Saturday, March 7, 2015

BOH Tea Plantation Sungai Palas, Cameron Highland

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

BOH Tea Plantation Sungai Palas (click sini) merupakan salah satu main attraction yang ada di Cameron Highland. Simpang masuknya agak tersembunyi dan kami terlepas sekali simpangnya. Jalannya pula agak berbahaya kerana penuh dengan selekoh tajam dan kebanyakan jalannya hanya muat satu kereta. Walaubagaimanapun ada beberapa kawasan yang menyediakan tempat untuk berselisih kenderaan. Adalah dinasihatkan untuk membunyikan hon disetiap selekoh bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pandu kenderaan dengan perlahan dan cermat.
Ni simpang masuk BOH Tea Plantation Sungai Palas, sama jalan dengan Gunung Brinchang (pic google)
Berkabus aje lat sini...
Kena menapak jauh dari tempat parking..bangunan tu tempat minum-minum...

Kabus tebal...
Sudah sampai...
Unik design ni. Kagum sekejap...
Jumpa ulat bulu. Sebesar ibu jari...
Cantik kan...
Pekerja tengah memetik daun teh...
Kat sini memang lagi cantik dari Bharat. Tapi the drawback adalah tempat parking yang jauh (parking kat atas memang selalu penuh) dan jalannya yang merbahaya.

Till then...

No comments:

Post a Comment