Saturday, March 7, 2015

Mati Itu Pasti: Kisah Allahyarham Tok Andak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(Google pic)
Pada 15 Februari 2015, kami bersama ayah berkesempatan ke Taman Melati, Kuala Lumpur untuk mengucap takziah kepada keluarga bapa saudara ayah. Bapa saudara ayah meninggal dunia pada 13/14 Februari (terlupa tarikh sebenar) dan selamat dikebumikan pada hari Sabtu. Kami sampai pada waktu tengah hari dan terus ke rumah  isterinya, mengucap takziah, bertanya khabar dan berborak-borak sekejap. Isteri dan anak-anaknya menceritakan kisah hidup Allahyarham sehigga beliau meninggal dunia (al-Fatihah). Antaranya adalah:-
  1. Wajah Allahyarham sentiasa tersenyum selepas meninggal dunia seperti sedang tidur. Kami lihat sendiri gambar arwah dan memang wajahnya tersenyum. Dan lebih tersenyum selepas dimandikan dan dikafankan.
  2. Menurut cerita isteri dan anak arwah, mereka tidak dapat untuk memandikan jenazah arwah kerana ramainya orang yang nak memandikan.
  3. Orang yang menyembahyangkan dan mengiringi arwah ke kubur amat ramai. Isteri dan anak-anak arwahpun tidak kenal. Ada warga bangladesh dll.
Kami bertanya apa amalan arwah dan mereka menceritakannya. Antara amalan arwah adalah:-
  1. Arwah merupakan seorang tabligh dan beliau selalu ke surau untuk solat berjemaah. Rutin hariannya adalah bangun pada pukul 4 untuk tahajud dll.
  2. Beliau amat menghormati tetamu tidak kisah sesiapa pun. Kalau di surau, arwahlah yang melayan tetamu, menyediakan minum dll.
  3. Arwah suka memudahkan urusan orang lain. Arwah selalu menumpangkan orang yang berjalan kaki, selalu memberikan motornya kalau ada yang nak pinjam, bersedekah dll. Kalau arwah nak bagi pinjam motor, beliau akan bagi motor yang baru. Yang lama arwah akan pakai sendiri.
  4. Arwah suka mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga. Beliau suka berziarah dan bertanya khabar akan saudara-saudaranya.
  5. Arwah ada satu amalan yang amat jarang dilihat pada orang lain. Beliau suka mengutip barang-barang yang boleh membahayakan pengguna jalan raya seperti paku, kayu, besi dll dan membawanya pulang ke rumah dan dibuang dalam tong sampah.
  6. Beliau ada mengusahakan satu kebun dan hasilnya selalu disedekahkan (selalu juga hasilnya dicuri tapi arwah halalkan).
Moga Allah membalas segala amalan baiknya dengan syurga (degan rahmat Allah). Semoga kita boleh menjadikan amalan arwah satu panduan dan iktibar. Wallahu a'lam.

Till then...

No comments:

Post a Comment