Thursday, November 28, 2013

TIPS MENJADIKAN ANAK SEORANG HAFIZ DI USIA MUDA



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah diberi Allah masih member nafas dan kesempatan untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan cerita saya dan keluarga di blog ini. Syukur pada Mu Ya Allah.
Pada 14/9/2013 ( 1 tarikh yang tak mungkin saya akan lupa) yang lalu saya dan adik saya, telah menyertai 1 seminar, iaitu SEMINAR ASAS MENGHAFAL ALQURAN DARI BAYI ‘KAEDAH DARWISH DARWISHA’.  Sebelum saya pergi ke seminat itu, ceritanya bermula begini. Saya dan suami selalu bersepakat dan berborak tentang nak jadikan anak-anak kami hafiz. Banyak la yang kami borak-borakkan. Nak hantar tahfiz mana ye? Nak sekolah kn dia di mana ye? Umur berapa nak jadikan dia hafiz? Wafiy ( anak kami yang sulong) cakap pun pelat lagi, nak ajar macam mana? Banyak persoalan dari jawapan. Kadang-kadang terfikir juga, mesti ada teknik untuk hafal al-quran . bila tengok youtube, ade pulak budak2 2-3 tahun dah hafal surah2 juzuk amma, ape kaedah dan teknik dia ye. Perbincangan tetap hanya soalan demi soalan. Disebabkan saya ni suka online di facebook, terjumpa 1 video adik darwish menghafal surah buruj xsilap saya. Dan dari perkongsian saya dan rakan2 di fb, maka, terjumpa lah iklan seminar yang saya beritahu tadi. Perbincanagn yang agak serius selama seminggu, dan Allah temukan dengan program yang kami cari2, jadi saya pergi dengan adik saya, kerana suami saya dan adik ipar terpaksa jaga anak2 kami.
Dengan semangat yang berkobar2, saya pergi ke seminar tu, banyak yang saya dapat. Ilmu yang bermanfaat. Disini saya cuba kongsikan sebanyak mungkin apa yang saya dapat di sana ye, insyaAllah boleh disebar-sebarkan ilmu ini. Moga membri manfaat pada umat islam yang lain.

VISI (MELIHAT MASA DEPAN ANAK SEMENJAK KECIL LAGI)

Visi perlu ada untuk menjadikan anak hafal alquran.  Untuk merealisasikan visi yang kita impikan, banyak perkara yang perlu kita ubah dan korbankan. Antara perkara yang saya ubah bila mahu menjadikan anak seorang hafiz ialah, tiada siran tv, kartun,  dalam kereta sentiasa pasang alquran, download segala surah yang sedap didengar, belajar teknik melembutkan hati anak dan macam2 lagi. Akan saya terangkan sedikit demi sedikit nanti.
Sebagai seorang ibu, kita perlu contohi ibu sultan Muhammad Al fateh, seorang nama besar dalam islam. Ibu kepada imam syafie, yang sanggup hantar anak belajar jauh, saya xmah mengulas panjang tentang ibu hebat ini, kerana tak banyak ilmu tentang mereka berdua ini. Cuma tahu sikit2 je.
Dengan adanya VISI, kita akan BERSEMANGAT untuk capai MISI. Untuk menggapai misi, kita perlu ada DISIPLIN diri dan menjadikan ianya satu RUTIN.

BERMULA AWAL

Umur berapa tahun anak2 boleh menghafal? Bergantung pada seseorang kanak2 dan cara mereka di didik. Kalau dalam youtube tu, seawal 2 tahun dah boleh hafal surah buruj, ghasiah dll. 

1.FASHCARD
-Pada sia 6 bulan, kita dah boleh ajar mereka dengan menggunakan flashcard. Bayi hanya boleh Nampak dengan 3 warna sahaja, putih, hitam dan merah, iaitu, kertas berwarna putih, tulisn huruf warna hitam dan baris bewarna merah.
-Flash kan setiap hari paling kurang 2 kali sehari. Sekali flash hanya 15 saat sahaja.
- Pilih 5 huruf untuk minggu pertama. Tambah 5 huruf lagi pada minggu2 seterusnya. Mulakan dengan huruf yang mesra bayi dahulu, seperti ma, ba, na,da,a, wa dan lain-lain yang agak sesuai. Huruf yang sukar,
sekali2 flash kan di dalam kereta, time anak main2. Supaya dia kenal sikit demi sikit.
contoh flashcard yang saya beli di Islamic Parenting Network semasa seminar.
Flashcard yang saya buat sendiri dan tampal kan pada setiap ruang di dalam rumah, contohnya, di pintu peti ais, pint rumah, dinding bilik anak-anak saya, dapur. sambil main, lepas mandi, saya akan dukung dan sebut huruf2 ni pada mereka. Kadang2, sy menyuruh mereka tunjuk huruf yang saya sebut, mereka akan berebut untuk tunjuk huruf yang saya sebut. Jadi, waktu pembelajaran tidaklah membosankan.


2. BELAJAR MEMBACA BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS? ADAKAH SERENTAK?
-Ia terpulang pada ibu bapa yang mendidik, apa yang mereka impikan anak mereka nak jadi apa. Jika bertanya pada saya, saya mahukan anak2 saya menjadi seorang hafiz di usia muda dan menjadi seorang  muslim yang professional, bukan setakat tahu ilmu2 agama, tapi menjadi orang yang hebat dalam ilmu dunia, teknologi dll, boleh bantu umat islam yang lain dengan kepakaran yang dia ada (sangat tinggi saya punya visi, tapi, semoga di kabulkan Allah). Jadi dengan itu, saya akan ajar anak2 saya dengan alquran dahulu, mengenal alquran, membaca alquran dan menghafal alquran. Saya akan fokuskan pada alquran dahulu. Tentang ABC, 123, membaca bahasa melayu dan inggeris, saya akan jadikan ia sebagai sampingan dengan buka cd2 belajar sekali sekala. Mesti ada yang tertanya2, bila nak ajar mereka kenal huruf ABC, membaca. Senang cerita, bila kita cari akhirat, dunia akan datang dengan sendirinya. Bila anak2 kita sudah start mengenal huruf hijaiyah, membaca dan mngahafal surah2 pendek bahkan alfatihah sahaja, otak mereka telah dilatih sedikit demi sedikit, untuk dia belajar membaca adalah amat mudah dan cepat. Bertambah berkat bila kita mulakan dengan mengajar alquran, salah 1 mukjizat terbesar yg ada pada nabi. Subhanallah, Allah akan permudahkan segala urusan yg berkaitan dengan dunia insyaAllah. Ia terbukti apabila darwish dan darwisha mampu membaca seawal 5 tahun dan dia mula menghafal alquran seawal 2 tahun (jika xsalah saya la).

SABAR

Kita perlu sabar untuk mendidik anak2 lebih-lebih lagi nak mendidik anak menjadi seorang hafiz di akhir zaman yang penuh mencabar. Sabar perlu didik dari awal. Oh, bukan senang nak menjadi seorang yg sabar bila menjadi seorang ibu muda. Saya banyak belajar dari ibu saya, rakan2 dan banyak membaca. Antara yang saya dapat ialah cara mendidik anak mengikut kaedah islam, teknik lembutkan hati anak, mudah dengar kata dll.

1. Mohon doa dengan Allah, minta ampun dari Allah kerana diri kita terlalu kotor berbanding dengan anak kita, minta maaf dengan anak kita. Doa semoga Allah bantu kita,beri kekuatan dan permudahkan urusan untuk didik anak menjadi seorang  hafiz, menjadi anak yg soleh dan mukmin. Jangan di lupakan syaitan sentiasa memerhati gerak geri kita, jadi, perlu hati2 dengan bisikan2 syaitan.

2. Masa anak tidur atau mamai(hampir-hampir nak tidur), bacakan surah al-insyirah(alamnasyrah), diikuti dengan bacaan bismillahillazi layadurru sampai habis dan tiup di ubun-ubun anak. Hayati maksud yang kita baca tu betul2, Lepas tu bercakap dengan anak, apa yang kita nak dia jadi, impian kita. Pada waktu ini, otak kiri sudah tidur, manakaa otak kanan sedang bekerja. Buatlah seiklas yang mungkin. Alhamdulillah, ia menjadi bila saya buat pada anak2 saya.

3.Perlukan banyak pujia-pujian pada anak2. Kalau nak rotan, xperlu rotan atau pukul sekuat hati, pukul untuk bagi dia sedar tentang kesalahan dia sahaja. Saya bagi contoh, wafiy sebelum ni memang selalu kena pukul, walaupun salah kecil. Tapi dia tetap akan buat kesalahan yang sama. Bila saya muhasabah diri, baru la saya tahu, saya pukul dia sebab rasa marah, lepaskan geram. Saya pukul bukan untuk mendidik, tiada warning yang saya berikan sebelum saya pukul. Patutlah dia tetap macam tu, xberubah2, sebab punca utamanya adalah ummi dia sendiri.. saya suka membaca blog Ustazah Siti Khadijah yang banyak mengajar dan mengaplikasi kan teknik nabi Muhammad SAW menegur orang dan mendidik umatnya dengan penuh lemah lembut. Boleh cuba praktikkan pada anak2 anda nanti ye. InsyaAllah dapat kesan 200%.

FOKUS

Bila kita sudah ada VISI dan MISI, kita perlu fokus pada 1 arah sahaja. Perlu ketepikan apa yang kurang penting, cuba atasi masalah yang datang. Maksudnya di sini ialah, kita perlu focus untuk menjadikan anak seorang hafiz alquran. Setiap halangan perlu diatasi dengan sebaiknya. Perlu ‘MAKAN QURAN’, ‘MINUM QURAN’, ‘MAIN QURAN’ dan ‘TIDUR QURAN’.

1. MAKAN DAN MINUM QURAN
Untuk pemakanan, boleh rujuk sendiri di blog puan lina karim di sini.(boleh juga baca cara-cara Puan Lina mendidik anak-anaknya menghafal alquran di usia muda.

2. MAIN QURAN
Semasa anak bermain, pasangkan bacaan alquran. Puan lina mencadangkan, pada waktu siang, pasangkan bacaan 30 surah terakhir, iaitu surah alburuj hingga annas. Saya memilih bacaan adik Ahmad Saud. ( Saya membeli cd dan vcd untuk dipasang di kereta untuk pulang ke kampung serta download mp3 dari bermacam web dan pasang di speaker kecil untuk di rumah atau bawak pulang ke kampung.) kanak-kanak lebih mudah menerima suara kanak-kanak yang membaca. Lagi pula, suara yang merdu, jelas dan nyata bacaannya, memudahkan lagi anak-anak kita menghafal. Pasangkan secara berulang, sambil anak-anak bermain, lama kelamaan anak-anak akan mula terikut sedikit demi sedikit. ia akan memudahkan proses menghafal nanti.

3.TIDUR QURAN
Tidur adalah antara masa yang penting untuk memasukkan memori dalam minda anak-anak. Kita perlu memasukkan alquran dalam hati dan otak anak ketika SEBELUM TIDUR, SEMASA DAN SELEPAS BANGUN TIDUR. Sebelum mereka tidur( tidur pada waktu malam), Pasangkan alunan alquran secara sayup-sayup di tempat anak tidur. Jangan pasang terlalu kuat. kala boleh, Pasangkan sehingga waktu pagi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi akan terjaga banyak kali pada setiap malam. waktu itu dinamakan 'Hypnagogic moment' iaitu kedaan sedar dan tidak sedar. Masa ini amatlah baik untuk memasuukan alquran dalam hati dan otak kanak-kanak. Untuk waktu tidur, Puan Lina menyarankan agar memasangkan surah-surah pilihan seperti Yassin, Al kahfi, Al Mulk, Waqiah, Sajjadah, Arrahman dan Adukhan.Saya memilih SYEIKH MISYARI AL AFASI yang mengalunkan surah-surah pilihan ini. Saya download surah-surah disini. Jika anak-anak sedang menghafal salah satu surah, contohnya yassin, Pasangkan surah Yassin sahaja secara berulang sehingga pagi. Ia amat membantu mereka untuk menghafal.

Untuk tidur pada waktu siang pula, pasangkan bacaan 30 surah terakhir bacaan Ahmad Saud, sama seperti waktu bermain mereka

MEMAHAMI PERKEMBANGAN OTAK KANAK KANAK


-Tahukah anda bahawa otak kanak-kanak berumur 6 tahun adalah bersaiz 9/10 berbanding otak orang dewasa. Maka tidak mustahil lah jika kanak-kanak sebesar ini boleh bertutur seerti orang dewasa atau seperti filem2, atau cerita2 yang mereka selalu tonton. Jadi kita sebagai ibu bapa perlu bercakap dengan anak-anak seperti orang dewasa dan bercakap secara matang, InsyAllah, mereka juga akan bercakap secara matang dan tersusun.

Peningkatan tumbesaran mental sangat drastik dari usia lahir hingga usia 4 tahun (50%). Peningkatan dalam tempoh 4 tahun ini menyamai 14 tahun selepas itu. Jadi kita perlu menggunakan masa ini sebaiknya untuk 'install' program alquran, dan akhlak yang baik-baik sahaja ke dalam otak anak-anak. Asas yang kukuh pada 4 tahun pertama akan beri impak yang besar pada tahun membesar seterusnya.

Kanak-kanak lebih mudah menghafal berbanding orang dewasa, tetapi, kanak-kanak susah untuk membaca, mengeja berbanding dengan orang dewasa. Jadi, kita perlu  manfaatkan usaha kita dalam melatih  mereka mengenal huruf, membaca dan menghafal di usia muda. Ia adalah brain training yang meningkatkan daya fokus, ingatan, kelajuan berfikir, kecekapan menyeesaikan masalah dan fleksibiliti anak kita.

Bila mereka sudah mahir membaca, dan membaca berulang kali, automatically mereka akan mula menghafal.

KAITAN MEMBACA DAN MENGHAFAL MENGGUNAKAN OTAK KIRI DAN OTAK KANAN
Otak kiri dikenali sebagai otak sains dan otak kanan pula dikenali sebagai otak seni (sumber gambar, encik google)
Untuk menghafal alquran, kedua-dua otak akan digunakan. Untuk memupuk / mengeluarkan kecerdikan seorang kanak-kanak, kedu dua bahagian otak perlu berfungsi secara aktif.

Otak kiri

-Menghafal perkataan dalam setiap baris dan ayat yang tepat
-Mengingati tempat berhenti dan tempat bermula dengan betul

Otak kanan

-Melagukan ayat yang dibaca
-Membayangkan ayat yang berada di bahagian atas, tengah atau akhir setiap mukasurat.


Sampai disini dulu, InsyaAllah,ada kelapangan dan umur yang panjang saya akan sambung di enttri di lain kali.. Mohon maaf jika ada kesalahan dan kekurangan di entri kali ini. saya hanya manusia yang hina di sisi Allah yang Maha Mulia. Semoga ia memberi manfaat pada kali yang membaca.
Maassalamah..




2 comments:

  1. Terima kasih diatas perkongsian mendidik anak dgn kaedah Islamic. Kebetulann google nak tambah tips mendidik anak cara islam..terjumpa blog sis. Alhamdulillah sy byk juga belajar dr kak lina karim. Cuma belum berkesempatan nak join seminar yg beliau anjurkan. Byk tips kak lina yg turut sy apply utk anak sy. Alhamdulillah anak seawal 2 tahun anak lelaki sy sudah boleh menghafal surah al fatihah dan zikir2 mudah. Semoga Allah permudahkan urusan kita mendidik anak ke jalan yg diredhai Allah...jemput la ke belog sy ye kemnrocky.blogspot.com.

    ReplyDelete