, saya akan baring di ruang tamu. Anak-anak tak menangis, malah dengan gembiranya mereka baring dengan saya. Cuma sesekali dengar mereka merengek minta susu, minta makan atau tak selesa sebab tak mandi lagi. Oh, baru saya dapat jawapannya. anak-anak tak suka saya sibuk, dan buat kerja rumah. tapi macam mana saya nak buat kerja rumah, kalau saya asyik nak melayan mereka. Puas saya berfikir. Akhirnya saya jumpa 1 jalan. Saya kena ubah rutin harian saya!!

Rutin harian berubah

Keesokan harinya, saya cuba mengubah hampir semua rutin harian saya. Saya tidak membasuh baju di pagi hari, saya basuh dan menyidai baju di malam hari. Jadi, masa saya di dapur hanya ntuk memasak sahaja. Bagi menghilangkan kebosanan, saya membersihkan laman ditemani Umar (Wafiy biasanya bangun lambat). Saya akan merumput sehingga Umar dah tak selesa dan penat. Jadi, Saya masuk mandikan Umar, Wafiy dan berehat seketika sambil menyusukan Umar dan Wafiy. Bila mereka dah ok, saya teruskan kerja dengan memasak.Wafiy dan Umar, akan saya leka kan dengan tv (saya bukak baby tv je. Selamat dan mereka pun suka). Bila siap memasak, saya terus suap mereka makan. semua kerja-kerja mengemas saya akan buat setelah mereka tidur atau mereka leka bermain. Jadi, waktu selebihnya saya baring dan bermain-main dengan mereka. Kadang-kadang, sampai saya pun terlelap sama dengan anak-anak.Saya akan abaikan rumah yang bersepah. Kalau bersepah tahap kritikal, saya akan kemas secepat mungkin. Setakat mainan yang bersepah, saya buat tak nampak . Yang penting Wafiy dan Umar tak meragam. Bila malam pula, suami dah balik kerja, saya akan basuh baju. Jadi, Umar dan wafiy akan bermain sendiri atau bermain dengan abi mereka. Lagi pun, basuh baju tak sama dengan masak, Kena duduk dapur sampai siap. Kalau tak, hangitlah lauk. Saya ulangi rutin harian saya keesokan harinya, Wafiy dan Umar, tak lagi meragam, menagis. Cuma kadang-kadang, bila kehendak mereka tak saya penuhi dengan cepat. Alhamdulillah..Berhasil!!

Perlukan perhatian 

Barulah saya tahu, anak-anak saya kurang perhatian walaupun saya 24 jam bersama mereka. Jadi untuk mendapatka perhatian, mereka merengek, buat apa yang saya larang, dan kadang-kadang wafiy datang di dapur berulang kali tunjuk tangan, kaki sambil cakap "atit"(sakit), minta saya tiupkan. Kasihan anak-anak ummi. Bila saya baca balik buku BERCINTA HINGGA KE SYURGA, baru saya tahu, sebenarnya anak-anak tak suka ibu bapanya sibuk. Kita akan beri perhatian pada anak-anak bila mereka buat salah. Jadi, untuk dapatkan perhatian kita, mereka sanggup mengobankan diri mereka dimarah dan dipukul untuk dapatkan perhatian dari ibu bapanya.

Korbankan segalanya

Jadi, untuk mengatasi anak yang meragam, saya perlu berkorban sedikit rehat pada waktu malam saya dengan menyiapkan kerja-kerja rumah yang terbengkalai, kurangkan melayari internet. Saya banyak kan aktiviti bersama anak-anak. Tak susah sebenarnya melayan anak-anak. Tapi bila mereka menangis, merengek, kerja pula banyak, kita akan jadi stress. Jadi, sabar, dan menghadapi semuanya dengan tenang. Dan akhir sekali, masa itu amat berharga. Jadi, perlu manfaatkan ia dengan baik..Bila anak-anak happy, ummi dan abi pun gembira. tak kisah lah mainan bersepah, malam karang ummi kemas semula..

Ummi sayang anak-anak ummi..Moga jadi anak-anak yang soleh dan bertakwa kepada Allah.. Amiiin..






Wednesday, January 2, 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke 4

Alhamdulillah wa syukurlillah pada 28/12/12 genaplah 4 tahun  usia perkahwinan kami..Alhamdulillah, selama 4 tahun ni, telah kami lalui alam perkahwinan ini dengan penuh suka duka tawa riang bersama.

Selama 4 tahun ini juga lah, kami telah memiliki 2 orang anak lelaki yang comel dan menyejukkan mata dan hati kami.. Sesungguhnya kami amat bersyukur dengan kurnianNya.

abang wafiy x boleh pisah dengan botolnye lama2
umar muka ketat

saya dapat makan...yeay
Dalam tahun  2012 ni, ada suka dan ada yang duka telah terjadi dalam keluarga kami. Antaranya, Wafiy dapat adik baru..Umar..Gembiranya bila ahli keluarga bertambah..semakin berseri lah rumah kami. Yang duka nya ialah Wafiy patah tulang bahu..sebab jatuh dari almari..Budak tengah lasak, semua benda dia nak explore. Entah macam mana boleh tejatuh..Saya sebagai ummi dia, sedih yang teramat sangat. Rasa bersalah sangat sebab x tengok apa yang dia buat. Masa tu, Umar meragam, Wafiy pulak asyik main bukan2, kerja rumah banyak..so, saya terlepas pandang dia tengah buat apa..Alhamdulilah, sekarang dah baik dan aktif semula.

Untuk sambut ulang tahun yang ke 4, kami tak ade buat preparation, takde hadiah, dan takde celebration pun. Masa tu anak2 demam. Jadi, keesokan harinya, saya buatlah KEK LABU untuk makan-makan 1 keluarga. Ok la kan..dari takde ape2..
Kek Labu
kek labu yang gebu

semoga perkahwinan yang telah kami bina, kekal hingga syurga, semakin bertambah kasih sayang, mawaddah wa rahmah dalam keluarga..Amiin..

Uniknya ikatan perkahwinan
kadangkala, merajuk bagaikan merajuknya anak kecil dengan ibunya
Bila berborak pula, seperti kawan lama yang telah bertahun x jumpa
Bila berbincang, bagaikan ahli perniagaan yang mahu mendirikan syarikat besar2 walhal hanya nak berbincang pasal nak beli basikal anak je pun. Bila bergurau, kadangkala bukan seperti suami isteri
itulah keunikan alam perkahwinan.
Segala tawa, suka duka akan dikongsi bersama.
rahsia mu, Rahsiaku juga..

Sesungguhnya, ku amat menyayangi keluarga ku, suamiku dan anak2 ku..

` LOVE YOU FOR EVER N EVER TILL JANNAH SUAMIKU`

nukilan dari isteri kepada suami ku