Sunday, September 28, 2014

Europe Trip: Day 7 - Lauterbrunnen, Switzerland Part II

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Murren

Dari Lauterbrunnen, aku menaiki cable car ke Grutschalp. Pakai Swiss Pass, mudah nak gerak ke sana sini. Just tunjuk aje, pastu terus naik. Dalam 10 minit sampai Grutschalps, terus naik train menuju ke Murren. Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 15 minit.

Grutschalp Cable Car Station
View dari Grutschalp deck
Ladang lembu. View dari train...
Murren popular sebagai tempat penginapan untuk para pelancong. Tiada laluan kenderaan yang boleh sampai ke sini melainkan dengan menaiki cable car melalui Grutschalp atau Stechelberg. Laluan untuk trekking adala. So sesiapa yang nak menginap di Murren kena pastikan jadual perjalanan cable car supaya tak tersadai di Lauterbrunnen. View kat Murren memang terbaik sebab memnag mengadap Jungfrau sepanjang masa.
Next destination, Schilthornbahn. 15 minit jalan kaki.
View dari Murren. Nampak Jungfrau dan rakan-rakan...
Rasa nak lepak kat sini lama-lama..tapi perjalanan perlu diteruskan...
Deretan hotel & hostel. Tepuk poket, tanya selera...
Dah sampai. Nak naik cable car ke Schilthorn
Schilthorn

Schilthorn terkenal dengan cerita James Bond 007 sebab ada satu babak ceritanya menggunakan Piz Gloria sebagai tempat penggambaran. Tapi tak ingatla cerita yang mana satu. Tiket asal berharga CHF 56.3. Pakai Swiss Pass cuma perlu bayar CHF 38.5. Lauan cable car adalah dari Murren - Birg - Schilthorn. Ramai orang yang nak pergi ke Schilthorn hari ini. Penuh cable car macam sardin...
View dari cable car. Nampak cafe kat sebelah kiri khas untuk pelancong yang buat trekking...
Speechless...
Berhenti untuk tukar cable car kat Birg station ni..View from Birg deck. Murren nampak kecik aje...
Dah nampak Piz Gloria..Jeng jeng jeng jeng..Lagu James Bond dalam cable car...
View dari Schilthorn. Nampak Birg station kecik aje kat sebelah kiri bawah gambar ni...
Nampak Interlaken dari sini. Sebelah kiri.
Tengah nak buat tempat baru. Katanya tempat nak main salji. Dari sini boleh juga turun ke bawah tu tapi depa cakap salji tak berapa stabil. Bahaya sebab takut runtuh. So tengok ajela view yg ada...
Piz Gloria. Boleh minum-minum dan cari souvenir kat dalam ni. Confirm mahal la...
Aku tak lama pun dekat Schilthorn sebab sejuk sangat. Suhu dalam 6 degC tapi angin dia membuatkan tulang menggeletar. Dahla tak bawak jaket sbb ingatkan panas mcm kat Mannlichen. So sesiapa nak pergi sini digalakkan bawak jaket atau wind breaker. Takdela menggeletar macam aku. So lepas puas ambil gambar, aku turun balik ke Lauterbrunnen tapi kali ini melalui Stechelberg.
Last pic sebelum turun ke Lauterbrunnen... Kalau ada rezeki, aku akan datang lagi bersama keluarga. Boring juga solo backpackers ni...
Laluan cable car adalah dari Murren - Gimmelwald - Stechelberg. Takde gambar dari laluan ni sebab cable car sendat macam sardin. Nak keluarkan kamera pun tak boleh.

Stechelberg - Lauterbrunnen

Aku akan trekking dari Stechelberg ke Lauterbrunnen. Jarak laluan adalah dalam 6km. Laluan trekking disediakan dan dalam keadaan yang tip top. Ramai juga pelancong yang buat trekking, laju-laju semuanya. Aku aje yang slow-slow jalan. Aku recommend sesiapa yang nak buat trekking kat sini. Laluan biasa sahaja, tak mencabar. View memang cun. Bawak anak-anak mesti best...
View dari Stechelberg station...
Laluan trekking (In Der Bletschen) berada disebelah kiri sungai ni. Kena melintas sungai dulu...
Pfang trekking path...
Murrenbach Fall...
R&R kat laluan trekking. Semuanya terjaga. Tempat BBQ pun ada...
Aegertenbachfall...
Jauh lagi. 50 minit berjalan kaki...
Laluan trekking. View yang cantik, 50 minit macam sekejap aje. Hehehe...
Gumpalan rumput untuk diberi makan kepada haiwan ternakan pada musim sejuk...
Indah bumi Tuhan...
2 orang warga emas tu dah potong aku. Laju benor depa jalan...
Rumah orang kampung. Nyaman aje kan...
Sampai akhirnya...
Setelah satu jam setengah berjalan, akhirnya aku sampai ke Lauterbrunnen. Masuk bilik, mandi manda, makan megi dan terus tido...

Till then...

Bersambung di Europe Trip: Day 8 - Lauterbrunnen - Luzern, Switzerland

No comments:

Post a Comment