Wednesday, July 23, 2014

Europe Trip: Day 7 - Lauterbrunnen, Switzerland Part I

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sambungan dari Europe Trip: Day 6 - Interlaken - Lauterbrunnen, Switzerland

Wengen

View dari tingkap bilik aku. Arini cuaca baik. Nice...
Bangun awal pagi tu. Malas nak buang masa atas katil. Lepas sarapan terus tunggu train dekat Lauterbrunnen station untuk ke Wengen. Wengen ni terletak di pinggiran gunung, atas lagi daripada Lauterbrunnen. Plan hari ini adalah:-
  1. Naik cable car dari Wengen ke Mannlichen.
  2. Trekking dari Mannlichen ke Kleine Scheidegg.
  3. Naik train dari Kleine Scheidegg ke Lauterbrunnen.
  4. Naik cable car dari Lauterbrunnen ke Grutschalp.
  5. Naik train dari Grutschalp ke Murren.
  6. Naik cable car Murren Schilthornbahn ke Schiltorn dan turun semula ke Stechelberg.
  7. Trekking dari Stechelberg ke Lauterbrunnen.
Kalau sapa-sapa minat trekking, bolehla refer website ni (click sini). Pilih trekking mana yang sesuai dengan kemampuan kita. Aku suka trekking sebab dapat menghayati keindahan bumi ciptaan Allah ni dengan lebih dekat.
Naik train ni. Dia punya roda macam gigi gear.
View dari Wengen
Macam lukisan dia punya scenery
Wengen train station
Rombongan dari Korea..
Signboard kat Wengen
Wengen
Aku sampai di Wengen pada awal pagi. Satu kedai pun tak buka lagi. Cable car pun tak bukak lagi. So jalan-jalan dulu kat pekan kecik ni. Kat sini banyak bangunannya dijadikan hotel, hostel untuk para pelancong. Cuaca kat sini nyaman dan sejuk walaupun sekarangni dah masuk musim panas. Dalam setengah jam barulah cable car tu bukak. Kena bayar 22 CHF untuk naik cable car ni. 50% discount sebab guna Swiss pass. Harga asal 44 CHF, untung di situ.
Tourist Center Wengen
Wengen - Mannlichen cable car station
Cable car dah sampai. Jomla naik...
Mannlichen

Tak ramai yang naik cable car pagi-pagi ni. Ada 3 orang sahaja yang naik plus driver seorang. Ada sorang pakcik tua ni yang hari-hari naik cable car dan trekking dari Mannlichen. Gagah pakcik ni. Perjalanan naik takdela lama sangat. dalam 7-8 minit aje. View dia memang terbaik. Tapi nasib kurang baik hari ini, laluan trekking Mannlichen-Kleine Scheidegg ditutup kerana ada runtuhan salji. Agak terkilan sedikit kerana view di sepanjang laluan trekking ni memang superb. Kita akan menghadap gunung-gunung yang besar tu sepanjang masa...
Nama gunung yang kat belakang dari kiri: Eiger, Monch dan Jungfrau. Laluan trekking Mannlichen-Kleine Scheidegg adalah terus sahaja ikut arah bukit kat depan tu. Laluan trekking disediakan.
Langit biru...
Oleh kerana plan nak trekking gagal, aku buat keputusan untuk panjat bukit Mannlichen. Takdela tinggi mana bukit ni tapi mengahla jugak nak sampai kat atas. Beberapa kali berhenti rehat sebab tak cukup nafas...
Ayuh jalan. Boleh sampai puncak dalam masa lebih kurang 20 minit...
Lauterbrunnen Valley
Kalau tengok gambar kat atas ni, Lauterbrunnen terletak di tenagh-tengah lembah, diapit oleh dua buah banjaran gunung. Wengen terletak di lereng sebelah sini, manakala Grutschalp dan Murren terletak di lereng sebelah sana. Nampak macam bertingkat-tingkat. Di puncak sebelah sini adalah Mannlichen, manakala disebelah sana adalah Bietenhorn (rasanya). Dari sini nampak jelas Staubbachfall. Enjoy the view...
View dari arah lain.
Dari sini boleh nampak Interlaken.
Banjaran gunung.
View dari puncak
Different angle
Kat lereng gunung pun ada kawasan ternak lembu.
Dah turun ke bawah. Puncak tu yang aku panjat tadi. Lepak-lepak dalam sejam kat atas tu.
Ok, dah sampai masa nak turun. Jumpa lagi Mannlichen...
Selepas hampir 2 jam berjalan-jalan di Mannlichen, akhirnya aku turun ke semula ke Wengen. Cari kedai poskad, beli dan pos ke Malaysia. Tak lupa juga aku mencari kedai makan. Jumpa kedai bakeri kat sini, minta roti telur dua buku. Tu aje yang boleh makan, yang lain semua berasakan daging. Lepastu aku turun semula ke Lauterbrunnen untuk menuju next destination...


Till then...

 bersambung di Europe Trip: Day 7 - Lauterbrunnen, Switzerland Part II

Tuesday, July 22, 2014

Europe Trip: Day 6 - Interlaken - Lauterbrunnen, Switzerland

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sambungan dari Europe Trip: Day 6 - Geneva - Interlaken, Switzerland

Interlaken

Interlaken Ost Station
Selamat sampai di Interlaken Ost. Terus keluar dari station dan merayau-rayau di sekitar Interlaken. Hajatnya nak mencari makanan halal sebab dari pagi tadi hanya menjamah roti sandwich. Perut dah berkeroncong menderita kelaparan. Jumpa satu kedai ni jual kebab. Ada tulis halal, aku pun masuk dan order kebab plus burger (lapo punyer pasal). Bungkus sahaja sebab nak makan dekat Lauterbrunnen nanti.
Kedai kebab
Dekat Interlaken ada beberapa kedai makan yang halal. Kebanyakan ownernya dari belah-belah arab. Harga satu set makanan dalam 10-13 CHF. Jalan-jalan sekejap disekitar Interlaken, kemudian bergegas ke Interlaken Ost station sebab nak pergi ke Lauterbrunnen. Kat sini ada 2 train di mana satu train akan menuju ke Grindelwald manakala satu lagi ke Lauterbrunnen. Dua-dua train ni guna laluan yang sama pada permulaannya sebelum berpecah di Zweilutschinen station.

Aku ternaik train yang menuju ke Grindelwald. Nasib baik tanya kat staf yang periksa tiket. Kalau tak memang turun dekat Grindelwald la jawabnya. Dah tambah kerje nak patah balik. Turun dari train ni kat Zweilutschinen station dan berlari mengejar train menuju ke Lauterbrunnen. Train terus sahaja bergerak selepas aku masuk. Fuhh..selamat. Malas nak tunggu setengah jam lagi untuk next train.

Lauterbrunnen

Sampai sahaja di Lauterbrunnen, saya terus check in kat Hotel Steinbock. Ambil single room untuk 2 malam. Satu malam harganya 90 CHF including breakfast. Hotel ni betul-betul bersebelahan dengan Lauterbrunnen train station. Perkara pertama ynag dibuat lepas ambil kunci bilik adalah makan. Makan kebab sambil melihat gunung Jungfrau, Monch dan Eiger. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan...
View dari tingkap bilik. Terpampang Jungfrau, Monch dan Eiger kat depan mata. Tapi banyak kabus.
Perut dah kenyang, masa untuk berjalan-jalan pun tiba. Aku berjalan-jalan disekitar pekan Lauterbrunnen petang ni. Layan gambar ajela...
Kadang-kadang berkabus
Cantik kan..aku menuju ke air terjun tu. nama dia Staubbachfall
Hari dah nak gelap. Pukul 9 malam masa ni...

Batu-batu yang diikat..kreatif.
Staubbachfall. Ada laluan untuk naik dan melihat air terjun ni dari dekat.
Esok nak naik gunung kat belakang tu...
Lauterbrunnen
Hotel Steinbock. Aku duduk kat bangunan lain. Sebelah kanan gambar ni letaknya Lauterbrunnen train station
Masuk bilik, mandi, solat dan terus tidur. Esok ada banyak aktiviti. Cadangnya nak buat trekking dari Mannlicen ke Kleine Scheidegg...

Till then...

bersambung di Europe Trip: Day 6 - Lauterbrunnen, Switzerland Part I

Monday, July 7, 2014

Europe Trip: Day 6 - Geneva - Interlaken, Switzerland

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Geneva

Route saya pada hari ini agak jauh dan panjang iaitu Amsterdam-Geneva-Montreux-Zweisimmen-Interlaken-Lauterbrunnen. Seawal jam 6 pagi, saya sudah menunggu bas untuk ke pergi ke Schiphol Airport. Flight saya dijadualkan berlepas pada jam 0845 pagi. Pukul 0630 pagi saya sampai ke airport. Airport agak lengang dan saya menggunakan masa ini untuk bergambar dengan mercu tanda amsterdam yang terkenal iaitu Iamsterdam. Lepas tu cepat-cepat masuk airport untuk mencari luggage depot (click sini). Saya meninggalkan beg luggage di sini dan hanya menggunakan backpack 42 liter semasa di Switzerland. Selesai semua urusan, saya check in backpack saya dan menunggu untuk berlepas. Saya menggunakan perkhidmatan EasyJet untuk ke Geneva return.
Tunggu kapal tak sampai-sampai
Kapal sudah sampai...
Duduk tepi tingkap. Layan view awan...
Switzerland dari atas..cantik...
Alhamdulillah. selamat sampai. langit biru..
Saya selamat sampai pada jam 1015 pagi. Selepas selesai mengambil luggage, saya bergegas menuju ke kaunter SBB. Kat sini ada jual Swiss Pass. Saya menggunakan Swiss Pass untuk 4 hari sepanjang berada di sini (click sini).

Info mengenai Swiss Pass
  • Berbaloi atau tak guna Swiss pass ni? Amat-amat berbaloi terutamanya kalau kita selalu menggunakan public transport. Lagi banyak guna lagi berbaloi.
  • Boleh menggunakan public transport tanpa batasan (unlimited ride) termasuk keretapi, tram, bas dan boat cruise.
  • Tak payah beratur beli tiket kalau nak naik public transport. Just tunjuk swiss pass sahaja. Mudah especially kalau kita nak cepat.
  • 50% discount untuk most cable car atau train yang menuju ke puncak gunung. Boleh refer route yang free atau 50% discount di sini (click sini).
  • Boleh masuk muzium dengan percuma. Applicable untuk lebih kurang 450 muzium.
  • Tiket boleh beli dikaunter SBB ataupun secara online. Harga sama sahaja.
  • Swiss Pass ada untuk 1st class dengan 2nd class. So kena duduk dekat coach yang betul masa naik train. 2nd class pun dah memadai. Kemudahan cukup lengkap, tandas pun ada.
Kaunter tiket SBB
Perjalanan bermula dari Geneva ke Montreux dengan menaiki keretapi dan mengambil masa hampir 1 jam setengah. Ada banyak tarin yang boleh digunakan. Ada yang berhenti banyak tempat, ada yang kena tukar train, ada yang direct. Sepanjang perjalanan, saya disajikan dengan pemandangan Swiss yang memukau. Di sini saya berjumpa dengan seorang lelaki India, berasal dari India tetapi menetap di Switzerland. Kami berborak-borak kosong sehinggla dia turun di station Vevey kalau tak silap. (Note: Kalau ikut arus perjalanan Geneva-Montreux, ambil seat sebelah kanan untuk menikmati pemandangan yang lebih menakjubkan. Dapat tengok tasik Geneva).
Gambar dari seat kiri. Nampak ladang anggur dengan bangunan sahaja. Ntah blog mane cadang suruh duduk kat sebelah kirini...
Montreux

Berhenti sebentar di Montreux. Saya akan menaiki GoldenPass Panoramic line dari Montreux ke Interlaken (click sini). Sebelum train sampai, saya berjalan-jalan sebentar di sekitar tasik Geneva. Beli souvenir sedikit dan bergegas ke train station.
Lake Geneva, macam berkabus...
Banjaran gunung yang mengagumkan...
GoldenPass Panoramic Line...
Classic GoldenPass coach
 Lake Geneva dari GoldenPass train...
Tip menaiki GoldenPass Train dari Montreux ke Interlaken:-
  1. Kalau ikut arah arus perjalanan Montreux-Interlaken, ambil seat yang di sebelah kanan. Kebanyakan pemandangan yang menarik terletak di sebelah kanan. Sebelah kiri train kebanyakannya adalah lereng bukit/gunung tapi masih OK lagi dia punya scenery.
  2. Ambil train yang tingkapnya boleh dibuka. Kalau tak, gambar yang diambil akan menghasilkan banyak reflection macam gambar kat atas. Puas nak adjust baru ok.
  3. Pada pandangan saya, reservation tidak diperlukan pada awal dan tengah musim panas. Tapi kalau winter mungkin kena reserve sebab takut penuh.
  4. Jangan tido kalau naik train ni. Rugi kalau tak tengok view dia. Gambar pun tak dapat menggambarkan kecantikan bumi Allah di sini.
Pemandangan yang dinikmati memang terbaik. SubhanAllah. Banjaran gunung, hutan, padang ragut, jambatan dan terowong bersilih ganti. Indahnya bumi ciptaan Allah. Biar gambar sahaja yang berbicara. Dalam perjalanan ke Interlaken OST, kita akan bertukar train di Zweisimmen. Di sini, saya menaiki train yang tingkapnya boleh dibuka. Senang sikit nak ambil gambar dan enjoy the view...
Keadaan coach bila keretapi masuk terowong
Gambar disebelah kanan..SubhanAllah
Gambar disebelah kiri. Nampak lereng bukit aje...
Cantik...
SubhanAllah
Kat tempat rural macamni pun ada perkhidmatan keretapi. Kagum...
Wow...
Lagi...
Dan lagi...
Tukar train. Train ni boleh bukak tingkap.Kalau perasan, gambar ni ada tunjuk coach mana yang 1st class and second class. So pastikan naik coach yang betul.
Dah nak sampai Interlaken
Sikit lagi nak sampai...
Lake Thun just before Interlaken OST Station. Warna airnya turquoise. Cantik sangat...