Wednesday, August 14, 2013

Terengganu: Kuala Terengganu - Mutiara pantai timur Day 2

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pantai Batu Burok

Perjalan kami pada hari ini bermula agak lewat. Kami bergerak ke Pantai Batu Burok dalam jam 9 setengah pagi. Sampai di medan selera Pantai Batu Burok, kami masuk kesebuah kedai dan brunch nasi berlauk. Harga brunch kami hari ini amat berpatutan. Setelah perut kenyang, kami bersiar-siar di Pantai Batu Burok. Tak banyak aktiviti di pantai ini memandangkan masih dalam musim tengkujuh. Antara aktiviti yang ada ialah main layang-layang dan berkereta kuda.
Jom makan..panas-panas ni.
Selesai menjamu selera, kami mencuba untuk berkereta kuda. Bayaran yang dikenakan adalah RM10/pax (kalau tak silap). Bayi adalah percuma. Perjalanan menaiki kereta kuda mengambil masa lebih kurang 10 minit melalui trek yang disediakan. Merasalah juga naik kereta kuda. Selesai berkereta kuda, sesi bergambar dengan kuda pula mengambil alih.
Kereta kuda
Kudani dah lemah kot..slow aje..
Kuda pakai topeng. Tuannye kata kuda ni mudah terperanjat/gelabah. Sebab tu pakai topeng supaya tak nampak kiri kanan
Boleh plak dia melepas time kami nak bergambar..
Masjid Kristal

Bila dah boring dekat Batu Burok, kami bergerak ke Masjid Kristal yang terletak dalam kawasan Taman Tamadun Islam. Masjid Kristal ini agak unik kerana kubahnya dibina menggunakan kristal yang menjadikan masjid ini boleh memantulkan sinar matahari. Menurut kata pekerja di sini, tak semua kubah menggunakan kristal yang asli. Hanya beberapa tempat sahaja dan yang lain hanya menggunakan kristal tiruan. Wallahualam.

Kami sampai di perkarangan Masjid Kristal dalam pukul 11 setengah pagi. Orang agak ramai pada waktu ini. Kami mengambil masa lebih kurang sejam bersiar-siar di sini. Lebih kurang jam 12 setengah, kami bergerak menuju ke homestay untuk bersiap dan menunaikan solat Jumaat.
Pintu depan Masjid Kristal
Bahagian luar masjid
Bahagian dalam masjid
Masjid Kristal yang indah
Kiosk Masjid Kristal terletak di hadapan masjid. Menjual cenderahati dan makanan ringan.

Pusat Kraftangan Batik Noor Arfa

Pada sebelah petang setelah menunaikan solat Jumaat, kami bergerak menuju ke Pusat Kraftangan Batik Noor Arfa yang terletak di kawasan Perindustrian Chendering, dalam 2-3km dari homestay kami. Terdapat banyak batik yang dibuat di sini sama ada menggunakan teknik canting ataupun blok. Terdapat juga demonstrasi membuat batik di sini.
Poster di pintu masuk
Teknik mencanting batik
Proses-proses membuat baju batik
Antara jenis-jenis damar yang digunakan
Dua gambar atas: Antara blok yang digunakan untuk mencetak ukiran batik/ Dua ganbar bawah: Proses mencanting batik

D sini juga menjual baju batik, kain batik, towel batik dan bermacam barang berunsurkan corak batik. Tapi harganya agak mahal kerana batik Noor Arfa dikategorikan batik seni dan merupakan salah satu batik tradisional (tempatan) yang dihasilkan di Malaysia. Selepas puas melihat seni batik, kami bergerak menuju ke sebuah pantai yang terletak di Chendering (lupa nama pantainya). Minum petang dan berjalan di gigi air di sini sebelum beransur pulang ke homestay.
Pantai yang cantik

Pantai agak kotor sedikit. Banyak sampah. Rakyat Malaysia masih kurang kesedaran mengenai kebersihan.
Pantai cantik tapi tak boleh berenang. Bahaya katanya.
bersambung di Terengganu: Kuala Terengganu - Mutiara pantai timur Day 3

Till then, maasalamah...

No comments:

Post a Comment