Monday, June 9, 2014

Europe Trip: Day 5 - Amsterdam, Netherlands Part III

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sambungan dari Europe Trip: Day 5 - Amsterdam, Netherlands Part II

Marken

Selesai makan tengah hari, kami di bawa menaiki feri menuju ke Marken. Marken merupakan salah satu daripada projek penebusgunaan tanah di Belanda dan menjadi salah satu kawasan tarikan pelancong.
30 minit aje...macam feri Penang
Ni la ferinya...
Perjalanan 30 minit dirasakan begitu lama kerana kesejukan akibat angin kuat yang bertiup. Kesejukan terasa sehingga ke tulang dan kadang-kadang menggigil walaupun dah pakai sehelai jaket (sekarangni pertengahan musim panas). Jari pun dah tak terasa biler nak petik gambar. Sepanjang perjalanan ke Marken, kami disajikan dengan pemandangan bandar Volendam dan wind turbine yang terpacak ditengah laut.
Volendam
Marken
Sesudah samapi di Marken, saya dibawa bersiar-siar ke kawasan perumahan penduduk Belanda. Rumah di sini lebih kurang bentuknya seperti di Volendam. Layan gambar ajela...
Anak-anak kecil...
Best kalau ada laman macam ni...
Selepas melalui kawasan perumahan, saya dibawa ke kilang kasut tradisional Belanda atau dikenali sebagai Clog. Di sini ditunjukkan cara menghasilkan clog, sejarah mengenai clog dan kegunaan clog pada zaman sekarang. Lepas sesi demonstrasi dan membeli belah, saya dibawa ke Zaanse Schans dengan menaiki bas.
Dalam masa 10 minit, siap satu clog yang pada mulanya dari sebongkah kayu. Mamat ni boleh cakap 4 bahasa iaitu Spanish, Dutch, Germany dan English. Kagum!!!
Pilih-pilih yag mana nak...
Kilang clog yang kecil...
Peta Marken...

Zaanse Schans

Dari Marken, saya dibawa menaiki bas menuju ke Zaanse Schans, iaitu kawasan yang terkenal dengan 7 kincir angin tradisional. Masa saya datang, salah satu daripada kincir angin telah dihantar untuk baik pulih. Kincir angin ini pada zaman dahulu digunakan untuk mengepam air dari daratan ke laut. ini kerana negara Belanda berada paras kedudukan yang rendah dari aras laut. ada banyak tempat yang daratannya lebih rendah dari paras laut. Untuk mengelakkan daratannya daripada ditenggelami air, kincir angin digunakan untuk mengepam air dari masa ke semasa. Tugas ini digantikan dengan pam elektrik pada zaman sekarang.
Lihat terusan di sebelah kiri lagi tinggi kedudukannya daripada daratan disebelah kanan...
Penulis dan kincir angin...
Replika kincir angin
6 kincir angin. Satu lagi kat seberang sungai ni. Kalau perasan kincir angin nombor 2 dari kiri tiada bilah kipasnya. Sedang di baik pulih.
Tidak berkesempatan untuk melihat kincir angin dari dekat kerana masa tidak mengizinkan. Mungkin lain kali boleh repeat lagi guna itinerary sendiri. Balik semula ke Amsterdam dengan menaiki bas dan saya diturunkan di hadapan central station. Tourist guide mngingatkan agar berhati-hati dengan  pick pocket. Saya terus bergegas ke central station, menaiki train ke Schiphol dan seterusnya ke hotel. Cepat-cepat check in, masuk bilik dan solat jamak. Dinner malam ini hanyalah sebuku roti kismis, sekotak air soya dan sekotak jus buah. Alhamdulillah...
Gambar wajib sebelum meninggalkan Netherlands...babai...

Till then...

bersambung di Europe Trip: Day 6 - Geneva - Interlaken, Switzerland

Tuesday, June 3, 2014

Europe Trip: Day 5 - Amsterdam, Netherlands Part II

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Volendam

 Tempat pertama yang akan saya lawat ialah Volendam, sebuah bandar perikanan di Netherlands (boleh google kalau nak tau lebih lanjut). Sebelum tu tourist guide ada menerangkan perbezaan antara Holland dan Netherlands. Kebanyakan orang menyebut negara Belanda sebagai Holland tetapi sebenarnya kurang tepat. Yang tepat adalah Netherlands. Holland cuma mewakili 2 daripada 13 (kalau tak silap) buah wilayah. Boleh rujuk google kalau nak tau. Kenderaan yang kami naiki adalah sebuah bas dua tingkat. Saya ambil bahagian atas sebab luas sikit tengok pemandangan. Kalau tingkat bawah nampak kenderaan, pokok-pokok sahaja.
Padang ragut di Belanda
Tu dia..penuh dengan lembu...
Salah satu rumah di Belanda. Ada jeti depan rumah. Cantik...
Tempat pertama yang saya singgah adalah Volendam Museum. Di sini dipamerkan sejarah, budaya, pekerjaan, ekonomi Belanda pada zaman dahulu. Ada juga satu filem dimainkan berkisar mengenai cara hidup mereka.
Volendams Museum
Antara barang pameran
Selepas itu, saya dan peserta lain dibawa menyelusuri pekan Volendam ini, melalui lorong-lorong kecil di celah-celah rumah orang dan juga terusan. Di sini saya dapat melihat senibina rumah Belanda.
Peta Volendam.
Terusan kecil
Cantik dan kecil sahaja rumah mereka...
Boleh memancing ni..
Sebiji rumah kat sini harganya paling kurang 250k euro...
Selepas melalui jalan-jalan ini, kami sampai di sebuah kilang keju. Di sini kami disajikan dengan kaedah membuat keju yang menggunakan cara tradisional. Terdapat berbagai-bagai jenis keju di sini, dengan berbagai rasa, warna dan perisa. Saya tidak berani membeli keju di sini, was-was dengan status kehalalannya.
Kilang Keju Volendam
Demonstrasi membuat keju...
Banyak jenis keju..pilih-pilih..
Cheese beso depan kilang...
Selesai melawat kilang keju, tiba masa untuk aktiviti bebas. Saya di bawa ke kawasan berhampiran jeti. Di sini terdapat berbagai-bagai kedai makan dan hampir kesemua kedai menjual hidangan seafood. Saya memilih untuk membeli makanan daripada kedai tepi jalan. Sebab kedai tu ada jual nasi goreng (macam nasi goreng, rasa tak sama macam nasi goreng Malaysia). So lunch saya pada hari ini adalah nasi goreng berlauk seafood. Kenyang..Alhamdulillah.
Jeti Volendam
Deretan kedai makan...
Lunch saya pada hari ini...
Share makan dengan itik ni. Asyik duk mintak ikan..
Till then...

bersambung di Europe Trip: Day 5 - Amsterdam, Netherlands Part III