Wednesday, May 28, 2014

Europe Trip: Day 5 - Amsterdam, Netherlands Part I

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Amsterdam

Pagi terakhir kami di Helsinki. Kami mengambil bas yang pertama untuk ke Vantaa airport kerana flight kami akan berlepas pada jam 0705 pagi dan dijangka sampai di Schiphol pada jam 0835 pagi. Motif ambil flight pagi-pagi sebab kami hanya ada sehari sahaja di Amsterdam. Pagi-pagi buta di bust stop disambut oleh seorang Finnish yang tengah betul-betul mabuk. Siap baling botol arak ke lantai. Terperanjat jugak tapi dia tak kacau orang (yang ni kami kagum la sebab walaupun mabuk, dia masih tahu mengawal diri). Mamat ni siap berborak dengan kami, tanya dari mana, nak ke mana, buat ape kat Helsinki dengan suara dan bahasa yang lembut. Lepas tu mamat ni pergi belakang bus stop dan cakap terpekik-pekik kat situ. Kata orang hukuman bagi pemabuk yang kacau orang amat berat. Mungkin sebab tu pemabuk ada kawalan diri lagi.

Bas sampai ke Vantaa airport dalam jam 6 lebih. Jam 0630 kami sudah menunggu untuk berlepas.
Mercedes di Finland. 27K aje...
Tepat jam 0705 kami berlepas dan sampai di Schipol on time. Cuaca masih lagi mendung di Schiphol. Selepas sampai di Schiphol kami berpisah sebab member tunggu orang rumah. Kami berpisah di sini sebab mereka akan ke Scotland manakala saya akan ke Switzerland. Semasa di Amsterdam, saya menetap di Ibis Amsterdam Airport Hotel (click sini). Hotel ini terletak dalam 4km dari Schiphol airport. Ada shuttle bas percuma dari Schiphol ke hotel ini. Just keluar daripada airport dan cari bus stop untuk shuttle bas ni di bahagian kanan. Ada papan tanda disediakan (lupa nak sanp gambar). Saya duduk dekat Schiphol sebab esok pagi nak checkout dan nak kejar flight pukul 0845 pagi menuju ke Geneva.
Ibis Amsterdam Airport Hotel. Kat belakang hotel ini ada Ibis Budget Hotel.
Saya pergi ke hotel dahulu untuk meletakkan beg yang besar ini. Kat sini ada disediakan satu bilik untuk letak/tumpang beg. Pagi-pagi ni tak boleh check in lagi. Lepas letak beg, saya keluar menuju semula ke Sciphol airport.
Schiphol Airport
Nampak kapal terbang MAS
Schiphol Airport dari kejauhan
Dari Schiphol airport, saya menaiki train menuju ke Amsterdam Central Station. Perancangan saya pada hari ini adalah untuk melawat Marken, Volendam dan Zaanse Schans. Saya menggunakan perkhidmatan pakej daripada Amsterdam City Tour (click sini). Terdapat banyak pakej yang disediakan. Cuma kena tengok masa dan tanya poket. Oleh sebab masa yang saya ada di Amsterdam amat pendek, saya rasa lagi elok kalau ambil pakej agar dapat sampai ke semua tempat yang dirancang.
Keadaan dalam train. Condition tip top.
Perjalanan dari Schiphol ke Amsterdam mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sampai di Amsterdam dalam jam 1130 pagi. Pakej yang dibeli akan bermula pada jam 12:30 tengah hari dan berakhir pada jam 6:30 petang. Blur sekejap selepas tiba di Central Station. Tak tahu nak pergi ke mana. Office tour ni terletak di Damrak road, tak jauh dari central station. Tanya seorang information officer yang ada kat depan central station, baru tau mana nak tuju.
Amsterdam Central Station
Amsterdam Central Station from Damrak Road
Saya berjalan sepanjang jalan ni untuk cari office tour ni. Jalan-jalan tak jumpa. Dalam tiket tulis alamat Damrak 26. Biler dicari, Damrak 26 takde. Selepas Damrak 20 (lebih kurang), terus ke Damrak 34. Mana pergi Damrak 26 pun tak tahu. Ingatkan kat tingkat atas atau kat belakang-belakang. Tanya seorang waiter kedai makan, dia cakap office tu selang beberapa kedai dari kedai dia. Buat penat aje jalan sampai belakang tadi.
Ni dia office Tours & Ticket (No.34 Damrak).
Selesai semua urusan di sini, saya dan peserta yang lain diminta untuk menunggu kat luar office. Tunggu peserta lain sampai. Tunggu dalam setengah jam kemudian kami di minta untuk menaiki bas yang disediakan. Basnya berhenti lebih kurang 200 meter dari office ni.
Bangunan di hadapan office tadi
Damrak Road
Canal and jetty kat depan office tadi

Europe Trip: Day 4 - Helsinki, Finland

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sambungan daripada Europe Trip: Day 3 - Helsinki, Finland

Hari terakhir kami di Helsinki. Esok pagi kami akan berangkat ke Schipol, Amsterdam. Kami ke Suomenlinna semula pada hari ini sebab semalam ada beberapa tempat yang menarik ditutup. Tempat pertama yang di tuju adalah museum kapal selam. Kami difahamkan bahawa kapal selam ini pernah digunakan oleh pihak German sebelum dibeli oleh Finland. Kapal ini adalah kapal yang terakhir masih wujud dan pernah beraksi semasa perang dunia ke-2. So melawat kapal selam ini menjadi itinerary yang wajib bagi kami. Masukpun free kalau guna Helsinki Card.
Jom melawat kapal selam
On the way ke museum kapal selam
Yeay dah sampai
Penerangan mengenai kapal selam ini dalam 3 bahasa...kagum

Bahagian dalam
Torpedo room. Belakang tempat tidur aje..sila abaikan pelancong tu sebab dia tak mahu ketepi.
Engine room. Kecik aje ruang yang ada. Tak tahula macam mana panasnye mase beroperasi
Kapal selam ini ada 6 sahaja katil. Dua dekat torpedo room dan lagi dua dekat bahagian belakang kapal ni. Crew 12 orang kalau tak silap. So tidur bergilir-gilir, 6 orang kerja, 6 orang tidur. Kapalni tak beroperasipun dah rasa azab biler duduk kat dalam, tak taula macam mana keadaannya mase beroperasi. Kredit untuk mereka yang pernah mengendalikan kapal ni.

Selepas melawat kapal selam, kami bergerak menuju ke muzium tentera. Muzium ni tak besar mana pun tapi banyak juga barang-barang kat dalam tu. Kebanyakannya berhubung kait dengan Finnish military.
Muzium tentera..4 bahasa..kagum
Bahagian depan..banyak meriam besar-besar
Bahagian belakang ada bunker
Dah boring tengok-tengok barang kat muzium, kami bergerak ke jeti untuk kembali semula ke Helsinki. Kat Helsinki sekarangni tengah berlangsung satu concert tapi tak pastila concert untuk ape. Kami just layan lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Finnish. Layan muzik sahaja, lirik nye kelaut sebab tak paham...
Sveaborg Jetty, dekat hujung pulau Suomenlinna
Pasukan orkestra kot..ada badut sekali..
Somewhere dekat Helsinki. Just catch a tram and follow the route. This is the end of that route.
Kawasan perumahan
Last picture of Helsinki. Till we meet again.
Till then...

Bersambung di Europe Trip: Day 5 - Amsterdam, Netherlands Part I

Tuesday, May 27, 2014

Salam Israk Mikraj

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selamat menyambut Israk Mikraj 1435H. Moga kita semua mengambil dapat mengambil sedikit ilmu daripada peristiwa ini.
Ceramah Israk Mikraj malam semalam dekat Senawang
 Till then...

Europe Trip: Day 3 - Helsinki, Finland

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Hari ke-3 kami di sini. Selesai sahaja urusan kerja, kami bergegas menuju ke Port of Helsinki untuk pergi ke Suomenlinna, last fortress of Finland (click sini). Terdapat beberapa perkhidmatan feri yang disediakan untuk ke sini. Bagi pemegang Helsinki card, boleh menggunakan feri awam yang disediakan di pelabuhan. Kalau banyak duit, boleh naik bot laju dan turun dekat tengah pulau. Kalau naik feri awam ni turun dekat hujung pulau. Jauhla nak menapak untuk pergi ke main attraction sebab main attractionnya dekat hujung satu lagi.
Suomenlinna Sea Fortress. Ni naik bot laju.
Kekerapan feri agak tinggi. Selang 20 minit.
Feri yang kami naiki
Feri orang kaya..ada package 3H2M dari Helsinki ke St. Petersburg return.
Pulau persendirian agaknye. Ada rumah, jeti..
Yeay..dah sampai...
Sampai-sampai aje kat jeti kami blur sikit. Tak tau nak ke mana. Kami follow aje signboard menuju ke Suomenlinna information center yag terletak ditengah-tengah pulau. Lepas collect information kat sini, kami berjalan menuju ke Suomenlinna Fortress.
Peta Pulau Suomenlinna
Nak pergi mana..pilih-pilih. Semua jarak jauh-jauh..
Ni jeti untuk bot laju. Betul-betul sebelah information center. Yang kat hujung tu kubu yang kami nak pegi...
Cantik
Tinggalan meriam
Mirror Lake
Hanya pantai ini sahaja yang ada pasir..yang lain semua berbatu
Meriam tembak kapal agaknya
Pulau ni agak besar. Kalau nak pusing satu pulau maybe ambil masa sehari. Banyak tempat kami skip sebab jauh. Kami pulang semula ke Helsinki selepas mengambil gambar di sini. Sampai-sampai kat jeti, kami disambut dengan pasar pula. Menurut kata penduduk kat sini, pasar ini di buka setiap hari dari jam 10-5 petang (ingat-ingat lupa). Kat sini banyak jual barangan cenderahati dari key chain, fridge magnet, baju dan lain-lain. Harga lagi  murah compared beli kat kedai-kedai biasa. Kami beli banyak cenderahati dan baju kat sini.
Macam pasar malam kat Malaysia
Kedai-kedai
Local people
Kedai makan..kami makan seafood kat sini..
Makanan yang kami makan.. Ingatkan nasi tapi bukan. Salmon aje yang sedap
Perut dah kenyang, kami berjalan lagi pusing-pusing dekat harbour. Lepas tu kami naik tram menuju ke Arabiankatu. Ingatkan kawasan orang Arab (ramai muslim) tapi sebenarnya tak. Macam kawasan perumahan sahaja. Orangpun tak ramai dan tak nampak yang muslim. Maybe kami tak jumpa. Balik semula ke central station menaiki train. Tamat hari ketiga
Underground train station
Tinggi dan curam betul escalator ni. Gayat...


Till then...

Bersambung di  Europe Trip: Day 4 - Helsinki, Finland

Monday, May 26, 2014

Europe Trip: Day 2 - Helsinki, Finland

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sambungan daripada Europe Trip: Day 1 - Helsinki, Finland

Selesai urusan kerja, kami cepat-cepat balik dan mencari makanan. Ade ke patut masa kat conference tadi organizer bagi sayur-sayuran aje untuk lunch. Roti pun takde. Pedih perut menahan kelaparan. So lepas solat jamak, kami terus ke kedai semalam untuk makan. Dah selesai makan baru bertenaga untuk jalan-jalan...
Makan malam...beras yang dia pakai beras mahal. Panjang-panjang.
Petangni kami merayau tanpa tujuan. Tak banyak maklumat pasal bandar Helsinki ni. So kami just berjalan ke mana sahaja kaki ini melangkah pergi. Tengok senibina yang takde kat Malaysia, lihat culture mereka dan lain-lain. Kat sini takde bangunan yang tinggi-tinggi macam kat Kuala Lumpur tapi dah berstatus negara maju. Hampir semua bangunan yang didirikan digunakan sepenuhnya. Pengangkutan awam memang tip top, tak delay dan user friendly. Kebanyakan rakyat Finland especially yang muda-muda fasih bercakap dalam 3 bahasa iaitu Finnish, Swedish dan English. Signboard mereka kebanyakan dalam 2 bahasa iaitu Finnish dan Swedish.
Jumpa Restoren Serai tapi non-halal... Tengok ajela...
Banyak wayar tram yang berselirat sana-sini
Dari jauh dah nampak bendera ni
Menuju Port of Helsinki
Port of Helsinki...Bak lukisan tengok gambar ni
Target untuk esok. Suomenlinna. Last fortress of Finland
Ada kebakaran kat Helsinki. Siren bomba, polis dengan ambulance bersilih ganti
Melihat matahari terbenam dari bilik tidur
Till then...

Bersambung di Europe Trip: Day 3 - Helsinki, Finland