Wednesday, July 23, 2014

Europe Trip: Day 7 - Lauterbrunnen, Switzerland Part I

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sambungan dari Europe Trip: Day 6 - Interlaken - Lauterbrunnen, Switzerland

Wengen

View dari tingkap bilik aku. Arini cuaca baik. Nice...
Bangun awal pagi tu. Malas nak buang masa atas katil. Lepas sarapan terus tunggu train dekat Lauterbrunnen station untuk ke Wengen. Wengen ni terletak di pinggiran gunung, atas lagi daripada Lauterbrunnen. Plan hari ini adalah:-
  1. Naik cable car dari Wengen ke Mannlichen.
  2. Trekking dari Mannlichen ke Kleine Scheidegg.
  3. Naik train dari Kleine Scheidegg ke Lauterbrunnen.
  4. Naik cable car dari Lauterbrunnen ke Grutschalp.
  5. Naik train dari Grutschalp ke Murren.
  6. Naik cable car Murren Schilthornbahn ke Schiltorn dan turun semula ke Stechelberg.
  7. Trekking dari Stechelberg ke Lauterbrunnen.
Kalau sapa-sapa minat trekking, bolehla refer website ni (click sini). Pilih trekking mana yang sesuai dengan kemampuan kita. Aku suka trekking sebab dapat menghayati keindahan bumi ciptaan Allah ni dengan lebih dekat.
Naik train ni. Dia punya roda macam gigi gear.
View dari Wengen
Macam lukisan dia punya scenery
Wengen train station
Rombongan dari Korea..
Signboard kat Wengen
Wengen
Aku sampai di Wengen pada awal pagi. Satu kedai pun tak buka lagi. Cable car pun tak bukak lagi. So jalan-jalan dulu kat pekan kecik ni. Kat sini banyak bangunannya dijadikan hotel, hostel untuk para pelancong. Cuaca kat sini nyaman dan sejuk walaupun sekarangni dah masuk musim panas. Dalam setengah jam barulah cable car tu bukak. Kena bayar 22 CHF untuk naik cable car ni. 50% discount sebab guna Swiss pass. Harga asal 44 CHF, untung di situ.
Tourist Center Wengen
Wengen - Mannlichen cable car station
Cable car dah sampai. Jomla naik...
Mannlichen

Tak ramai yang naik cable car pagi-pagi ni. Ada 3 orang sahaja yang naik plus driver seorang. Ada sorang pakcik tua ni yang hari-hari naik cable car dan trekking dari Mannlichen. Gagah pakcik ni. Perjalanan naik takdela lama sangat. dalam 7-8 minit aje. View dia memang terbaik. Tapi nasib kurang baik hari ini, laluan trekking Mannlichen-Kleine Scheidegg ditutup kerana ada runtuhan salji. Agak terkilan sedikit kerana view di sepanjang laluan trekking ni memang superb. Kita akan menghadap gunung-gunung yang besar tu sepanjang masa...
Nama gunung yang kat belakang dari kiri: Eiger, Monch dan Jungfrau. Laluan trekking Mannlichen-Kleine Scheidegg adalah terus sahaja ikut arah bukit kat depan tu. Laluan trekking disediakan.
Langit biru...
Oleh kerana plan nak trekking gagal, aku buat keputusan untuk panjat bukit Mannlichen. Takdela tinggi mana bukit ni tapi mengahla jugak nak sampai kat atas. Beberapa kali berhenti rehat sebab tak cukup nafas...
Ayuh jalan. Boleh sampai puncak dalam masa lebih kurang 20 minit...
Lauterbrunnen Valley
Kalau tengok gambar kat atas ni, Lauterbrunnen terletak di tenagh-tengah lembah, diapit oleh dua buah banjaran gunung. Wengen terletak di lereng sebelah sini, manakala Grutschalp dan Murren terletak di lereng sebelah sana. Nampak macam bertingkat-tingkat. Di puncak sebelah sini adalah Mannlichen, manakala disebelah sana adalah Bietenhorn (rasanya). Dari sini nampak jelas Staubbachfall. Enjoy the view...
View dari arah lain.
Dari sini boleh nampak Interlaken.
Banjaran gunung.
View dari puncak
Different angle
Kat lereng gunung pun ada kawasan ternak lembu.
Dah turun ke bawah. Puncak tu yang aku panjat tadi. Lepak-lepak dalam sejam kat atas tu.
Ok, dah sampai masa nak turun. Jumpa lagi Mannlichen...
Selepas hampir 2 jam berjalan-jalan di Mannlichen, akhirnya aku turun ke semula ke Wengen. Cari kedai poskad, beli dan pos ke Malaysia. Tak lupa juga aku mencari kedai makan. Jumpa kedai bakeri kat sini, minta roti telur dua buku. Tu aje yang boleh makan, yang lain semua berasakan daging. Lepastu aku turun semula ke Lauterbrunnen untuk menuju next destination...


Till then...

 bersambung di Europe Trip: Day 7 - Lauterbrunnen, Switzerland Part II

No comments:

Post a Comment