Sunday, March 22, 2015

"Ribut Pasir" Demonstrasi Angkatan Tentera Darat di Port Dickson

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pada hari sabtu yang lepas (7 Mac 2015), kami telah berkesempatan menyaksikan demonstrasi angkatan tentera darat (GGK dan PARA) di Port Dickson bersempena hari tentera darat yang ke 82. Demonstrasi ini dilakukan di Pantai Saujana, Batu 4 Jalan Port Dickson. Pengunjung yang menyaksikan acara ini amat ramai sehinggakan kami tidak dapat melihat dengan jelas demonstrasi yang dilakukan (duduk belakang-belakang nampak kepala orang ajela). Antara acara yang dipertunjukkan adalah teknik TTS, muzik, basic and advance shooting dan  yang paling best adalah demo menyelamatkan tebusan berdasarkan kejadian Lahad Datu.
TTK Demoo dari PARA (Google pic)
Sebenarnya kami hanya dapat melihat demo sahaja. Pertunjukan yang lain dihadang oleh kepala pengunjung yang amat ramai. Dalam demo perang yang dipertontonkan, sebanyak 3 cara penyusupan askar memasuki kawasan musuh diterangkan. Demo ini dilakukan oleh ahli GGK.

1. Penyusupan melalui laut dengan menggunakan helikopter (askar terjun ke dalam laut).

(Google pic)
2. Penyusupan melalui darat dengan menggunakan helikopter (askar turun menggunakan tali).
Berterbangan pasir keudara macam ribut pasir. Habis satu badan berpasir (Google pic)
3. Penyusupan melalui laut dengan menggunakan kapal terbang (askar dan bot laju diturunkan dari kapal terbang menggunakan payung terjun). Yang ni takde gambo.
Penceroboh (Google pic)
GGK dah ready (Google pic)
Tamat sudah

Till then...

No comments:

Post a Comment