Wednesday, February 26, 2014

LUAHAN RASA (warkah untuk wafiy & umar)

Assalamualaikum..

Entri kali hanya lah luahan rasa dari hati seorang ummi. Khas buat Umar dan Wafiy. Aku bukan  lah ummi yang berjaya, namun bukan jua ummi yang terbaik untuk anak-anak ku.. Namun, jauh di dalam sudut hati ingin menjadi yang terbaik.. Kerana ketidaksabaran, anak-anak selalu kena marah,rotan.. namun semuanya bukanlah penyelesaian yang terbaik, kerana ia hanya untuk melepaskan marah geram dan penat, bukan bertujuan untuk mendidik. Ibu mana yang suka dan gembira melihat anak anaknya menangis, merengek sepanjang hari.. Namun itulah ragam anak-anak untuk mendapat perhatian.

Bila ummi marah, bukan bermakna ummi benci, ummi tak sayang. Bila ummi tatap Wafiy dan Umar yang seronok di buai mimpi, terasa bersalah kerana selalu membuat anak-anak ummi menangis dimarah dan dipukul. Berdosanya ummi kerana memukul anak yang tidak berdosa, ahli-ahli syurga. kadang-kadang, bila syaitan dan nafsu menguasai diri, ummi akan cepat renung dalam-dalam mata wafiy dan umar, mengenangkan betapa gembiranya perasaan ummi semasa baru melahirkan anak-anak ummi. Perasaan lega, gembira, dan perasaan yang tak boleh di ucap dengan kata-kata.

Maafkan ummi kerana mengasari dirimu sayang. Ummi penuh dengan dosa tapi wafy dan umar bersih bagai kain yang putih. Moga allah bantu Ummi untuk memperoleh sabar. Kerana sabar itu indah. Semoga Wafiy dan Umar menjadi anak-anak yang soleh, boleh menghafal alquran, menjadi al fateh dan bantu umat islam yang selalu ditindas serta menjadi orang mukmin yang sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Nya..

kesayangan hamba

No comments:

Post a Comment