Monday, August 26, 2013

Terengganu: Kuala Terengganu - Mutiara pantai timur Day 3

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sambungan dari Terengganu: Kuala Terengganu - Mutiara pantai timur Day 2

Nasi Dagang & Pasar Payang

Pagi hari terakhir kami di bumi Kuala Terengganu dimulakan dengan bersarapan dengan nasi dagang. Setelah berpusing-pusing sekitar Chendering (banyak kedai yang kehabisan nasi dagang), kami berhenti disebuah kedai yang agak besar. Pelanggannya ramai tetapi alhamdulillah, masih ada ruang dan nasi dagang untuk kami. Tercapai juga hasrat nak makan nasi dagang ori dari Terengganu. Rasa nasi dagang kat sini memang lagi sedap dari nasi dagang yang kami pernah makan. Nasi pulutnya memang ada rasa, kari ikannya pekat dan ikan tongkolny boleh dimakan bersam tulang belulang. Macam ikan sardin pula.
Sedap, tiga pinggan kami makan.
Selesai makan, kami bergegas ke Pasar Payang. Jalan agak jammed dan parking kereta yang ada agak kurang. Selepas parking, masing-masing sibuk berbelanja di sini. Oleh kerana terlalu sibuk berbelanja, maka tiada gambar yang diambil.

River Cruise Sungai Terengganu

Selesai berbelanja di Pasar Payang, kami menuju ke Taman Tamadun Islam (click sini) untuk mengambil pakej River Cruise dan meneroka Monument Park. Semasa ini, ada pakej river cruise+monument park berharga RM30/adult (kalau tak silap). Kalau beli asing-asing total RM40/adult.
Pelan Taman Tamadun Islam
Suka sangat Umar nak naik bot
Bot dah ready. Jom naik.
Jetty river cruise
Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam (TTI)
Perjalanan river cruise di mulakan dari Jeti menuju ke pintu gerbang TTI. Selepas itu baru pusing semula dan menuju ke Pulau Besar, Pulau Che Yok dan terus ke muara Sungai Terengganu. Selepas tu pusing semula menuju ke Pulau Duyung Kecil dan Duyung Besar sebelum berhenti seketika di hadapan Masjid Kristal. Masa yang diambil lebih kurang satu jam. Setiap bot mempunyai seorang travel guide yang menceritakan kisah-kisah di sepanjang perjalanan. Di sinilah kami belajar ape tu KLCC (kopok lekor cecah cili) dan ICT (ikan celup tepung). Travel guide kami memang kelakar dan banyak bercerita.
Travel guide kami
Perkampungan nelayan dan bot yang digunakan
Homestay di tepi sungai
Kapal milik Universiti Malaysia Terengganu
Pasar payang dari laut (agaknyala)
Waterfront
Bangunan Felda Residence
Masjid Kristal dari Sungai Terengganu
Monument Park

Sesudah ber'river cruise', kami bergegas ke monument park. Monument park menempatkan bangunan-bangunan kerajaan Islam yang pernah di bina termasuklah masjid-masjid, kubu-kubu dan lain-lain lagi tetapi dalam skala yang kecil. Terdapat juga muzium-muzium yang ditempatkan di beberapa bawah bangunan yang terpilih. Kawasan monumet park ini agak besar dan replika bangunan yang di bina agak banyak. Kalau nak melihat secara terperinci replika yang ada perlu mengambil masa sekurang-kuranya setengah hari. Pihak pengurusan menyediakan 4 cara untuk meneroka kawasan ini sama ada berjalan kaki, menaiki basikal 2 roda, menaiki basikal 4 roda (manual atau battery assist) atau menaiki kenderaan yang disediakan (keretapi panjang).

Taman Monument dari luar
Dari Dalam

Masjid Menara Kudus, Jawa Tengah

Masjid Tengah Pattani, Thailand
Kawasan monumen
Kawasan sekitar monumen

Kami bergerak pulang apabila jam menghampiri ke angka 3 setengah petang. Banyak lagi monumen yang tidak dapat kami singgah. Kami sampai rumah di Segamat pada jam 2 pagi.

Till then, maasalamah...

No comments:

Post a Comment