Thursday, October 6, 2016

Kelahiran anak no 3 kami

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, diberi peluang untuk menulis sedikit cerita tentang anak yang no 3. Dia pun dah setahun, baru dapat nak menulis di sini.

Tanggal 25 Ogos, 2015 merupakan hari ulang tahun yang ke 5 Wafiy (anak pertama kami. Dalam masa yang sama saya sedang sarat mengandungkan anak ke 3. jadi, saya bercadang untuk sambut dengan memanggil kawan-kawan dan guru sekolah Pasti wafiy dan Umar. Dapatlah saya siapkan sebiji kek, makanan ringan dan goodies untuk anak-anak Pasti.


Sambut birthday Wafiy walaupun dah rasa sakit-sakit nak bersalin



Makanan yang di sediakan untuk jamuan

kek ni rasanya buat waktu pagi. Buat simple2 je


Selepas habis jamuan, saya dah start rasa sakit. So, saya kemas-kemas rumah, dan berehat. Malam tu, suami ajak keluar makan di KFC untuk sambut birthday Wafiy sekeluarga. Dalam masa yang sama, saya pergi ke klinik untuk tanya kot2 la diorg boleh cek bukaan jalan. Tapi malangnya klinik swasta x boleh cek. So, masa makan tu, memang dah agak kerap sakit. Memandangkan kali ni sy mahu berpantang sendiri, so sy bincang dengan suami untu ke hospital malam tu jugak, dan anak-anak kami tumpangkan di rumah jiran (kak Ita). takut-takut sakit kuat malam tu, dan menyusahkan orang lain untuk kejut anak. 

Bila dah sampai di hospital, saya terus ditahan sebab memang dah ada kontraksi dan jalan dah buka tapi sedikit je. 1 malam tak boleh tido sebab sakit

26 Ogos 2015
Pukul 7 am saya ditolak ke labour room. Masa ni Suami dah sampai ke hospital, menunggu di luar. 

Tepat pukul 10.35am lahirlah seorang mujahidah comel kami seberat 3.29kg ( dia paling berat berbanding abang-abangnya). Alhamdulillah proses melahirkan dia mudah dengan dibantu dengan nurse yang baik-baik dan disaksikan oleh suami sendiri. Maka, dapatlah beliau lahir sebelah tarikh abang Wafiy. Dengan itu, suami, Wafiy dan Umar cuti kerja dan sekolah sebab sambut baby baru.. Suami bawak anak-anak datang melawat baby baru waktu tengahari, masing-masing menyengih dapat baby baru. Siap mintak  makanan ummi dengan air kotak lagi. budak-budak, biasalah kan.. 



cop tapak kaki Sarah Humaira
Selepas 7 hari berbincang, maka, abi nya telah memberi nama SITI SARAH  untuk anak ke 3 kami.. alhamdulillah, syukur semua selamat.
Gambar selepas 1 jam dilahirkan
                                       
Semoga menjadi anak solehah umi dan abi ye sarah humaira.

Amin..                   

#bila dah post entri ni, baru perasan dah ada post yang sama rupanya. takpela Sarah, ummi ni dah pelupa. Punya la exiated, tulis sampai 2 kali benda yang sama. xpelah Sarah, Baca je lah ye nanti.. hihi.