Thursday, November 28, 2013

AHMAD AMMAR ALAM KENANGAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Secara tiba-tiba rakyat Malaysia sibuk memperkatakan tentang berita pemergian seorang anak muda yang bernama Ammar. Saya juga tertanya-tanya, siapa Ammar ni, kenapa kematian dia menjadi buah mulut orang terutamanya di facebook. Pada mulanya saya melihat video Ammar dalam kenangan. Subhanallah, kematiannya amat dirasai penduduk turki, di makamkan di kawasan perkuburan bersama Abu Ayyub Al Ansari, seorang sahabat nabi yang berhijrah ke turki untuk mencuba menawan kota konstatinopel. Bukan mudah bagi orang asing, malah orang tempatan untuk di kebumikan di tempat begitu. Namun, rezeki Ammar di kebumikan disana, meninggal pada awal muharam pula.. Allahuakbar. Saya jadi tak puas hati, jadi saya banyak juga cari maklumat tentang arwah Ammar ini. Ammar adalah seorang anak muda yang saya rasa, berbeza dengan anak muda yang seusia dengannya. Dia sibuk untuk mencari ilmu, merantau, banyak mengikuti program-program kemanusian  dan bersemangat tinggi untuk syahid. Tak pelu saya tuliskan sejarahnya, kebaikannya, dan bagaimana dia meninggal. Sebab terlalu banyak kisah Ammar di blog dan di facebook yang orang lain share kan.

Saya cukup terkesan dengan video itu, membuatkan saya terfikir, Ya Allah, bagaimanalah dengan kematianku, bilakah kematianku, di manakah kematian ku, bagaimanalah keadaan aku di dalam kubur kelak. Semuanya adalah soalan yang tak mungkin terjawab oleh sesiapa. Hanya Allah yang tahu itu semua. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan, terlalu banyak tanggungjawab dan amanah yang tak dipikul sebaiknya.. Bagaimanalah di akhirat kelak.. Allahuakbar.. Ammar meninggal di usia muda, tiada isteri dan anak-anak. Meninggal ketika dirinya sibuk dengan jihad mencari ilmu, sibuk dengan perancangan-perancangan untuk membantu ummah. Berbanding aku, yang semakin hari semakin tambah usia, dengan amalan yang kurang, ilmu yang kurang, sentiasa sibuk dengan hal dunia. Bagaimanalah pengakhiran aku kelak. Ya Allah..

Sama-samalah kita berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khotimah, Allah mudahkan waktu sakaratul maut kita, dan apabila di dalam kubur, ia menjadi tempat perehatan yang baik bagi kita. Dan semoga kita di permudahkan semasa menunggu untuk diperhitung di padang mahsyar dan di masukkan ke dalam syurga.. Amiin

Untuk Ammar, semoga syahid milikmu dan tenang dan bergembira di daerah sana. Pemergian seorang syahid akan lahir lebih ramai lagi mujahid. Sesunggahnya peraturan Allah amatlah sempurna.. pemergian Ammar membuatkan kita terbangkit dari leka tentang perlunya kita mencari ilmu untuk menaikkan islam kembali.. 
al fatihah buat syahid ahmad ammar ahmad azzam

No comments:

Post a Comment