Sunday, March 22, 2015

"Ribut Pasir" Demonstrasi Angkatan Tentera Darat di Port Dickson

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pada hari sabtu yang lepas (7 Mac 2015), kami telah berkesempatan menyaksikan demonstrasi angkatan tentera darat (GGK dan PARA) di Port Dickson bersempena hari tentera darat yang ke 82. Demonstrasi ini dilakukan di Pantai Saujana, Batu 4 Jalan Port Dickson. Pengunjung yang menyaksikan acara ini amat ramai sehinggakan kami tidak dapat melihat dengan jelas demonstrasi yang dilakukan (duduk belakang-belakang nampak kepala orang ajela). Antara acara yang dipertunjukkan adalah teknik TTS, muzik, basic and advance shooting dan  yang paling best adalah demo menyelamatkan tebusan berdasarkan kejadian Lahad Datu.
TTK Demoo dari PARA (Google pic)
Sebenarnya kami hanya dapat melihat demo sahaja. Pertunjukan yang lain dihadang oleh kepala pengunjung yang amat ramai. Dalam demo perang yang dipertontonkan, sebanyak 3 cara penyusupan askar memasuki kawasan musuh diterangkan. Demo ini dilakukan oleh ahli GGK.

1. Penyusupan melalui laut dengan menggunakan helikopter (askar terjun ke dalam laut).

(Google pic)
2. Penyusupan melalui darat dengan menggunakan helikopter (askar turun menggunakan tali).
Berterbangan pasir keudara macam ribut pasir. Habis satu badan berpasir (Google pic)
3. Penyusupan melalui laut dengan menggunakan kapal terbang (askar dan bot laju diturunkan dari kapal terbang menggunakan payung terjun). Yang ni takde gambo.
Penceroboh (Google pic)
GGK dah ready (Google pic)
Tamat sudah

Till then...

Saturday, March 7, 2015

Mati Itu Pasti: Kisah Allahyarham Tok Andak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(Google pic)
Pada 15 Februari 2015, kami bersama ayah berkesempatan ke Taman Melati, Kuala Lumpur untuk mengucap takziah kepada keluarga bapa saudara ayah. Bapa saudara ayah meninggal dunia pada 13/14 Februari (terlupa tarikh sebenar) dan selamat dikebumikan pada hari Sabtu. Kami sampai pada waktu tengah hari dan terus ke rumah  isterinya, mengucap takziah, bertanya khabar dan berborak-borak sekejap. Isteri dan anak-anaknya menceritakan kisah hidup Allahyarham sehigga beliau meninggal dunia (al-Fatihah). Antaranya adalah:-
  1. Wajah Allahyarham sentiasa tersenyum selepas meninggal dunia seperti sedang tidur. Kami lihat sendiri gambar arwah dan memang wajahnya tersenyum. Dan lebih tersenyum selepas dimandikan dan dikafankan.
  2. Menurut cerita isteri dan anak arwah, mereka tidak dapat untuk memandikan jenazah arwah kerana ramainya orang yang nak memandikan.
  3. Orang yang menyembahyangkan dan mengiringi arwah ke kubur amat ramai. Isteri dan anak-anak arwahpun tidak kenal. Ada warga bangladesh dll.
Kami bertanya apa amalan arwah dan mereka menceritakannya. Antara amalan arwah adalah:-
  1. Arwah merupakan seorang tabligh dan beliau selalu ke surau untuk solat berjemaah. Rutin hariannya adalah bangun pada pukul 4 untuk tahajud dll.
  2. Beliau amat menghormati tetamu tidak kisah sesiapa pun. Kalau di surau, arwahlah yang melayan tetamu, menyediakan minum dll.
  3. Arwah suka memudahkan urusan orang lain. Arwah selalu menumpangkan orang yang berjalan kaki, selalu memberikan motornya kalau ada yang nak pinjam, bersedekah dll. Kalau arwah nak bagi pinjam motor, beliau akan bagi motor yang baru. Yang lama arwah akan pakai sendiri.
  4. Arwah suka mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga. Beliau suka berziarah dan bertanya khabar akan saudara-saudaranya.
  5. Arwah ada satu amalan yang amat jarang dilihat pada orang lain. Beliau suka mengutip barang-barang yang boleh membahayakan pengguna jalan raya seperti paku, kayu, besi dll dan membawanya pulang ke rumah dan dibuang dalam tong sampah.
  6. Beliau ada mengusahakan satu kebun dan hasilnya selalu disedekahkan (selalu juga hasilnya dicuri tapi arwah halalkan).
Moga Allah membalas segala amalan baiknya dengan syurga (degan rahmat Allah). Semoga kita boleh menjadikan amalan arwah satu panduan dan iktibar. Wallahu a'lam.

Till then...

Pengalaman Memandu Kenderaan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah beberapa tahun memandu kenderaan ni, terasa nak share beberapa perkara yang kami lihat segelintir rakyat Malaysia (ramai jugakla) suka buat semasa memandu. Ambil cermin, lihat diri sendiri, perbetulkan apa yang tidak betul. No hard feeling, just nasihat... 

1. Buang sampah

Segelintir rakyat malaysia suka sangat membunag sampah semasa memandu. Tak kirala sama ada melalui tingkap atau pintu (especially masa jammed). Berdasarkan pengalaman kami, kertas tisu, polisterin makanan dan plastik adalah object favorite yang selalu dibaling keluar dari kenderaan. Yang paling hardcore yang pernah kami alami adalah tin air minuman, pampers dan juga botol kaca (masa kat traffic light). Si pembuang tak pikirke orang lain kat belakang khususnya dan juga pencemaran alam umumnya. Ni adalah akhlak yang sepatutnya dijaga oleh orang Islam. Kenala jaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah. Rumah, kereta nak bersih tapi bumi Allah tak dijaga...
 
(Google pic)
2. Tak bagi signal

Inipun satu tabiat sesetengah rakyat Malaysia. Tak bagi signal ketika menukar laluan, memotong dan juga nak masuk simpang. Ingat kami ada kuasa telepati ke boleh tahu mereka nak ke mana dan nak buat apa. Perbuatan ini memang merbahaya terutamanya ketika menukar laluan dan memotong kenderaan. Silap hari bulan boleh eksiden (minta dijauhkanlah).
(Google pic)
3. Bawak slow tapi duduk lane paling kanan

Haa.. Species ni memang selalu jumpa terutamanya kat highway. Bawak kenderaan 80km/j tapi duduk dekat lane kanan sekali padahal lane kiri kosong aje. Kalau tengok kat highway 3 lane, yang bawak laju selalunya lane kiri, lane tengah untuk yang tak berapa laju dan yang slow kat lane kanan. Bukan kami marah mereka duduk di lane kanan, tapi bila ada kenderaan dibelakang mereka, mereka buat tak tau aje. Adakah duduk di lane kiri satu kesalahan ke? Menjatuhkan maruah ke? Rasa terhina ke? Kalau kat jalan single lane, ada juga yang maintain dekat lane kanan masa kat lorong memotong. Tak mau juga ke lane kiri padahal kenderaan kat belakang dah panjang berjela dan lane kiri tu molek aje. Terpaksala orang potong guna lane kiri. Tak taula kenapa ada pemandu yang kurang adab seperti ini. Kalau kita mudahkan urusan orang kan bagus.
(Google pic)
4. Potong barisan

Ni satu lagi sikap minoriti pemandu di Malaysia. Tidak sabar menunggu padahal semua orang yang beratur pun menunggu jugak. Kalau betul-betul emergencies takpala, tapi takkanla ramai sangat. Contohnya guna lane kecemasan masa kat highway, melambak-lambak yang buat. Tak tau apa yang dikejar. Ni tak kira lagi yang potong queue masa nak bayar tol, masa kat traffic light, masa eksiden dan ain-lain lagi. Kami percaya ramai yang pernah megalami peristiwa macam ini. Apa yang penting adalah bersabar. Moga Allah membalas kesabaran kita dengan kebaikan.
(Google pic)
Till then...

BOH Tea Plantation Sungai Palas, Cameron Highland

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

BOH Tea Plantation Sungai Palas (click sini) merupakan salah satu main attraction yang ada di Cameron Highland. Simpang masuknya agak tersembunyi dan kami terlepas sekali simpangnya. Jalannya pula agak berbahaya kerana penuh dengan selekoh tajam dan kebanyakan jalannya hanya muat satu kereta. Walaubagaimanapun ada beberapa kawasan yang menyediakan tempat untuk berselisih kenderaan. Adalah dinasihatkan untuk membunyikan hon disetiap selekoh bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pandu kenderaan dengan perlahan dan cermat.
Ni simpang masuk BOH Tea Plantation Sungai Palas, sama jalan dengan Gunung Brinchang (pic google)
Berkabus aje lat sini...
Kena menapak jauh dari tempat parking..bangunan tu tempat minum-minum...

Kabus tebal...
Sudah sampai...
Unik design ni. Kagum sekejap...
Jumpa ulat bulu. Sebesar ibu jari...
Cantik kan...
Pekerja tengah memetik daun teh...
Kat sini memang lagi cantik dari Bharat. Tapi the drawback adalah tempat parking yang jauh (parking kat atas memang selalu penuh) dan jalannya yang merbahaya.

Till then...

"Biar" - Warkah Untuk Ayah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



BIAR

Mata tua yang memandang aku itu--
bundar,
pudar.

Dia tak mau bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya,
'biar',
katanya 'biar'.

Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar dan renungkan mataku yang melaut--
khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut.

Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu--
akukan lemahkan,
perikan penatmu,
kisahkan jerihmu.
aku mau tau.

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum,
senyum.

Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan--
'biar',
katanya 'biar'.

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali,
izinkan aku menumpangkan bahu,
berikan aku seperca dari beban kamu.

Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini,
melompat tinggi--
setiapnya kerna kau tak pernah pergi.

Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari,
kau bagaikan tak peduli,
ku biar kau patah hati.

Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama,
makan tak mahu semeja,
sahabat lebih berharga.

Apa mampu kau sudikan ampun maaf ku sujudkan,
bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan.

Apa layak aku bagi,
tak terbalas sampai mati.

Kau sungguh yang paling tinggi,
istana mu syurga nanti.



Pertama kali mendengar lagu ini terasa bait-bait liriknya menusuk kalbu. Kena dengan jalan cerita kami, apa yang kami buat semasa remaja, sebelum matang. Allah... Sebak hati ini bila terkenang semula kisah-kisah dahulu. Ayah ibu, ampunkan anakmu ini. Sesungguhnya banyak khilaf kami terhadapmu. Banyak dan besarnya pengorbananmu membesarkan anak-anakmu ini. Moga Allah menbalas semua itu dengan Syurga...

Till then...

Sunday, March 1, 2015

Agro-Technology Park MARDI, Cameron Highland

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Agro-Technology Park ini (click sini) terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Kawasan seluas 42 hektar ini terbahagi kepada banyak kawasan contohnya kawasan ros, orkid, buah-buahan, bunga-bungaan, herba, penyelidikan etc. Tempat ini antara main attraction di Cameron Highland. Kalau boleh datang pagi dan ambil masa 2-3 jam melawat kawasan yang ada. Rajin-rajin bertanya dengan pegawai yang ada. Ada pegawai yang ajar kami bertani tanpa tanah menggunakan botol air mineral. Lepas tu ada pegawai yang memberi benih labu dinosour (labunya sebesar setengah kereta sorong tanah). Tapi kami tanam tak menjadi pula. Hidup sekejap lepas itu layu dan mati.

Fee: Dewasa RM5, budak-budak RM3
Hari Isnin tutup kecuali public holiday dan cuti sekolah

Pintu masuk. collect fee
Tengok anak sungai dulu...
Taman bunga
Sejuk mata memandang
Ladang teh. Katanya kat atas tu ada spa/urut untuk slip disc. Salah sorang pelawat cakap...
Kilang memproses daun teh...
Pokok epal. Kata pegawai yang kena direct cahaya matahari masam rasanya. Yang duduk bawah shade manis...
Banayk lagi nak lawatni..ponat jang...
Labu air gergasi. beso betul...
Taman dapur. Banyak betul pokok-pokok untuk memasak...
Cantik...

Jumpa lagi...
Till then...

Lavendar Garden, Cameron Highland

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Lavendar Garden (click sini) terletak di Tringkap, Cameron Highland. Apa ada kat sini? Jawapannya pokok lavendarlah. Tapi sebenarnya macam-macam ada kat sini. Ada pokok bunga mainly lavendar, daisy, strawberrypun ada, sarang madu kelulut etc. Tempat yang cantik untuk mata memandang. Very recomended untuk sesiapa yang suka bunga datang ke sini.
Lavendar Garden
Pokok lavendar
Posto-posto
Jom jalan
Taman bunga
Tingkat 2
Sarang lebah kelulut rasanya
View dari puncak
Bunga lagi kat tingkat dua
Strawberry pun ada
Till then...