Saturday, March 7, 2015

Pengalaman Memandu Kenderaan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah beberapa tahun memandu kenderaan ni, terasa nak share beberapa perkara yang kami lihat segelintir rakyat Malaysia (ramai jugakla) suka buat semasa memandu. Ambil cermin, lihat diri sendiri, perbetulkan apa yang tidak betul. No hard feeling, just nasihat... 

1. Buang sampah

Segelintir rakyat malaysia suka sangat membunag sampah semasa memandu. Tak kirala sama ada melalui tingkap atau pintu (especially masa jammed). Berdasarkan pengalaman kami, kertas tisu, polisterin makanan dan plastik adalah object favorite yang selalu dibaling keluar dari kenderaan. Yang paling hardcore yang pernah kami alami adalah tin air minuman, pampers dan juga botol kaca (masa kat traffic light). Si pembuang tak pikirke orang lain kat belakang khususnya dan juga pencemaran alam umumnya. Ni adalah akhlak yang sepatutnya dijaga oleh orang Islam. Kenala jaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah. Rumah, kereta nak bersih tapi bumi Allah tak dijaga...
 
(Google pic)
2. Tak bagi signal

Inipun satu tabiat sesetengah rakyat Malaysia. Tak bagi signal ketika menukar laluan, memotong dan juga nak masuk simpang. Ingat kami ada kuasa telepati ke boleh tahu mereka nak ke mana dan nak buat apa. Perbuatan ini memang merbahaya terutamanya ketika menukar laluan dan memotong kenderaan. Silap hari bulan boleh eksiden (minta dijauhkanlah).
(Google pic)
3. Bawak slow tapi duduk lane paling kanan

Haa.. Species ni memang selalu jumpa terutamanya kat highway. Bawak kenderaan 80km/j tapi duduk dekat lane kanan sekali padahal lane kiri kosong aje. Kalau tengok kat highway 3 lane, yang bawak laju selalunya lane kiri, lane tengah untuk yang tak berapa laju dan yang slow kat lane kanan. Bukan kami marah mereka duduk di lane kanan, tapi bila ada kenderaan dibelakang mereka, mereka buat tak tau aje. Adakah duduk di lane kiri satu kesalahan ke? Menjatuhkan maruah ke? Rasa terhina ke? Kalau kat jalan single lane, ada juga yang maintain dekat lane kanan masa kat lorong memotong. Tak mau juga ke lane kiri padahal kenderaan kat belakang dah panjang berjela dan lane kiri tu molek aje. Terpaksala orang potong guna lane kiri. Tak taula kenapa ada pemandu yang kurang adab seperti ini. Kalau kita mudahkan urusan orang kan bagus.
(Google pic)
4. Potong barisan

Ni satu lagi sikap minoriti pemandu di Malaysia. Tidak sabar menunggu padahal semua orang yang beratur pun menunggu jugak. Kalau betul-betul emergencies takpala, tapi takkanla ramai sangat. Contohnya guna lane kecemasan masa kat highway, melambak-lambak yang buat. Tak tau apa yang dikejar. Ni tak kira lagi yang potong queue masa nak bayar tol, masa kat traffic light, masa eksiden dan ain-lain lagi. Kami percaya ramai yang pernah megalami peristiwa macam ini. Apa yang penting adalah bersabar. Moga Allah membalas kesabaran kita dengan kebaikan.
(Google pic)
Till then...

No comments:

Post a Comment