Sunday, October 19, 2014

Europe Trip: Day 8 - Lauterbrunnen - Luzern, Switzerland

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sambungan dari Europe Trip: Day 7 - Lauterbrunnen, Switzerland Part II

Lauterbrunnen - Luzern

Hari ini perjalanan bermula lewat sedikit. Rasa malas-malas nak tinggalkan Lauterbrunnen. Perjalanan bermula dengan menaiki keretapi daripada Lauterbrunnen ke Interlaken tepat jam 9:40 pagi. Hari ini aku akan ke Luzern atau Lucerne, sebuah bandar yang agak besar yang terletak di bahagian utara. Dari Interlaken, aku akan menaiki panaromic aka GoldenPass train menuju ke Luzern.

Antara tip menaiki train dari Interlaken ke Luzern:-

  1. Kalau ikut arah arus perjalanan Interlaken - Luzern, sentiasa ambil seat yang di sebelah kiri. Antara yang boleh di lihat adalah pemandangan Lake Brienz and Thun.
  2. Keretapi akan melalui Meiringen, dan akan berjalan mengundur di sini. So kat sini sila pindah ke seat sebelah kiri sebab pemandangan yang menarik kebanyakannya terletak di sebelah kanan seperti Lake Lungern dan Sarn.
Lake Brienz
Lungern
Cantik pekan Lungern. Kalau ada masa boleh singgah sini, keliling tasik dia yang cantik tu...
Lake Lungern
Dapat juga tangkap gambar kepala train...
Menuju Giswil
Lebih kurang jam 11, aku sampai di Luzern Bahnhof. Destinasi pertama ynag di tuju adalah hotel sebab nak letak beg yang dipikul ni. Hari ini aku akan tidur di Ibis Budget Hotel Luzern (click sini), tak jauh dari Luzern Bahnhof. Dalam 20 minit jalan kaki ikut kelajuan orang Malaysia. Kalau ikut kelajuan orang Switzerland dalam 10-15 minit aje. Harga satu malam adalah CHF 106 nett.
Di hadapan Luzern Bahnhof
Selesai check in hotel, aku mencari tempat makan. Perut dah berkeroncong ni sebab dah lama tak makan nasi. Asyik makan roti aje kat sini. Berdasarkan pencarian google yang aku buat, terdapat beberapa buah kedai makan halal di sini sama ada dari timur tengah ataupun India. So misi mencari nasi pun bermula. Sambil-sambil tu meneroka bandar Luzern ni. Akhirnya jumpa juga kedai makan yang dicari. Kedainya terletak di jalan Lowengraben. Alhamdulillah, kenyang makan nasi.
Ni la Chapel Bridge yang popular tu...
Ni la kedai makan yang dimaksudkan...
Menu yang dimakan...
Semua menu di sini berharga CHF10 tidak kiralah menu ayam, daging kambing ataupun daging lembu.. Air kosong percuma. Sedap jugakla masakan dia, beras yang digunakan juga dari jenis ynag panjang-panjang macam beras basmathi. Berbaloi rasanya makan kat sini. Di sini cuma seorang pekerja sahaja yang menguruskan kedai ini. Dia la yang ambil order, hantar makanan, basuh pinggan, jadi cashier etc. Selesai makan akupun meneruskan agenda hari ini. Aku akan menaiki cruise menuju ke Mount Rigi.

Tetapi takda rezeki kali ini. Apabila hampir sampai ke Luzern Bahnhofquai, kepala rasa berdenyut-denyut. Cuaca tidakla pans tapi terikan matahari membuatkan kepala hampir pitam. So cancel la nak pergi Mount Rigi, balik ke hotel, bukak aircond dan tidur sampai petang.
Lake Luzern
Luzern Bahnhof
Berakhirla satu hari di sini. Esok pagi akan bertolak ke Geneva dan menaiki kapal terbang menuju ke Schiphol Amsterdam.

Till then...

Bersambung di  Europe Trip: Day 9 - Last Day

No comments:

Post a Comment