Wednesday, May 28, 2014

Europe Trip: Day 5 - Amsterdam, Netherlands Part I

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Amsterdam

Pagi terakhir kami di Helsinki. Kami mengambil bas yang pertama untuk ke Vantaa airport kerana flight kami akan berlepas pada jam 0705 pagi dan dijangka sampai di Schiphol pada jam 0835 pagi. Motif ambil flight pagi-pagi sebab kami hanya ada sehari sahaja di Amsterdam. Pagi-pagi buta di bust stop disambut oleh seorang Finnish yang tengah betul-betul mabuk. Siap baling botol arak ke lantai. Terperanjat jugak tapi dia tak kacau orang (yang ni kami kagum la sebab walaupun mabuk, dia masih tahu mengawal diri). Mamat ni siap berborak dengan kami, tanya dari mana, nak ke mana, buat ape kat Helsinki dengan suara dan bahasa yang lembut. Lepas tu mamat ni pergi belakang bus stop dan cakap terpekik-pekik kat situ. Kata orang hukuman bagi pemabuk yang kacau orang amat berat. Mungkin sebab tu pemabuk ada kawalan diri lagi.

Bas sampai ke Vantaa airport dalam jam 6 lebih. Jam 0630 kami sudah menunggu untuk berlepas.
Mercedes di Finland. 27K aje...
Tepat jam 0705 kami berlepas dan sampai di Schipol on time. Cuaca masih lagi mendung di Schiphol. Selepas sampai di Schiphol kami berpisah sebab member tunggu orang rumah. Kami berpisah di sini sebab mereka akan ke Scotland manakala saya akan ke Switzerland. Semasa di Amsterdam, saya menetap di Ibis Amsterdam Airport Hotel (click sini). Hotel ini terletak dalam 4km dari Schiphol airport. Ada shuttle bas percuma dari Schiphol ke hotel ini. Just keluar daripada airport dan cari bus stop untuk shuttle bas ni di bahagian kanan. Ada papan tanda disediakan (lupa nak sanp gambar). Saya duduk dekat Schiphol sebab esok pagi nak checkout dan nak kejar flight pukul 0845 pagi menuju ke Geneva.
Ibis Amsterdam Airport Hotel. Kat belakang hotel ini ada Ibis Budget Hotel.
Saya pergi ke hotel dahulu untuk meletakkan beg yang besar ini. Kat sini ada disediakan satu bilik untuk letak/tumpang beg. Pagi-pagi ni tak boleh check in lagi. Lepas letak beg, saya keluar menuju semula ke Sciphol airport.
Schiphol Airport
Nampak kapal terbang MAS
Schiphol Airport dari kejauhan
Dari Schiphol airport, saya menaiki train menuju ke Amsterdam Central Station. Perancangan saya pada hari ini adalah untuk melawat Marken, Volendam dan Zaanse Schans. Saya menggunakan perkhidmatan pakej daripada Amsterdam City Tour (click sini). Terdapat banyak pakej yang disediakan. Cuma kena tengok masa dan tanya poket. Oleh sebab masa yang saya ada di Amsterdam amat pendek, saya rasa lagi elok kalau ambil pakej agar dapat sampai ke semua tempat yang dirancang.
Keadaan dalam train. Condition tip top.
Perjalanan dari Schiphol ke Amsterdam mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sampai di Amsterdam dalam jam 1130 pagi. Pakej yang dibeli akan bermula pada jam 12:30 tengah hari dan berakhir pada jam 6:30 petang. Blur sekejap selepas tiba di Central Station. Tak tahu nak pergi ke mana. Office tour ni terletak di Damrak road, tak jauh dari central station. Tanya seorang information officer yang ada kat depan central station, baru tau mana nak tuju.
Amsterdam Central Station
Amsterdam Central Station from Damrak Road
Saya berjalan sepanjang jalan ni untuk cari office tour ni. Jalan-jalan tak jumpa. Dalam tiket tulis alamat Damrak 26. Biler dicari, Damrak 26 takde. Selepas Damrak 20 (lebih kurang), terus ke Damrak 34. Mana pergi Damrak 26 pun tak tahu. Ingatkan kat tingkat atas atau kat belakang-belakang. Tanya seorang waiter kedai makan, dia cakap office tu selang beberapa kedai dari kedai dia. Buat penat aje jalan sampai belakang tadi.
Ni dia office Tours & Ticket (No.34 Damrak).
Selesai semua urusan di sini, saya dan peserta yang lain diminta untuk menunggu kat luar office. Tunggu peserta lain sampai. Tunggu dalam setengah jam kemudian kami di minta untuk menaiki bas yang disediakan. Basnya berhenti lebih kurang 200 meter dari office ni.
Bangunan di hadapan office tadi
Damrak Road
Canal and jetty kat depan office tadi

1 comment:

  1. nice sharing..nice pics too


    http://blogberangan.blogspot.com/

    ReplyDelete