Saturday, February 28, 2015

Menjejak Kenangan Ayah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sebelum ayah berumahtangga, ayah pernah bermusafir selama bertahun-tahun di Alor Setar, Kedah. Ayah mempunyai keluarga angkat di sana, dan sekarang sudah hampir lebih kurang 20 tahun tidak berjumpa. Kami telah menawarkan diri untuk membawa ayah ke sana dan menjejak semula keluarga angkatnya.

Ayah pergi ke Kedah semasa mudanya kerana merajuk (tak pasti sebab apa) dengan hanya menumpang kenderaan orang dari satu bandar ke bandar lain. Dengan berbekalkan RM40 dan sebuah beg, ayah bergerak dari Johor Bahru dengan menumpang kenderaan orang. Batu Pahat, Muar, Melaka, Kuala Lumpur semua ayah jejak. Dan akhirnya ayah sampai di Alor Setar dan berlindung di Masjid Zahir. Kata ayah setiap petang ada budak-budak perempuan yang belajar/buat kerja sekolah dimasjid itu. Pada satu petang 3 hari kemudian, salah seorang budak  perempuan membawa ayah ke rumah bapanya, Syed Ali yang betul-betul terletak dibelakang masjid Zahir. Dipendekkan cerita Syed Ali mengambil ayah menjadi anak angkatnya dan menjaga ayah, mencarikan kerja, memberi makan, tempat tinggal dll. Memang besar jasa Syed Ali kepada ayah, daripada orang asing menjadi anak angkat.
Singgah sebentar sebelum ke Alor Setar
Masjid Zahir dari tapak rumah Syed Ali
Rumah Syed Ali sudah tiada. Warisnya juga sudah tiada di sini. Tapi ayah ada sepupu yang menetap di sini dan tahu di mana rumah keluarga waris Syed Ali. Kami pun menuju ke rumah beliau yang terletak di Alor Merah, Alor Setar. Dan beliau membawa kami ke Pokok Sena di mana keluarga waris Syed Ali menetap. Akhirnya ayah bertemu kembali keluarga angkatnya di sini. Banyk cerita yang dibualkan. Waris Syed Ali ramai yang berpindah. Ada yang di Kuala Lumpur dan ada juga di luar negara. Kami ada berjumpa dengan perempuan yang bawa ayah berjumpa dengan Syed Ali. Beliau menetap di Kuala Lumpur.
Allahyarham Syed Ali...al-Fatihah
Ayah menetap di sini bertahun-tahun, macam-macam kerja yang ayah buat, banyak ceritanya. Selepas ayah pulang semula ke Johor, hanya sekali ayah pulang semula ke sini. Syed Ali masih lagi hidup masa itu. Begitulah cerita ayah...

Till then...

No comments:

Post a Comment