Saturday, February 28, 2015

Parenting Gaya Al-Fatih

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah. Pada penghujung tahun lepas, 28 Disember 2014, kami telah mengikuti satu seminar bertajuk parenting gaya A-Fatih yang disampaikan oleh Ustaz Syaari Ab. Rahman dari Ibrahparadigm (click sini). Ustaz Syaari terkenal dengan bukunya "Berfikir Gaya Al-Fateh" dan juga segmen Ibrah diradio IKIM, setiap hari isnin jam 5 petang.
Ustaz Syaari Ab. Rahman (pic google)
 Antara tips yang diperolehi dari seminar ini adalah:-
  1. Antara buku parenting yang dicadangkan beliau adalah "25 ways to ask your children how about your school today without ask how about your scholl today". Ni intro dia.
  2. Cara untuk mendidik anak telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam surah Luqman. Spiritual, emotional, logic etc ada dalam surah ni.
  3. Letak world globe, pokok keluarga dan surah al-Baqarah ayat 216 dalam bilik anak sejak mereka kecil. Ajar mereka untuk menjadi pemimpin dan mepunyai jiwa yang besar. Orang Turki kebanyakannya mempunyai jiwa yang besar. Mereka dilatih untuk menjadi pemimpin dunia sejak dari kecil.
  4. Pandang anak sebagai amanah, sebagai khalifah. Latih mereka tentang tanggungjawab.
  5. Terapkan iman dalam diri anak-anak. Umur 7-10 tahun paling kritikal untuk anak-anak buktikan keimanan mereka (cth solat, puasa etc.)
  6. Waktu terpenting untuk terapkan akidah adalah dari umur 0-6 tahun. tempoh ini dimana mereka akan terima apa sahaja yang diajar tanpa banyak soal.
  7. Masukkan elemen ghaib dalam fikiran anak-anak sejak mereka kecil contohnya syurga, neraka, pahala, dosa etc.
  8. Kisah al-fatih sesuai untuk anak-anak berumur 0-10 tahun. Kisah Nabi Yaakob lebih sesuai untuk anak-anak yang berumur lebih 10 tahun.
Apa perlu dilakukan kalau anak tidak mendengar cakap ibu bapa?

1.       Ayah kena buat dulu apa yang dikatakan.
2.       Anak jadi degil sebab dosa-dosa kita, sebab tiada keberkatan dalam makana yang dimakan. Istighfar dulu sebelum bercakap dengan anak.
3.       Karenah anak reflect kita dimasa silam. Istighfar dulu.
4.       Pilih wording yang betul dan tepat semasa bercakap dengan anak. Jangan menggunakan perkataan "jangan", "tak" etc yang negatif.
5.       Cara betulkan anak.
a.       Bagi ganjaran.
b.      Hukuman - duduk bilik gelap.
c.       Tunjuk rotan – bagi takut. Gantung rotan dirumah.
d.      Cubit - bagi sedikit kesakitan.
e.      Rotan

Sifat penting untuk diteladani dari cerita al-Fateh

-          Namakan anak dengan nama yang bererti/ada makna
-          Mencintai sejarah dan kisah-kisah pahlawan – Ceritakan pada anak kisah-kisah sejarah 15 minit sebelum tido
-          Ayah yang menunjukkan teladan
-          Latih bertanggungjawab. Al-Fateh menjadi gabenor ketika berumur 5 tahun dan 7 tahun.
-          Rotan – beri hukuman jika perlu
-          Belajar berdikari – Al-Fateh pertama kali menjadi sultan ketika berumur 12 tahun untuk belajar membuat keputusan.
-          Pastikan anak-anak ada motivasi
-          Visi yang jelas
-          Guru yang pakar
-          Diberi peluang


Selingan: Macam mana nak mempengaruhi orang lain (berdasarkan kisah nabi Yusof)
  1. Memastikan kita cakap apa yang kita rasa dan orang tahu kita layak mengatakannya (visual)
  2. Memastikan pendengar selesa ketika sedang berbual (kinestatik)
  3. Menyampaikan dengan baik dan tersusun (auditori)
  4.  Interaksi yang logikal (digital)
  5. Menghulurkan tangan membantu (kinestatik)
Selingan: Cabaran al-Fateh untuk membuka Constantinople
  1. Pertahanan darat - tembok yang tebal 2 lapis
  2. Pertahanan laut - Golden horn yang kebal
  3. Sejarah - Ramai sultan Ottomon yang gagal menawan Constantinople
  4. Serangan balas eropah - tentera salib
  5. Tentangan ulamak mengenai hadis akhir zaman
  6. Al-Fateh anak ketiga - tak dijangka menjadi pengganti sultan
Till then...

No comments:

Post a Comment