Thursday, October 6, 2016

Kelahiran anak no 3 kami

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, diberi peluang untuk menulis sedikit cerita tentang anak yang no 3. Dia pun dah setahun, baru dapat nak menulis di sini.

Tanggal 25 Ogos, 2015 merupakan hari ulang tahun yang ke 5 Wafiy (anak pertama kami. Dalam masa yang sama saya sedang sarat mengandungkan anak ke 3. jadi, saya bercadang untuk sambut dengan memanggil kawan-kawan dan guru sekolah Pasti wafiy dan Umar. Dapatlah saya siapkan sebiji kek, makanan ringan dan goodies untuk anak-anak Pasti.


Sambut birthday Wafiy walaupun dah rasa sakit-sakit nak bersalin



Makanan yang di sediakan untuk jamuan

kek ni rasanya buat waktu pagi. Buat simple2 je


Selepas habis jamuan, saya dah start rasa sakit. So, saya kemas-kemas rumah, dan berehat. Malam tu, suami ajak keluar makan di KFC untuk sambut birthday Wafiy sekeluarga. Dalam masa yang sama, saya pergi ke klinik untuk tanya kot2 la diorg boleh cek bukaan jalan. Tapi malangnya klinik swasta x boleh cek. So, masa makan tu, memang dah agak kerap sakit. Memandangkan kali ni sy mahu berpantang sendiri, so sy bincang dengan suami untu ke hospital malam tu jugak, dan anak-anak kami tumpangkan di rumah jiran (kak Ita). takut-takut sakit kuat malam tu, dan menyusahkan orang lain untuk kejut anak. 

Bila dah sampai di hospital, saya terus ditahan sebab memang dah ada kontraksi dan jalan dah buka tapi sedikit je. 1 malam tak boleh tido sebab sakit

26 Ogos 2015
Pukul 7 am saya ditolak ke labour room. Masa ni Suami dah sampai ke hospital, menunggu di luar. 

Tepat pukul 10.35am lahirlah seorang mujahidah comel kami seberat 3.29kg ( dia paling berat berbanding abang-abangnya). Alhamdulillah proses melahirkan dia mudah dengan dibantu dengan nurse yang baik-baik dan disaksikan oleh suami sendiri. Maka, dapatlah beliau lahir sebelah tarikh abang Wafiy. Dengan itu, suami, Wafiy dan Umar cuti kerja dan sekolah sebab sambut baby baru.. Suami bawak anak-anak datang melawat baby baru waktu tengahari, masing-masing menyengih dapat baby baru. Siap mintak  makanan ummi dengan air kotak lagi. budak-budak, biasalah kan.. 



cop tapak kaki Sarah Humaira
Selepas 7 hari berbincang, maka, abi nya telah memberi nama SITI SARAH  untuk anak ke 3 kami.. alhamdulillah, syukur semua selamat.
Gambar selepas 1 jam dilahirkan
                                       
Semoga menjadi anak solehah umi dan abi ye sarah humaira.

Amin..                   

#bila dah post entri ni, baru perasan dah ada post yang sama rupanya. takpela Sarah, ummi ni dah pelupa. Punya la exiated, tulis sampai 2 kali benda yang sama. xpelah Sarah, Baca je lah ye nanti.. hihi.                                      

Friday, September 30, 2016

TIPS KEKALKAN RUMAH BERSIH WALAUPUN ADA ANAK KECIL

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم\


Memandangkan anak kami dah bertambah lg sorang, jadinya tugas sebagai suri rumah pun dah semakin bertambah. Macam biasa la, isu mengemas rumah ni isu hot bila ada anak-anak kecil. mana taknya, kita mengemas, dia pun mengemas. Sabar tak sabar jela melayan karenah anak-anak. Di sini saya akan share beberapa tips untuk kekal kan rumah bersih, paling kurang, rumah kita takdela rupa tongkang pecah sangat. Sebab sebelum ni, saya amat letih mengemas rumah yang tak berkesudahan tu. Bila dah lama2, buka blog2 mat saleh, bayak rupanya dia ajar. Blog2 dr orang kita byk jugak. tak sangka, nk mengemas rumah pn kena ada skill atau tips, baru kerja kita tip top.
Ok la, xmau tulis panjang2. Ni antara tips2 yang terlintas dekat minda sekarang ni.

1. Bangun tidur, terus kemas bilik dan katil

Bila kita bangun dari tidur, terus kita kemas tempat tidur kita. Lipat selimut, susun bantal, tegangkan cadar. kalau ada yang nak di basuh, tanggalkan terus cadar. Kot la ada pakaian kotor dalam bilik, terus campak dalam bakul baju kotor atau mesin basuh. Untuk anak-anak, kita ajar dia tegangkan cadar, susun bantal, ajar dia lipat selimut,kemas mainan2 kalau ada yang berterabur. Walaupun takdela sekemas yang kita buat, sekurang2nya, dia tahu tanggung jawab mengemas bilik sendiri.

2. Kemas kawasan memasak selepas memasak

Dapur atau kawasan memasak adalah tempat yang paling menyakitkn mata kalau bersepah. Sinki penuh dengan pinggan mangkuk, bekas2 minyak yang melekat di dinding, macam2 lagi. tak payah cerita, dh boleh bayang macam mana keadaan dapur. jadikan rutin, bila memasak, terus la mengemas kawasan kita berperang tu. Sambil2 memasak tu, boleh la basuh2 pinggan mangkuk yang ada dalam sinki. Botol2 garam, kunyit, kicap yang kita dah gunakan tu, lap dulu sebelum simpan di tempatnya semula. so, xde la berkerak sangat kita punya bekas2 tu. Sebab setiap kali guna, kita terus lap dan simpan.

3. Kemas meja makan lepas siap makan

Ok.Bab ni, kalau boleh kena ada kerjasama antara keluarga. Setiap lepas makan, pastikan meja dan kawasan tempat makan dikemas. Untuk anak-anak, suruh mereka angkat pinggan dan letak dalam sinki. kalau yang dh besar sikit, suruh mereka basuh pinggan sendiri. Isteri basuh pinggan, suami kemas atas meja, simpan lauk2, lap atas meja, sapu. kalau lantai berterabur, pastikan mop atau lap. Lap periuk2 yang dah dibasu, terus simpan di tempat asal. kalau boleh, sampah buang sebelum tidur. kalai saya, petang saya dh buang. so, bila dh clear, hati pun tenang. kira kantin dh tutup la ni. jangan gatai2 nk pi mkn larut malam. menganuk hantu kak limah karang. hihi..

4. Mandi sambil cuci bilik air

Rumah kami punya mozek dinding warna putih, lantai warna kelabu. Konon2 sangat nak acah2 eksklusif. sekali seminggu xbasuh, sakit mata menegoknye. Kadang-kadang kita tak banyak masa sangat nk mencuci bilik air. So, amek masa sikit time mandi tu, sental2 sikit lantai, dinding. lagi2 part2 yang mudah kotor tu. So, bila kita ada masa yang sesuai atau mood mencuci tu datang, takdela makan masa sangat kita nak menyental kotoran tu. anggap jela tu 1 senaman. hihi.. takpun, bila hari cuti sekolah, suruh anak2 basuh bilik air tu. yang penting ajar cara mcam mana nk berus lantai dengan betul. Kalau toilet pula, lepas membuang tu, ringan2kan la tangan berus2 mana yang patut. Supaya ia tak terlalu kotor. Lagi2 kalau tiba-tiba ada org nk dtg rumah secara mengejut. kalau jarang cuci, hamek kau..

5. Hadkan kawasan bermain anak-anak

Mainan kecik-kecik, lego kalau terpijak, mau menangis. sakit woo.. Kalau tak bagi anak-anak main, macam kejam pulak kan. So, hadkan kawasan tempat diorg bermain. Rumah kami takde la besar mana. so, kalau diorg main di ruang tamu, bukak pintu depan terus nampak bersepah. so, saya selalu suruh diorg main dalam bilik. On kan kipas, buka tingkap, so diorg akan main dalam tu. Tapi selalunya memang akan sampai ke depan pun, dan saya kadang2 pejam mata jela. takdela nak straight sgt. cuma kadang-kadang, ingatkn diorg supaya main dalam bilik jela. kalau kt rumah ada khemah kanak2, atau pool ke, suruh diorg main dalam tu je. senang nak kemas.

6. Ajar anak mengemas selepas guna barang atau guna mainan

Untuk anak-anak 4-6 tahun (sebab time ni wafiy dengan umar 4 dan 6 tahun), kita dah kena ajar mereka rasa tanggung jawab. Ajar anak-anak kemas mainan selepas bermain. Contoh, ada 3-4 masa yang saya akan pastikan anak2 kemas mainan diorang. sebelum pergi sekolah, sebelum tidur malam dan sebelum main petang di laman. kadang-kadang kalau nkak keluar rumah, memang suruh diorg kemas mainan. Guna la teknik apa pun untuk ajar mereka ada rasa tanggung jawab.

Selalu ingatkan anak2 untuk simpan semula barang2 yang dah digunakan ke tempat asal.walaupun sehari banyak kali di ingatkn, memang kadang2 diorg buat xreti je, jagan putus asa. Lama2 dia sendiri hafal dialog kita. Contohnya, lepas balik sekolah, simpan beg, tukar baju, baju ltak dalam bakul. lepas siap kerja sekolah, terus simpan buku. Memang kena remind selalu. Tapi beza anak lelaki dan ank perempuan ya. Anak lelaki ni kena bagi arahan 1 by 1. kalau bg serentak, dia xleh nak hadam arahan kita. Sudahnya dia xbuat 1 apa pun. 

Menyapu dan mengemas 2 hari sekali

Kemas dan sapu rumah waktu siang hari (tengahari atau pagi) dan sebelum tidur. Kalau sebelum tidur tu, sapu lebih kurang pn takpe. Just nak pastikan takde serpihan makanan yang bersepah, barang2 yang bersepah. So, bila bangun pagi, hati kita lapang tengok rumah bersih. Kalau mengemas tengahri ni, boleh la menyapu sambil lap2 almari, perhiasan2 supaya kekal bersih.

Pastikan rumah bersih sebelum tidur

Sebelum tidur malam, kita pastikan mainan anak2 sudah disimpan, bilik anak2 dah bersih, lantai dah bersapu, dapur pun dah clear, pastikan sinki bersih, meja makan pun bersih, kalau boleh sampah dah di buang, atau paling kurang tong sampah dah bertutup. kena jadikan sebagai rutin. so, bila nak mulakan kn rutin harian, kita tak rase serabut sangat tengok rumah bersepah

Lipat baju selepas kering

Baju merupakan penyumbang utama rumah nampak bersepah. so, kna jadikan rutin lipat baju setiap hari. Bab ni kena gigih sikit la. kena paksa diri sikit. Sebab kalau saya pun, malsanya la nak melipat baju. Tapi bila paksa diri, rumah nampak kemas, so, dah takde masalah sangat kain baju berlonggok.

sekian dulu tips2 dari saya. Tips ni lebih sesuai pada surirumah sepenuh masa. Untuk yang bekeja mungkin boleh share lain kali. sebab semenjak jadi umi ni, memang tak pernah bekerja pun. so, tak tau nak bagi tips apa. Dan tips ni, mungkin masih sesuai untuk anak2 yang dah boleh dengar arahan sikit, bantu kita sikit2. kalau kita latih mereka dari kecil, insyaAllah, x susah bagi mereka untuk ringan tulang bantu kita nanti.



Till then.. 
wassalam.. 
#UMMIANAK3#

Saturday, June 25, 2016

Pahang: Sepagi di Taman Gelora, Kuantan

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, kami berkesempatan berkunjung ke taman ini suatu ketika dulu. Taman ini terletak di Kuantan, berhampiran Kampung Tanjung Api, bersebelahan dengan Padang Golf Diraja Pahang. Anak-anak suka ke sini sebab ada playground. Aku pulak suka melihat keindahan yang ada di sini.
Suka dapat main kat playground
Main puas-puas
Stage ke ni?
Okay, jom jalan...

Cantik tempat ni
Suka tengok
Jalan lagi

Ada tasik kat tegah-tengah taman
Muka anak-anak yang kepenatan
Kita rehat kejap
Sejuk mata memandang

Jambatan gantung
Jalan lagi
Banyak ikan dalan tasik tu. Besar-besar.
Jalan mana nak pilih???
Till then...

Pahang: Sepetang di Sungai Kuantan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Bawak anak-anak berjalan suatu ketika dulu....
Kuantan
Suka budak-budak ni di bawak berjalan

Main kat playground
Merenung sungai

Tunggu bot lalu
Muka orang nak yang tengah kelaparan

Perut dah kenyang, jom balik...
Till then...

Saturday, April 16, 2016

Perak: Marina Island Pangkor Resort & Hotel

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kami diberi kesempatan untuk menginap di hotel in pada tahun lepas. Hotel ini terletak berselebahan jeti ke Pulau Panogkor di Marina Island. Hotel ini ada 2 blok, mungkin satu resort dan satu lagi hotel. Mula-mula kami tersalah masuk blok dan di minta untuk ke blok yang bersebelahan.
Lobi hotel
Bilik kami, macam apartment satu bilik. Ada ruang tamu, pantry dan bilik.
Bilik air, ada bathtub.
Balkoni mengadap jeti Pulau Pangkor
Yang hujung tu Jeti ke Pulau Pangkor
Sebelah kiri ada shipyard rasanya...
Kolam renang, tak sempat mandi kat sini...
Sebelah kolam renang
Overall, ok lah stay kat sini untuk satu malam. Bilik best, ada bathtub, ada balkoni dan lain-lain. View just nice especially kat area belakang.

Till then...

Thursday, April 14, 2016

Perak: Taman Rekreasi Gunung Lang, Mungkin Dilupakan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Taman Gunung Lang terletak di Ipoh, Perak. Kami berkesempatan berkunjung ke sini semasa menghadiri program tahunan perlawanan bowling di Manjung. Taman ini agak unik kerana menggunakan jalan air untuk ke sana. Maybe ada jalan darat tapi untuk staff.
Air terjun buatan. Ramai orang ambil gambar kat bawah ni.
Naik bot untuk ke taman. Tamannya kat hujung sebelah sana.

Tiket naik bot berharga RM1.50. Murah kan.
Kami sampai ke sini dalam pukul 8:30 pagi, hari Ahad. Masa ni tak ramai orang. Naik bot pun tak penuh. Tapi dalam pukul 10, ramai betul orang yang beratur nak ke taman ni. So kalau nak ke mari, datangla pagi-pagi. Kami bersarapan kat sini sambil melihat orang ramai berasak-asak untuk menaiki bot.
Dari puncak menara. Ada dua buah menara tinjau kat sini.
Salah satu menara tinjau yang ada
Kat taman...
Menara tinjau yang lagi satu
Pemandangan dari menara tinjau pertama.
Overall agak berbaloi ke sini. Lain dari yang lain. Walau bagaimanapun banyak pokok yang sudah mati, nampak kurang terurus, lebih-lebih lagi dibahagian belakang.

Till then...

Wednesday, April 13, 2016

Perak: Tasik Taiping, Tasik yang Mendamaikan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Menjejakkan kaki ke sini tahun lepas. Tasik yang mendamaikan...

Gembira Umar naik perahu
Tenang

Orang biase ambil gambar kat bawah pokok ni. Especially gambo kawin.
Macam ni...
Air yang tenang bersama.
Mirror lake. Kat Malaysia pun ado...
Till then...

Sunday, January 10, 2016

N. Sembilan: Sunset Di Medan Ikan Bakar Port Dickson


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tahun 2015 baru sahaja meninggalkan kita. Selamat datang tahun 2016. Berkurang lagi umur kita selama setahun. Moga tahun ini akan menambahkan lagi iman dan amal kita.

Just nak share sunset kat PD, gambar di ambil oleh adik....



Till then...