Thursday, April 14, 2016

Perak: Taman Rekreasi Gunung Lang, Mungkin Dilupakan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Taman Gunung Lang terletak di Ipoh, Perak. Kami berkesempatan berkunjung ke sini semasa menghadiri program tahunan perlawanan bowling di Manjung. Taman ini agak unik kerana menggunakan jalan air untuk ke sana. Maybe ada jalan darat tapi untuk staff.
Air terjun buatan. Ramai orang ambil gambar kat bawah ni.
Naik bot untuk ke taman. Tamannya kat hujung sebelah sana.

Tiket naik bot berharga RM1.50. Murah kan.
Kami sampai ke sini dalam pukul 8:30 pagi, hari Ahad. Masa ni tak ramai orang. Naik bot pun tak penuh. Tapi dalam pukul 10, ramai betul orang yang beratur nak ke taman ni. So kalau nak ke mari, datangla pagi-pagi. Kami bersarapan kat sini sambil melihat orang ramai berasak-asak untuk menaiki bot.
Dari puncak menara. Ada dua buah menara tinjau kat sini.
Salah satu menara tinjau yang ada
Kat taman...
Menara tinjau yang lagi satu
Pemandangan dari menara tinjau pertama.
Overall agak berbaloi ke sini. Lain dari yang lain. Walau bagaimanapun banyak pokok yang sudah mati, nampak kurang terurus, lebih-lebih lagi dibahagian belakang.

Till then...

No comments:

Post a Comment