Sunday, October 26, 2014

Ceramah Maal Hijrah 1436H - Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tajuk yang dibincangkan di dalam ceramah adalah mengenai perpaduan. Antara perkongsiaan yang dibawakan oleh Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz semasa ceramah beliau pada 25 Oktober 2014 adalah:-
  • Nama asal Por Dickson andalah Tanjung @ Alang dan ditukar namanya oleh Sir John Dickson.
  • Pada 1511, Tanah Melayu telah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British yang banyak mengubah Tanah Melayu dari segi ekonomi, budaya, politik, pendidikan dll.
  • Nabi SAWcpernah berkata yang lebih kurang bunyinya "Akan datang masanya oang akan menjadi kurang ajar". Boleh lihat pada zaman ni ramai yang kurang ajar.
  • Selingan - Kalau surau/masjid tempat kita sudah azan, lepastu terdengar pula azan surau/masjid lain, kita boleh teruskan program yang sedang dijalankan (ceramah, kuliah etc.)
  • Usul fiqh melihat secara umum, bukan secara khusus (mengikut keaadaan). Tetapi ada yang dilihat secara khusus (tetap) contohnya untuk ayat-ayat Muhkam di dalam al-Quran.
  • Punca berpecah belah biasanya disebabkan oleh orang ketiga. Kalau dilihat pada zaman ini, kita tengok orang Islam bergaduh sesama mereka apabila dicucuk oleh orang ketiga (Amerika, UK yg bukan Islam).
  • Di Malaysia ni banyak surau, masjid sebagai alat perpaduantetapi masih tidah bersatu padu. Mengapa?
  • Kalau ulamak dan umarak baik, maka rakyat akan jadi baik.
  • Punca tak berstau padu adalah hubungan kita dengan Allah SWT longgar (lemah iman). Kalau iman kita kuat, kita tahu dan yakin cthnya buat dosa masuk neraka, oleh itu masih beranikah kita membuat dosa? Cth lain sperti kita nak pegang ular ke kalau kita tahu dan yakin ular itu berbisa?
  • Kita lemah sebab cinta dunia dan takut mati.
  • Orang melayu ni suka bela kesalahan secara halus. Contohnya kalau benda tu salah, kita bela dia dgn berkata jasa orang tu dulu banyakla, jasa dia lagi banyak dari kita la, padahal yang salah tetap salah, dan yang benar tetap benar. Bukan kita pukul rata cakap semua salah.
  • Kalau dilihat dalam banyak-banyak bidang, bidang agama lah yang menjadi medan pergaduhan. Kenapa? Kalau bidang perubatan, doktor cakap kat kita kena bedah, kita angguk dan ikut sahaja. Klaau jurutera cakap jalan ni kena tar baru, kita pun angguk dan ikut sahaja. Tapi dalam bidang agama, harini sorang ustaz cakap A, esok keluar pula sorang ustaz cakap B. Macam mana nak bersatu?
  • Tak perlu kita berdiskusi ilmiah dengan orang yang tak berlapang dada kerana orang itu hanya mahukan keputusan yang dia hendak sahaja. Pengalaman Ustaz Hassan didatangi seorang lelaki dari Johor di Masjid Negara. Semasa itu ustaz sedang menghafal Quran. Orang tu bertanya "kenapa engkau menghafal Quran?" Ustaz menjawab "Sebab ia memudahkan untuk belajar agama". Lelaki itu membalas " Kau balik dan tanya tok guru kau kenapa perlu menghafal Quran". Kalau dilihat jawapan ustaz sudah memadai tetapi lelaki tersebut mahukan jawapan yang dia hendak.
  • Kes serupa dengan Kassim Ahmad (anti hadis). Dia berkata semasa berdiskusi "Kenapa kita perlukan hadis sedangkan Allah dah bagitau yang Quran itu sudah lengkap? Kalau dah lengkap tak perlula yang lain (hadis)" Sorang ustaz menjawab "Bukan kah Allah berkata dalam al-Qurang yang lebih kurang bunyinya taatlah kamu kepada Allah dan Rasul. Allah itu merujuk kepada Quran dan Rasul itu hadis". Kassim berkata "Ayat tu merujuk kepada al-Quran sebab Allah turunkan Quran kepada Nabi dan seterusnya kepada kita". Kassim pusing ikut situ. Inilah yang dinamakan berfikir menggunakan logik akal, bukan berdasarkan ilmu. Moga-moga kita dijauhkan dari pemikiran ini.
  • Nabi berkata "Akan datang pada kamu tahun-tahun penipuan. Orang akan membenarkan penipuan itu dan mendustakan kebenaran. Orang-orang yang amanah dilihat khianat dan oarang-orang yang khianat dianggap amanah".
  • Punca-punca perpecahan adalah gila kuasa, hasad dengki....tamat (tak sempat habiskan kuliah sebab anak dah menangis)
Till then...

No comments:

Post a Comment