Monday, August 24, 2015

Hot Air Ballon Putrajaya 2015

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Entry lapuk. Baru nak pos, haha..

Kejadian berlaku pada 14 Mac 2015. Memang dah plan nak pegi tengok belon udara panas kat sini pada tahun ni. Tiap-tiap tahun ada pertunjukan ni, just google ajela. So selepas subuh kami pun bergerak menuju ke destinasi. Kena sampai awal kalau nak tegok upacara pelepasan belon ni. Kalau datang lambat dapat tengok yang dah terbang ajela..Dalam pukul 7:40 pagi dia orang dah lepaskan belon ni satu persatu. BTW petang pun ada jugak pertunjukan yang sama, cuma panas ajela. Tak larat kami panas-panas ni bawak budak kecik.
Cahaya fajar menyinsing jam 7 pagi. Dah sampai Bandar Enstek dari PD mase ni...
Dalam pukul 7:45 kami sampai. Dah ada satu belon dah terbang. Cepat-cepat parking dan terus ke padang menempatkan belon-belon. Parking masih banyak mase ni, jap lagi mesti penuh. Jom layan gambar yang kami tangkap...
1st belon. Amik gambar mase jalan dari parking ke padang
Belum sampai padang dah 2 biji belon yang naik. Kena cepat sikit berjalan.
Belon ketiga dah terbang. Cepat benor dilepaskan.
Sempat sampai sebelum belon keempat dilepaskan. Orang dah ramai masa ni tapi masih dapat tengok dengan jelas.
Belon dari Malaysia. Kedah Darul Aman up up away...
Muka Umar yang takut dengo bunyi api belon tu, hahahaha...
Abang Wafiy excited tengok belon...
Lepas habis semua belon tu dilepaskan, kami pusing-pusing kawasan sekitar tu. Ada medan makan (ramai orang, penuh), monumen ape ntah, tempat main bubble, ada helikopter (sape nak naik kena bayarla, naik dalam 5 minit aje) dll. Lepas habis pusing-pusing, kami bergerak ke Masjid Putrajaya. Dah bertahun duduk kat PD, ni la 1st time ke masjid ni. Tu pun sebab bawak adik pegi..
Adik dan Masjid Putrajaya
Cantik pemandangan kat sini...
Bagus, ada tempat latihan taekwando...
Ok, lepas tu kami balik semula ke PD.

Till then...

No comments:

Post a Comment