Monday, May 26, 2014

Europe Trip: Day 1 - Helsinki, Finland

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Trip ke Europe bermula dari KLIA - Schipol - Vantaa - Schipol - Geneva - Schipol - KLIA. Sebanyak 3 negara sempat di terjah iaitu Finland (Helsinki), Belanda (Amsterdam) dan Switzerland (Geneva, Montreux, Intelaken, Lauterbrunnen dan Lucerne).

Helsinki, Finland

Flight kami dijadualkan berlepas pada jam 1120 malam tetapi delay hampir sejam kerana masalah di Jakarta. Kami menaiki penerbangan KLM Royal Dutch dari KLIA ke Schipol Aiport, Netherland dan transit 4 jam di sana. Perjalanan dari KLIA ke Schipol mengambil masa 12 jam 40 minit. Perjalanan yang amat panjang dan penuh kebosanan. Makan, tidur, tengok filem, tidur balik masih tak sampai-sampai. Pasal bab makanan ni, kami request muslim food semasa booking tiket. Tapi masa dalam flight, pramugari bagi same aje untuk semua orang (kecuali yg vegiterian). Bila kami tanya pramugari, mereka cakap semua makanan diaorag halal. Wallahualam. Tepat jam 6 pagi (waktu Netherland - GMT+1) kami sampai di Schipol Airport. Walaupun flight delay sejam tapi sampai on time. Flight pun smooth aje. Kami disambut di Schipol dengan cuaca yang muram, mendung dan hujan renyai-renyai.
Pelan Schipol Airport - Besar betul airport ni
Urusan di kaunter imigresen agak mudah. Pegawai bertugas cuma meminta surat jemputan ke conference yang kami sertai. Kami ke Helsinki selama 5 hari atas urusan kerja. Kami dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja di sebuah conference yang berlangsung di sana. Perancangannya 4 hari di Helsinki, sehari di Amsterdam dan 4 hari di Switzerland.

Kami menyambung perjalanan ke Helsinki dengan menaiki penerbangan KLM. Flight bergerak tepat jam 9:40 pagi dan sampai ke Vantaa Airport pada jam 1:05 petang (GMT+2). Perjalanan selama 2 jam 25 minit berjalan dengan lancar. Kami disajikan dengan dengan sandwich dan biskut yang sedap. Kami membeli Helsinki card untuk 72 jam (3 hari). Helsinki card ada di jual di Vantaa Airport dan berharga 58 EUR (click sini). This card cover almost all public transportation including trams, buses, railways and ferries within Helsinki city. Kalau banyak berjalan, Helsinki card lagi jimat daripada beli asing-asing.
Vantaa Airport
Helsinki card ni tarikh dan masa start guna kena isi sendiri. Kena jujurla part ni sebab sepanjang kami di sini, sekali pun tak pernah nampak pemeriksa tiket buat pemeriksaan. Kami beranggapan tahap integriti kat sini memang tinggi. Satu budaya yang amat baik. Sepatutnya sikap ini patut ada pada semua orang Islam. Kami bergerak menaiki bas menuju ke hotel penginapan kami yang terletak di downtown Helsinki, lebih kurang 30km dari Vantaa. Bus stop terletak diluar Vantaa airport. Ada signage yang menunjukkan tempat bus stop. Just follow that signage. Selepas setengah jam, kami sampai ke hotel yang di tuju.
Helsinki Card
Bus stop untuk ke Helsinki City
Bas Finnair dari Vantaa ke Helsinki City
Di Helsinki, kami menginap di Helsinki Holiday Inn selama 4 malam. Hotel ni terletak beberpa langkah dari tempat kami diturunkan. Review pasal hotel, OK la. Cuma kat sini tak menyediakan halal food. So makan seafood atau veggie ajela kat hotel ni. Hotel ni terletak berhampiran dengan terminal bas dan keretapi Helsinki. Dalam 50 meter dari hotel. Stesen tram pun dekat sahaja. So dari segi transportation memang takda masalah.
Helsinki Holiday Inn
Setelah meletak barang, solat jamak dan berehat sekejap, kami mula meneroka bandar Helsinki. Objektif utama adalah mencari kedai makan halal agar kami tak kebuluran sepanjang berada di sini. Kami ke Finland pada musim panas, jadi waktu siang adalah amat panjang sekitar 18 jam. Subuh di sini pada jam 2:20 pagi, matahari terbit sekitar jam 4 pagi. Zohor dalam pukul 1:20 manakala asar lebih kurang jam 6. Maghrib pula pada jam 10:40 malam manakala Isya' dalam pukul 12. Waktu Maghrib, Isya' dan Subuh amat rapat. Kami tidur selepas Maghrib dan bangun semula untuk Subuh pada jam 3. Lepas tu tidur semula sampai jam 6 atau 7.

Bersambung cerita mencari kedai makan tadi, kami pusing-pusing sekitar bandar Helsinki dengan berjalan kaki mengharapkan tuah untuk berjumpa kedai makan halal. Penduduk Islam di Helsinki amatlah sedikit. Kalau adapun dari tanah arab seperti Mesir. Setelah lebih sejam berpusing-pusing dengan perut yang lapar, kami jumpa juga kedai makan yang di hajati. Kedai ni terletak dalam sebuah pasaraya, berhampiran dengan terminal bas bawah tanah (Kamppi Metro Station: Click Sini) dan juga berhampiran dengan hotel Presidentti. Nama kedai ni HABIBI. Di sini disediakan makanan halal dari timur tengah (kebab dan lain-lain). Kebab boleh dimakan bersama nasi atau kentang goreng. Alhamdulillah, kenyang makan nasi kat sini. Harga makanan kat Helsinki dalam 10 euro satu set dengan air masak.
Habibi Restaurant
Pilihan hati..kebab campur (daging kambing, ayam dan lembu) bersama fries. Price dalam 9.9 euro kalau tak silap..
Bila perut dah kenyang, barulah kami boleh melangkah pusing-pusing town. Lebih kurang jam 9 malam, baru kami pulang ke hotel. Mandi, solat maghrib dan tidur...
Kamppi Metro Station. Bas kat luar, tempat menunggu kat dalam ber aircond...
Sekitar Kamppi Station. banyak arca yang dibina...
Menara jam??
Tak pasti benda ape ni..
Parliament Building
Patung lelaki togel? Ape motifnye ek...
Terminal Bas dan Keretapi Helsinki (Helsingfor)
Till then...

Bersambung di Europe Trip: Day 2 - Helsinki, Finland

No comments:

Post a Comment