Friday, September 30, 2016

TIPS KEKALKAN RUMAH BERSIH WALAUPUN ADA ANAK KECIL

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم\


Memandangkan anak kami dah bertambah lg sorang, jadinya tugas sebagai suri rumah pun dah semakin bertambah. Macam biasa la, isu mengemas rumah ni isu hot bila ada anak-anak kecil. mana taknya, kita mengemas, dia pun mengemas. Sabar tak sabar jela melayan karenah anak-anak. Di sini saya akan share beberapa tips untuk kekal kan rumah bersih, paling kurang, rumah kita takdela rupa tongkang pecah sangat. Sebab sebelum ni, saya amat letih mengemas rumah yang tak berkesudahan tu. Bila dah lama2, buka blog2 mat saleh, bayak rupanya dia ajar. Blog2 dr orang kita byk jugak. tak sangka, nk mengemas rumah pn kena ada skill atau tips, baru kerja kita tip top.
Ok la, xmau tulis panjang2. Ni antara tips2 yang terlintas dekat minda sekarang ni.

1. Bangun tidur, terus kemas bilik dan katil

Bila kita bangun dari tidur, terus kita kemas tempat tidur kita. Lipat selimut, susun bantal, tegangkan cadar. kalau ada yang nak di basuh, tanggalkan terus cadar. Kot la ada pakaian kotor dalam bilik, terus campak dalam bakul baju kotor atau mesin basuh. Untuk anak-anak, kita ajar dia tegangkan cadar, susun bantal, ajar dia lipat selimut,kemas mainan2 kalau ada yang berterabur. Walaupun takdela sekemas yang kita buat, sekurang2nya, dia tahu tanggung jawab mengemas bilik sendiri.

2. Kemas kawasan memasak selepas memasak

Dapur atau kawasan memasak adalah tempat yang paling menyakitkn mata kalau bersepah. Sinki penuh dengan pinggan mangkuk, bekas2 minyak yang melekat di dinding, macam2 lagi. tak payah cerita, dh boleh bayang macam mana keadaan dapur. jadikan rutin, bila memasak, terus la mengemas kawasan kita berperang tu. Sambil2 memasak tu, boleh la basuh2 pinggan mangkuk yang ada dalam sinki. Botol2 garam, kunyit, kicap yang kita dah gunakan tu, lap dulu sebelum simpan di tempatnya semula. so, xde la berkerak sangat kita punya bekas2 tu. Sebab setiap kali guna, kita terus lap dan simpan.

3. Kemas meja makan lepas siap makan

Ok.Bab ni, kalau boleh kena ada kerjasama antara keluarga. Setiap lepas makan, pastikan meja dan kawasan tempat makan dikemas. Untuk anak-anak, suruh mereka angkat pinggan dan letak dalam sinki. kalau yang dh besar sikit, suruh mereka basuh pinggan sendiri. Isteri basuh pinggan, suami kemas atas meja, simpan lauk2, lap atas meja, sapu. kalau lantai berterabur, pastikan mop atau lap. Lap periuk2 yang dah dibasu, terus simpan di tempat asal. kalau boleh, sampah buang sebelum tidur. kalai saya, petang saya dh buang. so, bila dh clear, hati pun tenang. kira kantin dh tutup la ni. jangan gatai2 nk pi mkn larut malam. menganuk hantu kak limah karang. hihi..

4. Mandi sambil cuci bilik air

Rumah kami punya mozek dinding warna putih, lantai warna kelabu. Konon2 sangat nak acah2 eksklusif. sekali seminggu xbasuh, sakit mata menegoknye. Kadang-kadang kita tak banyak masa sangat nk mencuci bilik air. So, amek masa sikit time mandi tu, sental2 sikit lantai, dinding. lagi2 part2 yang mudah kotor tu. So, bila kita ada masa yang sesuai atau mood mencuci tu datang, takdela makan masa sangat kita nak menyental kotoran tu. anggap jela tu 1 senaman. hihi.. takpun, bila hari cuti sekolah, suruh anak2 basuh bilik air tu. yang penting ajar cara mcam mana nk berus lantai dengan betul. Kalau toilet pula, lepas membuang tu, ringan2kan la tangan berus2 mana yang patut. Supaya ia tak terlalu kotor. Lagi2 kalau tiba-tiba ada org nk dtg rumah secara mengejut. kalau jarang cuci, hamek kau..

5. Hadkan kawasan bermain anak-anak

Mainan kecik-kecik, lego kalau terpijak, mau menangis. sakit woo.. Kalau tak bagi anak-anak main, macam kejam pulak kan. So, hadkan kawasan tempat diorg bermain. Rumah kami takde la besar mana. so, kalau diorg main di ruang tamu, bukak pintu depan terus nampak bersepah. so, saya selalu suruh diorg main dalam bilik. On kan kipas, buka tingkap, so diorg akan main dalam tu. Tapi selalunya memang akan sampai ke depan pun, dan saya kadang2 pejam mata jela. takdela nak straight sgt. cuma kadang-kadang, ingatkn diorg supaya main dalam bilik jela. kalau kt rumah ada khemah kanak2, atau pool ke, suruh diorg main dalam tu je. senang nak kemas.

6. Ajar anak mengemas selepas guna barang atau guna mainan

Untuk anak-anak 4-6 tahun (sebab time ni wafiy dengan umar 4 dan 6 tahun), kita dah kena ajar mereka rasa tanggung jawab. Ajar anak-anak kemas mainan selepas bermain. Contoh, ada 3-4 masa yang saya akan pastikan anak2 kemas mainan diorang. sebelum pergi sekolah, sebelum tidur malam dan sebelum main petang di laman. kadang-kadang kalau nkak keluar rumah, memang suruh diorg kemas mainan. Guna la teknik apa pun untuk ajar mereka ada rasa tanggung jawab.

Selalu ingatkan anak2 untuk simpan semula barang2 yang dah digunakan ke tempat asal.walaupun sehari banyak kali di ingatkn, memang kadang2 diorg buat xreti je, jagan putus asa. Lama2 dia sendiri hafal dialog kita. Contohnya, lepas balik sekolah, simpan beg, tukar baju, baju ltak dalam bakul. lepas siap kerja sekolah, terus simpan buku. Memang kena remind selalu. Tapi beza anak lelaki dan ank perempuan ya. Anak lelaki ni kena bagi arahan 1 by 1. kalau bg serentak, dia xleh nak hadam arahan kita. Sudahnya dia xbuat 1 apa pun. 

Menyapu dan mengemas 2 hari sekali

Kemas dan sapu rumah waktu siang hari (tengahari atau pagi) dan sebelum tidur. Kalau sebelum tidur tu, sapu lebih kurang pn takpe. Just nak pastikan takde serpihan makanan yang bersepah, barang2 yang bersepah. So, bila bangun pagi, hati kita lapang tengok rumah bersih. Kalau mengemas tengahri ni, boleh la menyapu sambil lap2 almari, perhiasan2 supaya kekal bersih.

Pastikan rumah bersih sebelum tidur

Sebelum tidur malam, kita pastikan mainan anak2 sudah disimpan, bilik anak2 dah bersih, lantai dah bersapu, dapur pun dah clear, pastikan sinki bersih, meja makan pun bersih, kalau boleh sampah dah di buang, atau paling kurang tong sampah dah bertutup. kena jadikan sebagai rutin. so, bila nak mulakan kn rutin harian, kita tak rase serabut sangat tengok rumah bersepah

Lipat baju selepas kering

Baju merupakan penyumbang utama rumah nampak bersepah. so, kna jadikan rutin lipat baju setiap hari. Bab ni kena gigih sikit la. kena paksa diri sikit. Sebab kalau saya pun, malsanya la nak melipat baju. Tapi bila paksa diri, rumah nampak kemas, so, dah takde masalah sangat kain baju berlonggok.

sekian dulu tips2 dari saya. Tips ni lebih sesuai pada surirumah sepenuh masa. Untuk yang bekeja mungkin boleh share lain kali. sebab semenjak jadi umi ni, memang tak pernah bekerja pun. so, tak tau nak bagi tips apa. Dan tips ni, mungkin masih sesuai untuk anak2 yang dah boleh dengar arahan sikit, bantu kita sikit2. kalau kita latih mereka dari kecil, insyaAllah, x susah bagi mereka untuk ringan tulang bantu kita nanti.



Till then.. 
wassalam.. 
#UMMIANAK3#

No comments:

Post a Comment