Saturday, March 7, 2015

"Biar" - Warkah Untuk Ayah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



BIAR

Mata tua yang memandang aku itu--
bundar,
pudar.

Dia tak mau bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya,
'biar',
katanya 'biar'.

Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar dan renungkan mataku yang melaut--
khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut.

Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu--
akukan lemahkan,
perikan penatmu,
kisahkan jerihmu.
aku mau tau.

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum,
senyum.

Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan--
'biar',
katanya 'biar'.

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali,
izinkan aku menumpangkan bahu,
berikan aku seperca dari beban kamu.

Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini,
melompat tinggi--
setiapnya kerna kau tak pernah pergi.

Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari,
kau bagaikan tak peduli,
ku biar kau patah hati.

Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama,
makan tak mahu semeja,
sahabat lebih berharga.

Apa mampu kau sudikan ampun maaf ku sujudkan,
bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan.

Apa layak aku bagi,
tak terbalas sampai mati.

Kau sungguh yang paling tinggi,
istana mu syurga nanti.



Pertama kali mendengar lagu ini terasa bait-bait liriknya menusuk kalbu. Kena dengan jalan cerita kami, apa yang kami buat semasa remaja, sebelum matang. Allah... Sebak hati ini bila terkenang semula kisah-kisah dahulu. Ayah ibu, ampunkan anakmu ini. Sesungguhnya banyak khilaf kami terhadapmu. Banyak dan besarnya pengorbananmu membesarkan anak-anakmu ini. Moga Allah menbalas semua itu dengan Syurga...

Till then...

No comments:

Post a Comment