Thursday, May 30, 2013

Negeri Sembilan: Jeram Tengkek - Jeram yang dilupakan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jeram Tengkek merupakan salah satu jeram yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Lokasi sebenarnya bolehla refer dekat google map kat bawahni..


Kami bergerak dari Port Dickson sebelum Zohor melalui Kuala Pilah. Singgah sebentar di Petronas Jalan Kuala Pilah untuk Solat Zohor dan membeli beebrapa jenis makanan. Cuaca pada masa itu mendung dengan hujan rintik-rintik. Ditambah dengan sesat di Kuala Pilah (gara-gara guna GPS). Boleh pulak GPS ni lalu jalan kat tengah-tengah hutan walhal ada aje jalan yang besar lagi lurus. Rasa nak campak aje GPS tu.

Laluan di Batu Kikir agak mencabar, sebab terpaksa mengelak 'periuk api' yang bertaburan di tengah jalan. Punyalah banyak dan bersepah-sepah. Akhirnya sampai juga kat jeram tu dalam pukul 4 petang.
Welcome
1st impression bila dah sampai..hmmm..tempat ok dan canti tapi kalau diselenggara dengan sempurna. kami lihat banyak kemudahan yang tidak diselenggara. jambatan pun dah runtuh, air kolamnya keruh dan berkelodak (tak sanngup nak mandi kat situ). Tapi dia punya air terjun memang cantik. Bolehla..
Signboard pun dah karat tapi jambatan masih tak dibaiki lagi..
Jangan mandi kat sini..tempat mandi kena jalan ke dalam lagi
Entrance
Tempat mandi
Air terjun jeram Tengkek
Selepas sejam bermandi-manda, kami pun berkemas untuk pulang. Cuaca semakin gelap macam nak hujan. Dan seperti yang diduga, hujan turun ketika kami memulakan perjalanan untuk pulang. Pada pandangan kami, pihak berwajib perlu menyelenggara tempatni. Jeramni akan lebih cantik bila diurus dengan betul.

Till then, maasalamah.