Monday, August 12, 2013

Terengganu: Kuala Terengganu - Mutiara pantai timur day 1

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, kami berkesempatan berkunjung ke Kuala Terengganu sempena hari keluarga. Hampir semua ahli keluarga menghadiri aktiviti ini. Kami bersama ayah, emak dan abang bergerak dari Segamat menggunakan 2 buah kenderaan. Abang sulung bergerak dari Pulau Pinang hari yang sama menuju ke Kuala Terengganu. Perjalanan dimulakan seawal jam 7 setengah. Kami berhenti rehat/makan disebuah kedai sebelum bandar Muadzam Shah. Makan sarapan ala kadar tapi harganya tak munasabah, mungkin kami 'terkena'.
Sarapan pagi. Alhamdulillah

Perjalanan diteruskan lagi dan kami berhenti sekali lagi disekitar kawasan Marang untuk makan tengah hari. Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan sampai ke homestay dalam jam 3 petang. Kami menginap di sebuah homestay dalam kawasan Chendering. Harga satu malam adalah RM250. Homestay yang kami duduki mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Selesai urusan check in semua, kami bergerak menuju ke Restoren Lempeng yang terletak di Rusila, sekitar 5km dari homestay kami (refer google map kat bawah. Lokasinya lebih kurang di situ la). Anak kepada pemilik restoren ini merupakan sahabat kami. Kami tiba di restoren tersebut dalam jam 6 petang. Kami dijamu lempeng, sotong, udang dan ikan celup tepung. Lempeng kelapa yang dijamu memang sedap manakala sotong, ikan dan udang pula dimasak segar dari laut. Makan sambil melihat pemandangan laut dengan angin yang agak kuat bertiup. Kami berada di sini sehingga jam 8 malam dan bergerak menuju ke Waterfront selepas itu.

View Larger Map
Restoren lempeng
Lempeng
Pemandangan di belakang restoren
Di Waterfront (refer tanda hijau kat google map bawahni), kami hanya berjalan-jalan dan melihat pemandangan waktu malam. Di sini ada 2-3 restoren yang beroperasi. Kami bergerak pulang ke homestay dalam jam 9 selepas masing-masing mengadu kepenatan. Memang penatpun setelah memandu lebih kurang 8 jam. Abang Long sampai ke homestay dalam jam 11 malam. Berborak-borak sekejap sebelum masing-masing terlena.


View Larger Map
Mercu tanda Kuala Terengganu Waterfront
Sekitar waterfront
Till then, maasalamah...

Sambungannya di Terengganu: Kuala Terengganu - Mutiara pantai timur Day 2

No comments:

Post a Comment