Monday, September 21, 2015

KELAHIRAN PUTERI BONGSU

                                                     بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dikurniakan nikmat iman, islam, akal dan nyawa sehingga ke hari ini. Pada 26hb Ogos 2015 yang lalu, bertambah lagi keluarga kecil kami dengan kehadiran seorang puteri yang merupakan anak ketiga kami. Alhamdulillah syukur, hari ini merupakan hari ke 27 proses berpantang. Kali ini saya berpantang sendiri dan suami yang banyak membantu dalam menguruskan kerja-kerja rumah, anak-anak, dan lain-lain. Terima kasih encik suami. Jasamu amat ku hargai.

Kebetulan, 25hb Ogos 2015 adalah hari lahir anak pertama kami, iaitu Wafiy yang ke 5 tahun. Sempat jugalah saya bertungkus lumus buatkan majlis harijadi yang serba ringkas dan panggil rakan-rakan sekolahnya.
kek yang saya buat untuk wafiy. simple je. sebab dah start sakit

kawan sekolah Wafiy, guru dan beberapa orang jiran

Beberapa makanan ringan dan goodies untuk rakan-rakan Wafiy dan Umar
Pada malam hari, saya telah dihantar ke Hospital Port Dickson, manakala Wafiy dan Umar pula tidur di rumah jiran (Kak Ita). Alhamdulillah, Pada pukul 10.35am saya telah selamat melahirkan anak perempuan pertama kami, yang telah di beri nama Siti Sarah Humaira, dengan berat 3.29kg. 
Gambar beberapa jam setelah melihat dunia. Masa ni masih menggigil lagi badan sebab keletihan
Tapak kaki Siti Sarah Humaira

Alhamdulillah proses melahirkan anak yang ke 3 ini berjalan dengan lancar, sakit yang tak berapa lama, nurse-nurse yang sambut baik, jahitan pun tak banyak. Kuning Sarah pun tak tinggi dan hanya 4 kali sahaja pergi ke klinik untuk ambil sample darah. Alhamdulillah. Semoga menjadi anak yang solehah, beriman dan bertakwa kepadaAllah.. amin.

No comments:

Post a Comment